Dulux Better Living Air Clean Biobased, Nikmati Udara Dalaman Yang Lebih Bersih Dengan Teknologi Inovatif AkzoNobel

Share

Syarikat cat dan salutan terkemuka, AkzoNobel kini secara rasminya telah memperkenalkan cat semula jadi berasaskan bio dengan teknologi inovatif di bawah jenama Dulux Malaysia. 

AkzoNobel melancarkan cat dengan teknologi inovatif terbaharu itu di bawah peneraju jenama Dulux – Dulux Better Living Air Clean Biobased merupakan cat kemasan kilap premium yang boleh membantu anda memiliki udara yang lebih bersih, sihatdan berkualiti.

Dengan teknologi berasaskan bio yang dihasilkan ini dipercayai mampu untuk menyingkirkan segala pencemaran udara dalaman kediaman anda. 

Dirumus dengan bahan semula jadi, Dulux Better Living Air Clean Biobased mengandungi Arang Buluh Aktif semula jadi yang berfungsi untuk meneutralkan pencemaran seperti formaldehid, benzena dan Sebatian Organik Meruap (VOC) lain yang terhasil daripada permaidani, perabot dan bahan-bahan binaan. 

Selain itu, ia juga mempunyai ciri fungsi antibakteria, antikulapuk dan antikulat untuk melindungi dinding anda di samping mengekalkan udara bersih di dalam rumah.

Secara ringkasnya, Dulux Better Living Air Clean Biobased ini mempunyai pelbagai ciri dan manfaat untuk pengguna. 

Dulux Better Living Air Clean Biobased didatangkan dalam pilihan palet warna pastel yang lembut dan cantik untuk ruangan dalaman kediaman anda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Dulux Better Living Air Clean Biobased, sila layari laman sesawang https://www.dulux.com.my/en/dulux-better-living-airclean-biobase-paint

atau mana-mana penjual Dulux yang berdekatan anda.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira

IKLAN