Untuk kunjungan laman kali ini, kesempatan menjelajahi selatan tanah air menemukan team LAMAN degan pengasas grup Jom Tanam Pokok Bunga dan Decor2 Garden yang aktif di facebook. Jastan dan isterinya Yaya berkongsi minat dan cita rasa yang sama dalam mendekorasi keseluruhan rumah, di dalam mahupun di laman. Pasangan ini mempunyai alasan tersendiri untuk mereka mempunyai sebuah laman yang bertemakan English Country. Taman yang di tata rapi ini sebenarnya didedikasikan kepada isteri tercinta sebagai remedi penyembuh pengalaman pahitnya yang lalu.

Terpegun melihat kekemasan taman English Country, pasti ada cerita menarik yang boleh dikongsi oleh pasangan romantis ini bersama pembaca. Menyingkap kembali detik-detik awal membina taman, pemilik menjelaskan “Taman ini mula dibina ketika isteri saya baru selesai menjalani pembedahan penyakitnya. Saya tidak mahu isteri hanya duduk diam dan berada dalam kesakitan justeru aktiviti bertaman dilihat sebagai solusi pada waktu itu. Ternyata usaha saya menampakkan hasil apabila isteri mula kembali ceria dan sihat”.

Sumber inspirasi kami pada mulanya adalah daripada majalah-majalah landskap luar negara dan majalah LAMAN sendiri. Selain itu juga, saya kerap melayari laman web yang banyak berkongsi ilmu bertaman”. Sebelum mereka bentuk taman, pasangan ini telah melakukan beberapa kajian terutamanya dari segi penggunaan jenis tumbuhan dan konsep taman yang akan dipilih supaya segala hasrat yang tersirat dapat diterjemahkan dan direalisasikan untuk kepuasan bersama.

IKLAN

Menurut pemilik kebanyakan elemen yang digunakan di laman ini merupakan produk-produk dari barang terpakai. Ada antara barang-barang yang dimiliki merupakan pemberian sahabat dan saudara mara dan ada juga yang dibeli di kedai-kedai barang terpakai mahupun flea market. Bagi pemilik, setiap barangan terpakai yang dimiliki mempunyai kisahnya yang tersendiri serta tinggi nilai sentimentalnya. Justeru itu taman ini kelihatan hidup dan kaya dengan cerita dan sejarahnya tersendiri di setiap barang yang terdapat di laman ini. Kebanyakan barang terpakai yang diperoleh dijadikan sebagai bekas tanaman, pelbagai bentuk, warna dan saiz bekas menyerikan lagi outdoor living rumah teres end lot ini.

Menjawab dengan ramah dan mesra bila ditanyakan mengenai pemilihan hardscape yang terdapat di taman, pemilik menjelaskan “Saya lebih gemar mengumpul barang berasaskan metal kerana ia lebih kelihatan rustik terutama sekali apabila ia berkarat. Bagi saya lebih karat lebih unik di pandangan mata. Antara koleksi yang dimiliki termasuklah besen mandian pemberian rakan, pengukus, water can dan pelbagai lagi”.

IKLAN

Jika ada kelapangan, pemilik akan membina sendiri struktur-struktur kayu yang digunakan sebagai penyeri lamannya seperti papan tanda, pergola dan pelbagai lagi. Jarang sekali untuk pemilik membeli barang kelengkapan taman yang baru. Untuk mengundang si kelicap dan rakan merbahnya yang lain, pemilik telah membina sendiri bird bath dan bird house di satu sudut taman untuk memeriahkan lagi suasana laman. Jom kita jamu mata dengan taman hasil tangan pasangan suami isteri ini.

IKLAN

(Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria (Gambar) Serius Bertaman Lepas Pembedahan Terapi Buat Wanita Ini Kembali Sihat Dan Ceria

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI