Bila sebut kerja-kerja mencuci dan membersih, pasti yang kita akan bayang barang yang perlu disediakan adalah sabun, air dan kain. Betul tak? namun, ada beberapa perkakas, peralatan atau barang ni kurang sesuai jika dicuci dengan air. Antaraanya ialah:
1. PERABOT KAYU
Walaupun permukaan kayu dilengkapi lapisan perlindunga, ia tetap akan menyebabkan lepisan tersebut mudah rosak jika air yang digunakan untuk mencuci tidak dilap kering sepenuhnya. Sebaiknya, hanya gunakan microfiber yang kering untuk memebrsihkan eprmukaan perabot kayu
2. KEMASAN KULIT
Tidak kira perabot, kasut, beg mahupun pakaian, kemasan kulit tidak sesuai di cuci menggunakan air. Ia akan menyebabkan permukaan perlindungan kulit mudah tercabut dan lama kelamaan, ia mudah merekah. Sebaiknya, gunakan pencuci khas untuk kulit
IKLAN
3. PERKAKAS TEMBAGA DAN PERAK
Perkakas tembaga dan perak memang kelihatan tahan terhadap cecair. Namun, jika anda menggunakan air untuk mencuci atau membersihkan kotoran yang terdapat pada tembaga dan perak, langkah ini hanya akan memburuk kan lagi keadaan
IKLAN
4. LANTAI LAMINATE
Sama seperti lantai kayu, permukaan yang telah dilapisi sistem laminate lebih-lebih lagi yang menggunakan vinyal, paling tidak sesuai dibersihkan menggunakan air. Ia bukan sahaja merosakkan permukaan perlindung, malah boleh menyebabkan warnaya berubah. Lebih parah jika terdapat air yang terperangkap di antara celah laminate. Sebaiknya gunakan mop microfiber atau dry sheet sahaja
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.
ELEMEN JAPANDI
Simplicity
Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.
Bahan Semulajadi
Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang, tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.
Kombinasi Dua Gaya
Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.
Aksesori Dengan Fungsi
Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.
Kontra Warna
Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap dari gaya Jepun.
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.