Di dalam sesebuah unit kediaman, dinding tumpu atau lebih sering disebut feature wall merupakan antara elemen yang penting. Perhatian yang khusus perlu diberikan dalam menghasilkan sebuah dinding tumpu yang menarik dan bersesuaian dengan ruang. Ia berupaya menyempurnakan dekorasi ruang disamping dapat mewujudkan komunikasi visual yang indah antara ruang dalam kediaman.
Sebagai contoh, Jae Jung Suh telah memilih untuk berfikir diluar kotak dan menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan sebuah feature wall yang amat berbeza dari kebiasaan. Dengan hanya menggunakan vinly dan hasilnya, menakjubkan! Susunan herringbone menjadi pilihan dan ia merupakan pilihan yang tepat untuk kediamannya.
Ads
Lama dah nak buat accent wall Herringbone pattern ni.. and suddenly miss CORONA came.. u know the deal kan..
Kalau nak guna real wood macam mahalkan.. so guna je vinyl flooring ni.. sis2 jangan ingat vinyl floor tok lantai ja tau hehehe.. tp nak patah ler pinggang Sbb buat sorang2 kan..
Kalau anda rasa kurang yakin untuk gunakan pelekat vinyl, boleh je improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring)
Ads
Ads
Menarik, bukan? Jadi buat anda yang masih tercari-cari idea nak buat apa dengan feature wall dirumah, boleh la cuba tip ini. Boleh buat sendiri, dan pastinya lebih jimat!
Bingkai gambar atau lukisan pembangkit seri bagi sesuatu ruang. tapi, untuk memperolehi atau membeli sebuah bingkai lukisan yang bersaiz besar satu dinding, harganya boleh tahan ratusan juga walaupun hanya jenis cetakkan.
Tapi, Barbie Daeng dan suami ada idea yang tersendiri.
Saja nak kongsi hasil idea kami dengan semua. Mana-mana rumah yang yang ada banyak dinding kosong dan tak tahu nak tampal apa, boleh buat macam idea kami ni. Bajet hanya beli karpet 3D viral dan double side tape dan gam gajah.
TIP IMPIANA: Untuk elak cat tertanggal akibat double side tape atau gam gajah tadi, boleh tampal maskin tape (pita pelekat kertas) terlebih dahulu sebelum tampalan gam dan karpet dilakukan
Nak dekor rumah untuk nampak cantik tak semestinya kene beli barang-barang mahal. Janji hasilnya menawan
Untuk memastikan pokok ros anda sentiasa mekarberbunga, bukan baja sahaja yang menjadi peranan. Penjagaannya juga perlu diuruskan. Teknik deadheading memainkan peranan.
Teknik deadheading dapat menggalak pertumbuhan atau penghasilan tunas dan kudup bunga baru dengan cepat.
Tambahan, sistem pokok dapat fokus ke bahagian lain yang lebih memerlukan berbanding bahgian bunga yang selesai berkembang
Nak tahu teknik deadheading yang betul, tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Di Malaysia terdapat pelbagai pilihan tanaman memanjat yang mempunyai warna-warna terang dan cerah. Antaranya, Pyrostegia venusta yang juga dikenali sebagai Flame Vine atau Firecracker Vine yang berasal dari Brazil. Terang bunga tanaman ini yang berwarna jingga bergayutan di hujung sulur paut menjadikannya tarikan yang sangat kuat kepada pintu masuk kediaman anda. Bunga-bunga yang memanjang dan berkelompok begitu menonjol seumpama gubahan bunga pada pintu gerbang.
Seterusnya adalah tanaman memanjat Thunbergia laurifolia yang boleh didapati dengan kuntuman bunga berbentuk seperti trumpet. Tanaman ini sering kali menjadi pilihan untuk menghiasi struktur trellis, pergola dan gazebo kerana bunga-bunganya yang bersaiz besar dan ketara. Thunbergia mudah hidup di bawah sinaran matahari penuh ataupun separa teduh. Dengan bunga bersaiz hampir 5 inci berwarna biru, putih atau lavender pasti menggamit kedamaian bagi sesiapa yang melihatnya.
Manakala bagi penggemar tumbuhan eksotik, Passiflora incarnata pasti menjadi pilihan kerana bentuk bunganya yang unik. Pertumbuhannya yang agresif sesuai bagi anda yang ingin impak segera untuk kediaman. Warnanya yang terang dan jelas pula pasti membuatkan tetamu berasa teruja apabila dapat melihat sendiri keunikan tumbuhan ini.
Spesies Bougainvilla pula tumbuh sebagai tanaman memanjat tetapi ia juga boleh dibentuk menjadi renek. Kelopaknya boleh didapati pelbagai warna seperti merah terang, ungu, hot pink, jingga dan putih. Jika di negara empat musim Bougainvilla berbunga meriah pada musim salju, di Malaysia ia akan berkembang mekar apabila cuaca panas dan kering. Sama ada di tanam secara mendatar sebagai tanaman renek atau memanjat, perlu berhati-hati dengan duri panjang yang terdapat pada tanaman ini.
Allamanda cathartica begitu kaya dengan warna diraja sesuai bagi pemilik yang sukakan tanaman memanjat mudah dijaga. Alamanda tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya matahari penuh. Ia tidak dapat berbunga dengan banyak ataupun kuantiti bunga akan berkurangan apabila berada di bawah redup. Oleh sebab pertumbuhan yang cepat, Alamanda sesuai dijadikan hiasan di tembok pagar kediaman.
Quisqualis indica pula tidak kurang hebatnya untuk dijadikan sebagai ‘penyambut tetamu’ di muka pintu. Tanaman menjalar malar segar dan mudah tumbuh serta boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter jika tidak dikawal. Gugusan lebat bunganya bukan sahaja menarik pandangan mata malahan kelebihannya yang memiliki aroma segar terutamanya pada waktu malam pasti meninggalkan memori indah saat kediaman anda dikunjungi.
Tristellateia australasie berbunga kuning ini juga antara tumbuhan menjalar malar segar. Ia berbunga sepanjang tahun menghasilkan bunga berbentuk bintang dalam gugusan panjang berjuntai. Dalam keadaan tanah kurang nutrien dan kering ia akan menggugurkan daun dan bunga juga akan berkurangan. Bentuk bunganya yang menarik dengan warna terang sesuai dijadikan hiasan di taman.
Bauhinia kockiana merupakan tumbuhan tropika semi deciduous yang memerlukan penyokong untuk menjalar. Di sebalik rimbunan daun yang lebat, bunga Bauhinia kockiana berbentuk jambangan yang melalui siri warna tertentu seperti merah jingga, kuning emas dan kuning cair sebelum ia gugur. Warna bunganya yang bersemarak bukan sahaja di abadikan pada trellis dan pergola, ia juga boleh diletakkan sebagai espalier pada dinding tembok pagar.
Antigenon leptosus merupakan tanaman memanjat yang sangat cepat membesar dan mempunyai foliage malah boleh tumbuh sehingga lebih dua meter. Ia menghasilkan bunga berbentuk hati sesuai disandarkan pada trellis, pergola dan arbor yang diteduhi dengan pelindung nipis. Bunga-bunga akan lebih berkembang jika berada di bawah cahaya sederhana.
Spesis Ipomoea pula tidak bertahan lama berbanding tanaman memanjat berbunga lain. Ia akan menjadi layu apabila matahari mulai menegak. Namun begitu, kelebihan yang terdapat pada Ipomoea adalah aroma wangi yang dihasilkan dan mengeluarkan bunga yang banyak pada satu masa. Ia sesuai sebagai melembutkan pagaran dan melingkari trellis yang dipasang di pintu utama.
Tidak sah jika kediaman Malaysia tidak disertai koleksi bunga ros nan indah. Spesies Ros bukan sahaja boleh ditanam secara horizontal di dalam pasu, ia juga boleh dibentuk sebagai tumbuhan memanjat menjadi gerbang menjalin tembok pagar dan pergola yang dibina. Ia mudah dijaga dengan melakukan pemangkasan selepas bunganya gugur untuk menggalakkan pengeluaran bunga seterusnya.
Wisteria floribunda merupakan tanaman memanjat berbunga ungu yang mempunyai dahan lembut melingkari sokongan seperti trellis atau pancang mengikut arah jam atau sebaliknya. Ia boleh menjalar di atas platfrom sehingga mencapai kelebaran 10 meter. Bunganya yang lebat menjadi sangat indah dinikmati di bawah arbor di ruang santai mahupun sebagai penyeri bahagian pintu masuk.
Garlic vine atau Cydista aequioctyalis ini pula lebih menonjol dengan kelompok bunga ungu kebiruan. Daunnya yang lebat dan tebal menghasilkan aroma bawang putih memerlukan sokongan yang sangat kuat apabila matang kerana daunnya yang sedikit lebar mudah merimbun lalu memenuhi ruang platform memanjat. Pemangkasan pada tunas pokok akan menggalakkan pertumbuhan daun.
Vallaris glabra begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana harumannya yang sentiasa menjadi pilihan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai dan sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita Melayu. Bunganya yang putih berseri melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Justeru pemilihan tanaman memanjat ini sebagai hiasan di perkarangan halaman adalah bersesuaian dengan sambutan pada Aidilfitri yang menampilkan keindahan budaya dan busana Melayu.
Clitorea ternatea atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang mempunyai bunga berwarna ungu terang yang digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti nasi kerabu. Warnanya yang terang dan semakin jarang ditemui memberikan peluang kepada ruang masuk di kediaman anda menjadi lebih menonjol berbanding penggunaan tanaman berbunga lain. Kombinasi keindahan semula jadi yang terhasil dan penyediaan makanan berasaskan bahan organik memberikan persepsi positif kepada tuan rumah.
Klik link ini untuk anda yang ingin mencuci mata barang dekor yang murah dan menarik https://invol.co/cloqny
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.