Pada asalnya dapur ini nampak biasa sahaja, tetapi selepas melalui beberapa fasa renovasi serta dekorasi yang dijalankan secara berperingkat selama dua tahun, wanita ini berjaya menyiapkan dapur idamannya yang bertemakan monokrom dengan hanya berbelanja sebanyak RM10K sahaja.

Menurut Pn Zai Sabri, dia bersama suaminya amat menggemari kemasan monokrom kerana ianya amat mudah untuk dipadankan dengan perabot yang ada di pasaran. Beliau amat mementingkan susun atur yang cantik serta tidak mahu serabut dan pilihan tema ini amat sesuai dengan citarasanya malahan pilihan warna hitam amat sesuai untuk mengelakkan dapur ini nampak kotor selepas memasak.

Kediamannya merupakan sebuah rumah teres yang terletak di Ampang Hilir berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kemasan serta aksesori dapurnya banyak dibeli di kedai barang hiasan di Nilai 3, Ikea dan SSF.

“Walaupun masih mempunyai anak kecil serta sibuk menguruskan perniagaan, saya sentiasa memantau kebersihan serta memastikan deko dapur saya berada dalam keadaan asal seperti mana ianya diletakkan dahulu, kerana nak membinanya susah, nak maintain pun susah, jadi kena tengok betul-betul”, ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

Beliau ketika ini sedang sibuk mengusahakan perniagaan sewaan kereta dan juga menjual bunga hiasan atas talian. Jika tidak sibuk, beliau akan meneliti idea dekorasi sama ada di majalah deko, siaran televisyen serta melayari laman group deko di facebook.

Selain itu, hiasan di rumahnya yang baru ini banyak menggunakan bekas balang yang mempunyai label makanan dan ianya memudahkan sewaktu memasak dan menjimatkan masa semasa mencari bahan dan menyukai frame vintage seperti yang digantung di rumahnya iaitu papan frame Coca-cola.

Berikut adalah kepingan koleksi gambar sebelum dan selepas dapurnya disiapkan, semoga menjadi inspirasi peminat deko dapur di luar sana.

Sebelum

IKLAN

(Gambar) Warna Monokrom Berjaya Buat Penampilan Dapur Wanita Ini Lebih Cantik Dan Elegan. Pilihan Tepat!

Selepas

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI