Tak sangka, guesthouse yang di beri nama Jiran 58 ini merupakan teres yang telah berusia lebih kurang 30 tahun. Menariknya, pemilik tidak melantik pereka dalaman untuk proses ubah suai demi menjimatkan kos.
Secara fizikal, kelihatan tidak banyak perubahan dan pertambahan struktur asal. Dengan mengetengahkan gaya minimalis, dekorasi guesthouse yang terletak di Taiping, Perak ini kelihatan lebih segar dan unik
Pernah tak anda alami masalah pisau dekat dapur tumpul? Rasa nak marahkan sebab semua kerja dekat dapur jadi lambat, bila potong tak cantik kan. Apa yang anda akan buat ambil batu asah dan mengasah pisau anda bukan?
Tapi malangnya pisau tersebut masih tumpul tak tajam macam mula-mula beli dulu. Tak akan nak buang pisau tu beli pisau baru pula kan. Pasti teknik dan cara anda mengasah tu salah.
Bulan puasa ni nak masak macam-macam bukan? Mula la kalau perkara macam ni berlaku pasti nak naik berang. Jangan! Kawal nafsu marah tu nanti kurang pahala puasa.
Jom tengok teknik lelaki ni kongsikan cara asah pisau yang betul.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lipas, antara serangga perosak WAJIB ada dalam kediaman. Pelbagai produk diusahakan untuk mencegah dan memusnahkan kehadiran serangga perosak ini. Namun, tak semuanya mendatangkan hasil. Melalui perkongsian di dalam twitter, Muhhammad berkongsi resepi DIY perangkap lipas di dalam kereta dengan menggunakan minyak masak, marjerin dan susu
Hasil tangkapan dlm kereta mlm smlm, tinggal nk greng je ni, xpayah beli lauk dah??
Walaubagaimanapun, untuk hasilkan perangkap lipas untuk kegunaan di rumah melalui resepi yang sama, kuantitinya perlu lah lebih banyak. Pastikan lipas bersaiz besar boleh tenggelam dalam resepi tersebut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apabila dengar saja perkataan ubahsuai atau makeover, perkara pertama yang akan bermain difikiran adalah “berapa belanja yang diperlukan?”. Bukan mudah untuk sesetengah orang keluarkan duit yang banyak untuk mengubahsuai kediaman. LebiH-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Tetapi, berita baik buat anda yang teringin nak tengok tandas di kediaman berwajah baharu, boleh ikut langkah jimat dan mudah ini.
Di akaun Facebook nya, saudara Ahmad Aqari ada berkongsi cara untuk memberikan nafas baru pada ruang tandas tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.
HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER TANDAS LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH
Since ramai kawan yang bertanya, kita share sikit apa yang patut untuk proses cat lantai ni.
Bajet ciput? Nak tukar tiles baru menelan kos yang agak tinggi? Dengan kos hanya bawah RM200 tandas purba yang dulunya malap kini berseri kembali.
CARANYA:-
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² KERING tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**
STEP 2 (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dkt tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Selamat mencuba.
Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.