Tahukah anda, masalah getah pintu peti sejuk yang rosak boleh menjadi punca kadar bil elektrik di rumah anda meningkat dan naik melambung tinggi. Mesti anda ingin mengetahui bagaimana punca sedemikian boleh berlaku ekoran daripada masalah tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, apabila getah pada pintu peti sejuk di rumah anda sudah mula rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik, peti sejuk anda berkemungkinan akan terpaksa menjana kuasa tenaga elektrik yang lebih tinggi bagi mengekalkan tahap suhu ruang dalam peti sejuk anda. 

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

Akibatnya, ia akan memberikan kesan yang buruk dan boleh mendatangkan masalah lain dalam jangka masa panjang seperti kerosakan di bahagian ‘kompressor’ dan kipas motor peti sejuk anda.

Masalah kerosakan yang berlaku akan membuatkan anda berdepan dengan kos membaik pulih yang tinggi atau lebih teruk anda berkemungkinan terpaksa membeli peti sejuk yang baharu. 

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

IKLAN

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Maka adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah persediaan sebelum masalah buruk dan tidak diingini berlaku terhadap peti sejuk anda. 

Ingin tahu bagaimana caranya? Pertama sekali anda disarankan untuk menukar getah pada pintu sejuk sekiranya ia sudah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik. 

Anda juga tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya anda mahu menukar getah pada pintu sejuk kerana anda boleh melakukannya sendiri semudah ABC tanpa bantuan pertolongan pakar.

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

IKLAN

Langkah ini bukan sahaja dapat melindungi peti sejuk daripada sebarang kerosakan yang tidak diingini, malah ia juga dapat mengelakkan kadar bil elektrik di rumah anda terus melambung tinggi tanpa anda sedari.

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Getah Pintu Peti Sejuk Rosak, Boleh Jadi Punca Bil Elektrik Naik Melambung Tinggi

Baca artikel berikutnya: Nampak Eksklusif & Mewah, Mesin Nespresso Hanya Untuk Golongan Kayangan?

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI