Periuk, kuali yang dah bertahun memang akan wujud lapisan lerak hitam di bahagian bontotnya. Jika terlalu tebal, ia akan mempengaruhi kadar kepanasan periuk dan kuali anda. Lagi tebal, lagi lambat lah pamsa. Ade tu, kadar kepanasaannha tak konsisten. Oleh itu, kebiasaanya penyelesaian yang diambil adalah dengan menyental dan mengikis bahagian kerak tersebut.
Tapi, kerja menyental dan mengikis bontot kuali dan periuk tak lah semudah itu. Siapa yang pernah buat faham keadaan tersebut. Tangan dah lengoh, tapi kerak pada bontot kuali baru 10 % sahaja yang dapat dibersihkan.
Ads
Sebenarnya, ada satu cara paling mudah yang telah dikongsikan oleh Puan Salina Saad.
Ads
Assalamualaikum sekadar berkongsi. Saya bersemangat menyental kuali berusia 15 tahun ni lepas nampak posting guna berus dawai. Saya tak ada berus tu tapi ada yang beri tip double boil dengan asam keping dan kemudian sental menggunakan gosok periuk kasar dan sabun mandi jadi saya cuba. Saya double boil beberapa kali sebab agak tebal kena kikis sama mana yang tebal dan saya campo baking soda dan asam keping. Terima kasih buat yang berkongsi tip. Baking soda saya letak 3 sudu besar dan asam keping 5 kalau rasa degil sangat kerak nanti, ulang lagi langkah double boild dan tambah sesudu lagi baking soda. Guna semula air rebusan tu jangan buang.
Ads
Petua ni bukan bermakna tak perlu kikis dan sental tapi ia memudahkan kita nak kikis dan sental sebab kerak dah lembut. Bagi yg kerak degil atau takde kudrat nak sental cuba rebus mendidih biar lama pastu tutup api biarkan terendam semalaman, esoktu rebus mendidih 15 minit pastu kikis sental.
Masyarakat Jepun banyak memberi inspirasi positif kepada seluruh dunia. Jika di dalam sektor pekerjaan, kita banyak mengikut tips 5S dalam memastikan persekitaran kerja lebih mantap dan teratur. Dalam kitaran perumahan serta dekorasi kediaman, anda boleh mengikuti konsep declutter serta organizing yang diamalkan oleh orang Jepun.
Perkara ini telah lama diamalkan dalam struktur kediaman masyrakat Jepun, tidak kira besar serta kecil mana ruang kediaman rumah, pasti kita akan nampak ianya seakan ruang yang besar. Oleh itu, di sini IMPIANA ingin berkongsi rahsia kebaikan konsep buang dan susun untuk kelengkapan rumah anda agar lebih tenang di masa hadapan. Percayalah anda akan menghargai diri anda sendiri sebaik sahaja anda selesai susun dan buang kelengkapan rumah.
1. Buang segala kelengkapan yang tidak diingini
Anda kena buang segala kelengkapan rumah yang tidak memberi manfaat serta berguna lagi kepada anda dan juga penghuni lain. Jika anda miliki 6 helai tuala, simpan hanya 4 tuala. Perasan tak lipatan tuala mengambil banyak ruang dalam almari pakaian. Jadi, buang atau jual.
2. Adakah pakaian serta aksesori ini kita gembira atau sebaliknya?
Ambil beberapa objek dalam kediaman anda dan lihat serta tanya kepada diri anda sendiri ‘adakah saya perlu lagi barang ini?’ , ‘benda ni buat saya renyah ke?’. Pastikan anda hanya simpan barangan keperluan rumah yang membangkitkan elemen positif dalam diri anda. Kalau buat anda serabut, baik buang atau jual. Duit masyuk, happy for sure.
3. Satu kumpulan dalam satu masa
Kesilapan besar semasa mengemas rumah adalah kita asyik terjumpa barang yang sama tanpa kita sedari jumlah barang tersebut telah memakan banyak ruang dan kita hanya menggunakan beberapa sahaja. Adalah wajar untuk letakkan semuanya dalam satu kategori dan anda boleh pertimbangkan sama ada ianya untuk disimpan atau dijual. Yang tinggal selepas ini adalah kelengkapan yang PERLU sahaja.
4.Label di Barang Runcit
Produk makanan selalunya dibungkus dalam tin, botol dan bekas yang terang. Kesemua item ini jika anda simpan dalam kabinet dapur, bila buka, ianya seperti hujan informasi dan boleh buat anda serabut. Solusinya adalah, tukarkan label serta simpan semua serbuk, bahan dan kelengkapan runcit rumah anda dalam satu bekas spesifik dan mempunyai label yang sama.
5. Koleksi foto yang tidak terkira
Banyak kita lihat di rumah rakan-rakan dan tidak ketinggalan di rumah kita sendiri terlalu banyak koleksi foto sama ada digantung, atau diletakkan di atas meja. Sudah tiba masanya untuk anda mengalihkan segala foto yang tidak perlu dan hanya tinggalkan foto yang betul-betul memberi makna kepada anda.
6. Susunan serta aturan Buku
Terdapat dua kategori buku yang perlu anda buang. Pertama, buku yang anda sudah baca dan terlupa. Kedua, buku yang anda nak baca tetapi anda terlupa. Buku kategori pertama sudah berjaya mencerna minda anda dan sudah tiba masa untuk dijual kepada pemilik baru. Buku kategori kedua molek untuk dipulangkan kepada pemilik atau anda buat penilaian kedua sama ada mahu disimpan atau dibuang.
7. Ruang kerja
Tempat anda bekerja sepatutnya membantu anda melunaskan segala tanggungjawab dengan efisien. Tetapi macamana nak buat kerja kalau meja bersepah dan tidak teratur. Penyelesaiannya adalah, susun fail serta dokumen dalam keadaan menegak serta pastikan hanya kelengkapan dan aksesori bekerja sahaja ada di atas meja. Percayalah, idea anda akan bercambah serta tugasan anda dapat dilaksanakan dengan cekap dan mantap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.