IMPIANA kali ini ingin berkongsi pengalaman dengan pemilik rumah teres lot tepi yang terletak di Sijangkang, Selangor. Penulis tertarik dengan kebijaksanaan pemilik menggunakan ruang dengan reka bentuk taman yang ringkas tetapi menarik. Bertemakan suasana desa, susun atur landskap kejur dan pemilihan spesies tanaman memperlihatkan keserasian di antara satu sama lain.

Melihatkan  susun atur elemen di taman ini, laluan pejalan kaki disediakan sebagai media menghubungkan lokasi di sekitarnya. Dibina dari bahan konkrit tahan lasak dan berwarna lembut, ianya direka bentuk dengan laluan berliku seakan denai di dalam sebuah hutan. Walaupun permukaannya keras dan sedikit kasar, ia selesa digunakan dan dapat menghalang pengguna daripada jatuh. Tidak begitu lebar tetapi cukup untuk seseorang melaluinya dengan selesa.

Ads

Mata penulis juga tertumpu pada wakaf  yang merupakan elemen dominan kepada reka bentuk taman ini. Kewujudannya bukan sahaja sebagai tempat untuk beristirahat di luar kediaman, malah sering dijadikan lokasi untuk pemilik duduk santai bersama keluarga. Menggunakan konkrit tahan lasak sebagai atap, reka bentuk bumbungnya adalah bertingkat (double pitching) justeru memberi impak reka bentuk yang lebih menarik buat binaan wakaf ini. Konsep desa diterapkan melalui perincian pada keseluruhan wakaf tersebut.  Ukiran bermotifkan flora dipaparkan di fascia board dan kepingan kayu-kayu disusun rapi di tiang-tiang wakaf. Manakala susur tangan kayu yang juga bermotifkan flora dibina mengelilingi separuh daripada struktur ini, dan selebihnya sebagai akses terhad memasuki wakaf.

Ads

Dalam menghidupkan suasana desa, bukan sahaja reka bentuk yang diutamakan. Apa yang menjadi kebiasaan masyarakat desa turut sama diterapkan. Sebagai contoh, pemilik tidak menyediakan bangku sebaliknya menjadikan lantai wakaf sebagai tempat duduk, bersila dan baring. Lantainya ditinggikan sedikit dari permukaan tanah bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sekitar tamannya secara jelas tanpa halangan. Lantainya dialas dengan bahan anyaman dari  kepingan kayu yang membentuk sebagai tikar hamparan. Kombinasi reka bentuk tradisional, kayu tahan lasak, tona warna lembut dan ukiran bermotifkan flora membentuk keharmonian kepada wakaf ini. Jom kita lihat keindahahan laman ini.

Ads

(Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera  (Gambar) Pasangan Ini Sediakan Ruang Santai Yang Lengkap Atas Tanah Sekangkang Kera

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI