
Cuti sekolah dah hampir tiba. Mesti ramai ibu bapa yang plan macam-macam program untuk anak-anak kan. Selain melancong, aktiviti di rumah pun perlu dipelbagaikan bagi memadatkan waktu cuti supaya anak-anak tak bosan.
Bina kiddie car wash untuk anak-anak antara perkara yang menarik yang boleh anda lakukan. Ini kerana ia tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang rumit. Sudah pasti aktiviti mandi manda menggunakan kiddie car wash lebih menarik walaupun tak ada kolam.
Bahan-bahan:
8 batang PVC paip 3/4″ berukuran 10 kaki
11 biji PVC T-joints
7 biji PVC elbow-joints
4 biji PVC cross joints
4 biji PVC caps
1 biji hose connector
7 batang pool noodles (pilihan)
5 biji span
Pelbagai warna tali nylon
Mesin gerudi dengan mata 1/16″
Gunting
Pemotong PVC
Permanent marker
Cara-cara:
1. Potong PVC mengikut ukuran yang telah ditetapkan dengan menggunakan pemotong PVC
- 3 batang 3 kaki paip PVC
- 26 batang 2.5 kaki paip PVC
- 2 Batang 1 kaki paip PVC
- 3 batang 6 inci paip PVC
2. Gunakan satu batang paip PVC panjang 6 inci dan sambungkan terus ke penyambung hos. Untuk lebih kukuh, anda boleh gam menggunakan tape putih
3. Pasangkan bahagian paip PVC yang lain menjadi sebuah struktur seperti pergola. Seperti biasa, untuk lebih kukuh gam kan setiap bahagian sambungan
4. Apabila keseluruhan struktur siap dibina, Anda perlu tebuk lubang air pancuran di bahagian paip PVC yang anda rasakan perlu seperti atas dan sisi dengan menggunkan mata 1/16″. Jarak setiap lubang antara 2 hingga 3 inci
5. Terakhir, Hias kiddi car wash anda dengan menggunkan pool noodles, span dan tali nylon
Sumber: http://www.momendeavors.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah

Isi Kandungan
ToggleDinding beralur atau “fluted wall” semakin popular dalam reka bentuk dalaman moden. Ia memberikan tekstur dan dimensi kepada ruang, menjadikan dinding lebih menarik dan elegan. Walau bagaimanapun, kos untuk mendapatkan dinding beralur boleh menjadi tinggi.
Baca perkongsian daripada Shaher Fuad ini sebagai rujukan;
DIY FLUTED WALL BAWAH RM 500.00!!
Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.
Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.
‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah
Ok, sebenarnya kerja-kerja untuk buat fluted wall ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa ataupun level iaitu :
1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.
Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.
Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.
‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah
Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.
Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.
Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:
1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60
2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00
3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00
4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00
5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00
jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60
Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.
Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..
Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.
‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah
1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.
2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.
3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.
4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.
5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.
Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Shaher Fuad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag

Isi Kandungan
ToggleMudah rupanya tanam bunga kobis. Dah belajar tanam kobis, apa kat akita nama kobis bug dan brokoli pula. Almaklumlah sayur tengah mahal ni. Nak-nak brokoli naik 200% harganya. Apa kata, tanam sendiri je. Puas makan. Tapi, ramai yang dah cuba-cuba tanam kata hasil bunganya tak berapa nak menjadi. Nur Zaliana berkongsi cara tanam bunga kobis dan brokoli menjadi dan catik macam beli dekat kedai. Jom kita lihat cara-caranya
Hi Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit.
Cara-cara menanam Caulyflower dan brokoli
1:Menyediakan medium.
Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.
Baca juga: (VIDEO) Semai Kobis Dalam Pasu Dari Keratan Beli dari Pasar Pun Menjadi
Resepi medium tanaman:
2 guni tinja ayam (25-30kg/guni)
3 kerta tolak tanah bakar
2kg kaptan dolomite
1 guni cocopeat (50kg)
kompos angaran 10kg
Gaul sebati dan biarkan dalam tempoh 2 minggu dalam polybag size 16x16inch
2:Menyemai biji benih.
Tabur biji benih dalam tray semaian, 1biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.
3:Memindahkan anak semaian.
Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1
4:Pencahayaan matahari.
Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.
5: Menyiram.
Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.
6:Membaja.
Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.
7:Kawalan serangga.
Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.
8:Masa Menuai.
boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jubin Tandas Bersinar Seperti Baru! Ikut Tip Mudah Perkongsian Ahli Kimia Ini

Isi Kandungan
TogglePernah tak ada perasaan “harap-harap dia tak nak tumpang tandas” ketika ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah? haa mesti takut dan segan jika tetamu lihat tandas yang kotor dengan lantai berlumut kan.
Kebersihan tandas merupakan salah satu perkara yang amat leceh untuk dikekalkan. Kalau tidak dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali, memang lain rasanya. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang cukup sensitif dengan segala kotoran yang terdapat dalam kediaman.
Untuk mengatasi masalah mencuci lantai serta cermin berkeladak di tandas, seorang ahli kimia (FATIMAH SALIM) telah berkongsi rahsia di laman facebooknya untuk orang ramai amalkan. Jom kita lihat cara-caranya!
“Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya.
Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA:
Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.
Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.
3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.
4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!”
Selamat mencuba!
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI