Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Dr Ghani dan dibukukan oleh beliau tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan ini mampu mengatasi pelbagai masalah penyakit kronik seperti darah, tinggi dan juga diabetes. Malah menurut statistik, terdapat 30% daripada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang merupakan pembunuh senyap dan paling digeruni ia mampu membuatkan seseorang diserang strok secara tiba-tiba.
IKLAN
Cara-cara menghasilkan teh pegaga untuk penyakit darah tinggi
IKLAN
IKLAN
Mula-mula ambil segenggam daun pegaga kampung termasuklah akarnya.
Kemudian genggam kemas daun pegaga tersebut dan press dalam dua saat. Tekniknya ialah umpama mematahkan sebatang pensel.
Kemudian masukkan dalam periuk tanah. Gunakan hanya periuk yang diperbuat daripada tanah liat kerana periuk ini mampu mereneh secara sekata. Dalam masa yang sama ia meyimpan khasiat daun pegaga tadi. Gunakan 2 liter air untuk segenggam daun pegaga.
Biarkan daun pegaga tersebut di dalam periuk tanah untuk tempoh 30 minit sehingga 1 jam. Kemudian barulah memasak di atas dapur. Renehkan selama 20 minit.
Setelah itu pegaga tersebut sedia untuk diminum. Anda boleh meletakkan gula merah atau gula kabung sebagai pemanis. Elakkan menambah gula pasir sebagai pemanis.
Minum pada waktu pagi dan malam.
Sumber: Dr Abdul Ghani Hussain MBChB(Cairo), Principal Consultant, Research in Tradisional Malay & Islamic Medicine. Email: dr.ghani53@herbwalk-consultancy.com
Untk hasil tanaman optimum, sudah pasti ia perlu diberi penjagaan dan pembajaan yang secukupnya seawal usia anak pokok lagi. Ia berupaya melatih dan menjana sistem pertumbuhan terbaik di dalam tanaman untuk kuantiti hasil yang banyak malah berkualiti. Seperti pokok durian, ia mengambil masa 5 tahun mencecah usia matang mengeluarkan buah. Namun, dengan penjagaan dan pembajaan yang tidak berkala hasilnya pasti tidak berbaloi dengan tempoh masa yang dinantikan bertahun-tahun.
Oleh itu, laman sesawang Rentas Asia berkongsi resepi baja organik untuk anak pokok durian hanya dengan menggunakan ikan segar yang reject dan yakult. Nak tahu caranya, boleh baca dalam pautan yang disediakan
Dracaena merupakan spesies tumbuhan tender perennial dari famili Dracaenaceae yang memiliki kepelbagaian corak dan rupa bentuk. Merujuk kepada penulisan Elvin McDonald pada tahun 1982, terdapat lebih dari 200 spesies Drancaena yang telah dikenal pasti. Nama-nama rumpun keluarga ini seperti Dracaena fragrans (pleomele fragrans), Dracaena fragrans ‘lemon lime’, Dracaena fragrans ‘massangeana’ (cornstalk plant), Dracaena reflexa ‘aurea variegata’ (pleomele reflexa ‘aurea variegata’), Dracaena sanderiana (Ribbon plant, D. Sanderana), Dracaena surculosa ‘florida beauty, Dracaena surculosa (Gold-Dust Dracaena, D. Godseffiana), Dracaena marginata (Madagascar Dragon Tree, D.concinna, Pleomele marginata), Dracaena marginata ‘Bicolor’, Dracaena marginata ‘colorama (Rainbow Tree) dan Dracaena marginata ‘Tricolor’ merupakan senarai yang menjadi pilihan florist untuk digubah bersama jambangan bunga.
Tumbuhan foliage ini setiap satunya berasal dari daerah yang berbeza. Seperti dari Afrika Barat, Afrika Selatan, Madagascar, India selatan dan Guinea. Keunikan di sebalik namanya, Dracaena diambil dari perkataan Latin ‘draco’ yang bermaksud naga. Seorang pengkaji botani dari Scotland, Isaac Bayley Balfour telah menemui spesies ini dan membuat kajian yang mendalam bermula pada tahun 1882.
Kelebihan Dracaena berbanding tumbuhan yang lain, ia tidak hanya dijadikan sebagai outdoor plant yang mencipta visual landskap lebih hijau dan teduh. Sebenarnya Dracaena adalah tumbuhan sempurna untuk pemilik yang berminat dengan indoor plant, di samping ia juga menyuntik konsep tropika ke dalam kediaman. Jika ia diletak di dalam rumah, ia dapat memberikan kebaikan kepada pemilik terutamanya dari sudut kesihatan.
Tumbuhan ini dikatakan dapat menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas di samping melegakan masalah pernafasan. Kajian membuktikan, dengan penggunaan indoor plant, ia dapat meningkatkan daya tumpuan sebanyak 70%. Galakan menggunakan Dracaena sebagai tumbuhan indoor plant ini juga sesuai bagi mereka yang bekerja di pejabat kerana ia dapat merangsang aura positif dan memudahkan proses berfikir berbanding mereka yang tidak mempunyai tumbuhan indoor plant ini.
Berbicara tentang ciri fizikal tumbuhan ini, anak pokok Dracaena bersaiz kecil tetapi daunnya lebat. Jika ia telah matang, tumbuhan ini berbatang keras dan boleh membentuk sebuah pokok. Daunnya juga mempunyai variasi warna seperti berjalur hijau dan kuning, berjalur hijau dan merah, berjalur hijau dan putih, bertompok putih dan juga bertompok hijau. Tumbuhan Dracaena yang sihat mampu mencecah lima hingga ke enam kaki tinggi dari tahun ke tahun. Pohon rimbun ini gemar ‘berteduh’ tetapi sekiranya diletakkan di dalam rumah, sebaik-baiknya posisikan ia berdekatan tingkap. Bagi membolehkan tumbuhan Dracanea dapat membesar dengan baik, tanam ia di dalam tanah subur yang mengandungi bahan kompos yang tinggi.
Tumbuhan ini turut menghasilkan bunga kecil yang berwarna putih. Ada kalanya bunga Dracanea kelihatan kehijau-hijauan, kekuning-kuningan mahupun kemerah-merahan. Keunikan lain, bunganya berbentuk tubular (tiub), dan diikuti dengan kemunculan buah sebesar sebiji beri berwarna merah – oren dan berbentuk bulat. Apabila ia telah mencecah satu-satu peringkat atau usia, bunga tersebut akan berkembang mekar setelah beberapa bulan hidup di dalam pasu yang sama dengan mendapat bekalan cahaya, baja, dan air yang mencukupi.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi pengunaan racun perangkap telah di lakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
1.Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3.Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...