Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.
- Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu mahu bentuk macam mana. Bentuk L, memanjang, U atau island
- Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kena guna scale yang betul untuk pastikan design tersebut muat/sesuai dengan saiz dapur.
- Ukuran kabinet, model, brand, pattern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
- Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA di situ. Nanti mereka akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ini boleh lah minta khidmat nasihat free dari mereka. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna saja. Jadi dah boleh bajet duit.
- Sudah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami, table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang baru muat. Top saja yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa saja.
- Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe….
- Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ini tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ini terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tak pandai. Macam kami, hob (dapur) tu adik lelaki kami yang tebukkan, sinki dan paip pula terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan di tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit di situ, Insyaallah nanti baru nak tampal.
- Then siap sempurna semuanya. Rak di dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi saja IKEA cari shelf dan aksesori tambahan. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi jadi guna dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukup lah. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita mahu.
- Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG tidak ada waranti.
(Sebab tak nak plinth so tolak plinth RM75)
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu. Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.
- Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
- Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
- Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
- Silikon + pistol = RM 15.00
- Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
- Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri
Proses pasang pintu kabinet
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki.
Sumber: https://sisikami.blogspot.my
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI