Mereka bentuk sebuah ruang taman kecil dan sempit memerlukan perincian dan perancangan yang rapi. Tiada ruang untuk melakukan sebarang kesalahan untuk menata rias sebuah laman kecil kerana gagal merancang maka anda bakal mensia-siakan ruang terhad tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan dan diperindahkan sebaik mungkin untuk tatapan minda dan jiwa.

Walaupun mempunyai saiz taman yang kecil, pelbagai jenis tumbuhan dapat ditanam jika bijak mengurus dan menyusun ruang. Pelbagai konsep atau reka bentuk taman dapat diilhamkan andai kena pada tempatnya. Untuk menyuai padankan reka bentuk taman di dalam ruang yang terhad, pemilik sewajarnya menggunakan tumbuhan atau softscape yang bersaiz kecil dan mudah untuk diuruskan. Pemilik juga perlu menekankan dalam reka bentuk taman kecilnya bagaimana untuk menonjolkan dan mewujudkan daya tarikan pada ruang tersebut.

Untuk isu kali ini, team LAMAN berpeluang berkunjung ke sebuah rumah teres lot tengah yang terletak di Subang Jaya milik pasangan romantis Amiruddin Hussin dan isterinya Aini Yasmin. Laman yang sempit tidak diabaikan, sebaliknya digunakan sebagai ruang pasif untuk aktiviti santai bersama keluarga dan sahabat handai.

IKLAN

Hasrat pemilik dicurahkan kepada kontraktor yang pada ketika itu yang sedang melakukan kerja-kerja ubahsuai di rumah yang didiaminya. Hasil perbincangan lanjut maka terzahirlah sebuah taman idaman yang mendamaikan suasana di dalam lot ini. Laman yang telah siap dibina merupakan inspirasi pemilik yang mahukan elemen ketenangan mengisi ruang laman rumahnya. Sehingga kini, taman yang telah siap hampir sepuluh tahun lalu masih berfungsi sepenuhnya dan menyumbang manfaat yang bukan sedikit buat mereka sekeluarga.

IKLAN

Tidak mahu hanya ruang luar dihias indah, pemilik tidak lupa untuk menata rias ruang rizab jalan di hadapan lot rumahnya. Di bahagian luar, pemilik telah memilih bahan berasaskan kayu untuk membangkitkan konsep tropika yang cuba di ketengahkan. “Kisah menarik di sebalik pergola berbangku ini ialah ia sering dijadikan sebagai tempat untuk menunggu bas oleh kanak-kanak di kejiranan ini. Malah ada juga yang mengelarnya sebagai bus stop,” kata pemilik sambil tersenyum. Jom kita lihat hasil dekorasi laman pemilik.

IKLAN

(Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah (Gambar) Ilham Damai Ruang Sempit Teres Lot Tengah

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI