
Gubanah jambangan orkid tiruan menjadi penyeri dekorasi kediaman tidak kira apa sahaja konsep dekorasinya. Namun, untuk memiliki jambangan orkid tiruan yang siap diubahsuai harganya agak lumayan. Akan tetapi, Puan Zaza Zalina berkongsi cara untuk menghasilkan sebuah jambangan bunga orkid hanya dengan modal lebih kurang RM 150 sahaja. Jika di beli harganya mencecah RM 300-500
Bahan-bahan:
5 Batang orkid (sebatang RM 14.00)
Daun tiruan campur-campur
Ranting (RM 7.50
Pasu (RM 35.00)
4 biji span bunga (RM 2.50)
Lumut kering (RM 4.00)
Sekulen (RM6.50)
Gam kraf
batu lumut tiruan (RM 6.50)
Cara-cara:
1. Pasu yang digunakan agak besar, letakkan surat khabar oada bahagian tersebut sebelum di masukkan span
2. Lekatkan lumut kering dengan menggunkan gam kraf
3. Setelah kering sepenuhnya cucuk orkid did bahagian tenagh. Tapi sebelum itu, ikat buluh pada ranting buluh dan susun secara kreatif
4. susun daun, sekulen dan daun tiruan di bahagian pangkal bunga orkid secara kreatif
Tip: untuk elak pasu merosakkan permukaan perabot, letakkan span pelekat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Checklist’ Perkara Wajib Tahu Sebelum Bina Kabinet Dapur

‘Checklist’ perkara wajib tahu sebelum bina kabinet dapur, barulah memuaskan hati. Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu teliti sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur anda.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira termasuklah kegunaan, bajet, dan juga konsep yang anda mahukan. Oleh itu, anda perlulah dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur yang anda mahukan.
Berikut dikongsikan berapa tip sebelum anda mengambil keputusan untuk menempah kabinet dapur.

Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Jenis-Jenis Material
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Ruang Penstoran Yang Sesuai
Apabila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.

Pilihan Kemasan Terbaik
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Kredit foto (top image): Pexels
ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Bagaimana Pilih Kabinet Dapur Agar Tahan Lama
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Begini Cara Simpan Daun Kunyit Yang Betul, Kekal Segar Sehingga 3 Minggu!

Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika simpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.
Melalui perkongsian di Facebook Huda Zainal ada menunjukkan panduan dan langkah yang betul menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Jom kita cuba!
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar :
1.Lapik kitchen towel (kertas tisu) dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5. Tutup atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak lag asyik membazir je bila beli tak guna.
Ini dia hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Bahan Berkesan Hapuskan Lipan Dari Kediaman Anda

Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus serangga durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu?
- Ia amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
- Lipas dan semut merupakan makanan lipan.
- Badannya yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
- Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
- Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik perhatiannya.
- Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
- Lebih besar saiz nya, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian serangga ini.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuatkannya tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau serangga ini. Selamat mencuba!
Lihat juga artikel berkaitan : TIKUS dan LIPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI