Yang duduk rumah bersaiz kompak, Penyediaan ruang simpanan sangat kritikal. Selagi ada dinding yang kosong, sebolehnya nak digunakan sabagai tempat simpanan. Kalau rumah sendiri tak apa. Boleh tebuk dinding untuk buat kabinet dinding atau rak terbuka.
Tapi yang menyewa, memang terang-terang pemilik tak bagi paku atau tebuk dinding melaikan dibernarkan. Tapi, Mohd Hafizallah Ariffin ada idea lebih bijak bina tingkat untuk ruang simpanan atas mesin basuh tanpa perlu tebuk dinding dengan hanya menggunakan paip PVC
Senarai barang yang digunakan ialah :
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – RM 0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = RM 0.94)
2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = RM 7.92)
3. Siku ‘L’ besi – RM 2.00 sepeket(beli di ledai eco)
4. Papan – RM 8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = RM 16.00)
5. Batang pipe pvc – RM 1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = RM 12.08)
Untuk mudah potong paip PVC, boleh guna pemotong tube, Harga RM 12 je kalau beli online dekat sini https://invol.co/clt6tn
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.
Sekian Terima Kasih, Selamat Mencuba
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Berseri Pintu Rumah Nampak Mahal, Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished
Berseri Pintu Rumah, Nampak Mahal Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished. Pintu lama di rumah tak semestinya perlu tukar baru, hanya tambahkan fluted wall dan cat matte finished boleh merubah wajah dan menaikkan seri pintu kediaman. Malah kosnya pun lebih murah dan tak semahal nak beli pintu baru.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Shida Razak KC dalam ‘makeover’ pintu di rumahnya.
Sis makeover pintu lama jadi baru dan nampak macam mahal. Cukuplah di mata sis nampak mahal , tapi pembuatan dia murah tak mahal mana kosnya. Tak sampai RM500. Dari nak tukar pintu baru membazir je.
Progress. Dinding sis cat dulu warna kegemaran sis kelabu gelap.
Sebelum
Sis cat hitam matt finish beli di shopee ada jual jenis matt ni, boleh search Eco Paint MATTE FINISHED Wood Paint & Metal Paint( For Wood & Metal)
Sis beli fluted wall hitam 6 keping dah cukup. Tengok besar mana pintu tu. Sebelum hubby pergi keje sis suruh dia potongkan fluted panel guna grinder mengikut tandaan yang sis dah buat. Sis tak berani guna grinder. Kalau takde grinder. Pakai gaji besi pun boleh.
Fluted wall hitam 6 keping sis perlukan. 1 keping berukuran 150mm lebar dan panjang 2900mm. Kiraan berapa keping diperlukan bergantung design, ukuran lebar dan tinggi anda perlukan.
Lepas tu masa nak gam. Kita guna Xbond Adhersive, sis lekat 3M double side tape skali bagi dia hold kemas masa nak lekat tak lari-lari kemana-mana. So hasil dia kemas dan tak berganjak dari lokasi yang ditetapkan sementara nak tunggu adhersive tu kering dan kuat.
Dah siap.Architrave frame pintu sis dah tempah kat tukang kayu. Tinggal nak pasang frame bg kemas dan pintu nampak lebih besar. Dah 2 minggu tak siap-siap..sis tak sabar. Sis cat dulu keliling tu macam frame..macam ok jugak.
Ni lah hasilnya bila kita bukak pintu. Sekarang sis asyik-asyik nak bukak pintu. Macam tak caya buat sendiri yang selama ni dok idam-idamkan sangat pintu lagu ni. Hari-hari lap pintu. Sayang.
Zoom dekat sikit. Tengok kemasan. Oklah ni untuk sis.
Di cat bahagian dalam. Takde fluted. Sebab ada soft door closer. Kacau.
Sekian perkongsian hari ni kawan-kawan.
Begitulah sedikit perkongsian dari sis harini. Mencantikkan pintu kediaman. Nampak mahal tapi jimat. Mahal di mata sis. Mata orang lain belum tentu. Mahalnya sebab kita buat sendiri.
IMPIANA: Menarik hasil makeover pintu ni guna ‘fluted wall’ dengan kemasan cat hitam matte finish . Naik seri pintu rumah, kos pun jimat tak sampai RM500. Boleh dijadikan inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Mesti Baca:Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya!
Baca Lagi Di Sini:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Artikel Menarik:Transformasi Bilik Tidur Utama Konsep ‘Modern English,’ Pintu Tandas Tersorok Dalam Almari
Sumber: Shida Razak KC
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Penapis Kolam Sendiri Dengan Menggunakan Pasu Lebih Menarik
Setiap kolam sama ada ia hanya sebagai hiasan atau pun menjadi kolam ikan mempunyai masalah yang sama iaitu kualiti air. Kualiti air adalah antara faktor utama terhadap keseluruhan ekosistem yang terbentuk di dalam kolam. Kalau airnya keruh dan mempunyai kotoran, bukan sekadar tak sedap mata memandang malah mengancam habitat hidup akuatik yang mendiami nya.
Oleh itu, Untuk pastikan air kolam sentiasa dalam keadaan bersih sistem tapisan perlu diambil berat. Terdapat pelbagai rekaan sistem tapisan kolam di pasaran. Sama ada yang mahal dan murah. Setiap satunya fungsi adalah sama cuma kekerapan penyelenggaraan dan kualiti air yang dihasilkan menjadi perbezaan.
Tapi kali ini, LAMAN Impiana nak ajak anda untuk cuba membina sendiri sistem tapisan di dalam pasu. Berbanding menggunakan kotak atau tong khas yang berwarna hitam , adalah lebih baik gunakan pasu supaya ia kelihatan lebih menarik dan tak adalah nampak sangat macam penapis kolam.
Bahan-bahan:
Pasu plastik berukuran 47cm
25mm flexible hose
Penapis plastik (ikut saiz lantai pasu)
Span atau scrubbies secukupnya
1 biji 40mm U-bend kit paip
1 biji 40mm shower drain
1 biji 25mm double-end penyambung paip
3 biji 22mm penyambung paip “L”
1 biji 40mm tank overflow outlet
2 biji 22mm penyambung paip “T”
1 biji 22mm paip inlet tangki
4 batang 18-30mm metal screw-adjust
1 batang paip PVC 22mm x 2 meter
1 peket Bacteria culture untuk kolam
Gam untuk mencantumkan setiap sambunggan
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan drill, tebuk lubang pada bahagian lantai pasu untuk pasangkan shower drain
2. Tebuk 2 lubang di kanan dan kiri dinding pasu yang akan berfungsi sebagai inlet dan outlet dan pasang kaki paip untuk kedua-dua kegunaan ini tadi.Untuk outlet, gunakan 40mm tank overflow untuk mendapatkan kelancaran air yang baik.
3. Cantumkan P-Trap pada shower drain dan diikuti dengan U-bend kit seperti dalam gambar. Bahagian ini akan berfungsi sebagai overflow.
4. Bagi mengatasi paip sambungan dari U-bend kit patah atau rosak apabila menerima tekanan air, letakkan klip sebagai sokongan yang disambungkan pada dinding pasu.
5. Bahagian dalam pasu, susun peyambung “T” dan “L” untuk mendapatkan ukuran paip yang diperlukan seperti di dalam gambar dan cantumkan
6. Tebuk sedikit lubang pada penapis sebagai laluan paip.
7. Masukkan paip “T” yang telah disambung pada lubang penapis yang telah disediakan dan letakkan paip panjang.
8. Ukur ketinggian paip panjang tadi yang diperlukan untuk menyambungkan bahagian “T” tadi dengan outlet yang telah di letakkan pada dinding pasu.
9. Sambungkan paip yang di potongkan tadi dengan outlet menggunkan penyambung sesiku atau “L”
10. Susun Span atau scrubbies memenuhi ruang pasu dan pasu anda sedia untuk disambungkan atau dipasang pada elemen air.
Ini adalah keadaan overflow. jika air berlebihan di dalam tangki ia akan keluar. Untuk tugas-tugas penyelenggaraan, paip overflow ini perlu di turunkan.
Sumber: http://www.prior-it.co.uk/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cucian Serbaguna Dari Cuka Sesuai Untuk Semua Jenis Permukaan Dan Peralatan Dapur
Di dapur, pelbagai jenis pencuci anda simpan jadi stok. Betul tak? Untuk cuci permukaan dapur ada pencuci lain, nak cuci kain buruk ada pencuci lain, nak lap meja ada pencuci lain. Tapi, puan Yatie Eimra punya idea bernas untuk hasilkan pencuci pelbagai guna dengan hanya menggunakan bahan dapur yang murah dan mudah.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
Masa baking
nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun
Rendam kain buruk
Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
Cuci blender
Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
Cuci cerek elektrik Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
P/S:
1. Pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
2. spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’
2. kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindak balas dengan cuka.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI