Sekarang, jarang betul nampak generasi muda mengulam kan? Kalau makan ulam pun gaya orang putih iaitu dengan salad. Orang terdahulu dari kita boleh jadi sihat antara puncanya ialah pengambilan ulam-ulaman tempatan. Setiap jenis ulam tempatan ni ada khasiatnya tersendiri. Terpanggil dengan kenyataan yang disiarkan oleh penulis buku Nota Parenting Ohsem menggalak ibu bapa untuk makan kacang botol, LAMAN Impiana nak selidik lah apa khasiat lain yang terdapat di dalam kacang botol.

Doktor Ni Galakkan Mak dan Ayah Untuk Ajar Anak Makan Kacang Botol, Betul-Betul Berkhasiat

Kacang botol boleh dimasak atau dijadikan ulam. Tapi, dalam banyak-banyak ulam, kenapa Taufiq Razif tekan kacang botol?
Nampak je cikai, hodoh dan murahan tapi khasiat kacang botol ataupun nama saintifiknya Psophocarpus Tetragonolobus sangat banyak!
Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.

Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat probiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!

Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan je – Dr. Taufiq Razif

Doktor Ni Galakkan Mak dan Ayah Untuk Ajar Anak Makan Kacang Botol, Betul-Betul Berkhasiat

IKLAN

Antara lain khasiat yang terkandung di dalam kacang botol adalah seperti:

1. kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
2. Mempunyai banyak protein.
3. Daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
4. Kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
5. Kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
6. Akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
7. Air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
8. Daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
9. Mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

IKLAN

Doktor Ni Galakkan Mak dan Ayah Untuk Ajar Anak Makan Kacang Botol, Betul-Betul Berkhasiat

IKLAN

Sempena Hari Raya yang sudah hampir tiba, kalau nak rasa #Betulbetulraya datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam Selangor bermula jam 2.00pm-2.00am. Ada pelbagai aktiviti #betulbetulbest dan jualan barangan raya yang #betulbetulviral daripada 50++ jenama online terkenal tau!


 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI