
Jangan biarkan dinding anda polos tanpa sebarang perincian atau dekorasi. Bangkit aura dekorasi dinding anda dengan rona ceria tali pelangi serba mudah dan comel ini. Secara tidak langsung, ia menjadikan dekorasi kediaman lebih unik dan pastinya mencuri perhatian para tetamu dengan suntikan insta worthy dalam dekorasi.
.
Bahan-bahan:
7 gulung benang bulu berlainan rona
Tali guni
Gam panas
Pembaris
Dawai bunga
Gunting
Pelekat kertas
Pen
Sikat kasar
Cara-cara:
1. Ukur panjang tali diperlukan dan sisakan dua inci pada hujung kedua -dua tali tersebut.
2. Lekatkan pelekat kertas pada bahagian kedua-dua hujung tali bagi mengelak ikatannya serabut
3. Potong tali yang telah ditentukan ukuran
4. Gamkan dawai bunga bagi memudahkan tali dilentur menjadi bentuk pelangi
5. Lekatkan benang pada ke tujuh tali yang telah dipotong dengan tona warna berbeza.
6. Lenturkan kesemua tali menjadi pelangi
7. Gam setiap satu tali mengikut susunan dengan menggunakan gam panas
8. Sikat bahagian sisa tali sehingga halus
9. Kemas dan ratakan bahagian hujung tali
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik?

Apabila sudah memiliki kediaman sendiri sudah pasti anda nak ubah suai dan tambah baik rumah anda supaya tampak lebih anggun, bergaya dan sesuai dengan citarasa anda.
Ubah suai rumah ini termasuk dengan konsep yang ingin diserlahkan bersama barang kelengkapan yang dibeli, termasuklah penggunaan jubin bagi mencapat matlamat impian anda.
Namun, anda pasti seringkali berdepan dengan masalah pemilihan jubin yang betul seperti antara corak, warna dan jenis jubin yang sesuai untuk rumah anda. Bahkan pelbagai pilihan yang ada menyukarkan anda untuk membuat pilihan.
Tidak kira sama ada anda nak memasangnya di luar mahupun di dalam rumah, pemilihan jenis jubin memainkan peranan penting.
Untuk permukaan lantai dalam rumah, jubin jenis seramik dan porselin sering menjadi pilihan ramai. Tetapi tahukah anda antara kedua-dua jenis jubin ini mempunyai perbezaan meski struktur permukaannya kelihatan hampir sama.
Jadi, mari kita kita lihat perbezaan dan kelebihan antara kedua-dua jenis jubin ini.
JUBIN JENIS SERAMIK
Jubin jenis seramik dianggap jubin paling asas kerana ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain.
Bahan-bahan tersebut kemudiannya diadun menerusi proses penekanan dan dibakar dalam suhu yang tinggi.
Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.
Untuk jubin jenis seramik ia mempunyai kelebihan dari segi harganya yang lebih murah berbanding jubin jenis porselin. Selain itu, ia juga tahan lasak dan amat untuk mudah dijaga.
JUBIN JENIS PORSELIN
Jubin jenis porselin pula diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan.
Secara umumnya, tanah liat digunakan untuk membina jubin porselin lebih padat. Bukan sekadar berkilat dan pusam, ia juga menawarkan permukaan yang boleh memantulkan cahaya.
Maka ia sesuai dipasang sama ada di dalam atau di luar rumah. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.
Kelebihan jubin jenis porselin ini dipercayai lebih tahan lama, mudah dibersihkan dan diselenggara.
Sumber: PropertyGuru Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
21 Langkah Beli Rumah Sub Sale Supaya Tak Ditipu dan Selamat

Ramai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Bersih Dan Cuci Sofa Raya, Guna Barang RM 3.90 Ni Je

Raya dah dekat , maka bolehlah mula mengemas dan mempersiapkan rumah untuk menerima kehadiran tetamu raya nanti.
Ruang yang paling wajib dikemas dan didahulukan sudah pastinya ruang tamu. Cuba perhatikan sofa anda? dah 2 tahun tak terima tetamu, mungkin dah kepam. Tak perlu upah orang atau beli mesin mahal-mahal nak cuci sofa kepam tu. Boleh cuba cara ni
Haritu survey tukang cuci sofa.. Dia bagi harga RM120 servis cuci sofa datang rumah.. Hampir-hampir nak guna tukang cuci..
Adik beli 1 tin sebab nak try cuci seat kereta.. Saya pinjam.. Buat sikit kat sofa tengok-tengok menjadi. Lepas tu, pergi cari dekat Eco beli sendiri.. 1 sofa guna 2 tin setengah je. Modal baru RM6.30
Kalau tak ada dekat kedai Eco, boleh beli je dekat shopee. Ni link nya https://invol.co/claa391
Tak payah sental sangat pun kalau guna berus baju jenis macam tu. Berus dia lembut-lembut je. Spray bahagian mana nak dicuci, biar foam tu menyerap sekejap, dah boleh memberus.. Siap berus, la-lap2 manja guna kain bersih dan kering.. Tunggu je sofa kering sendiri
Sebelum spray, goncang dulu.. Masa spray, tutup hidung atau pakai pelitup muka sebab baunya macam menyegat jugak bau dia nie Saya sampai sekarag ulang alik ulang alik belek sofa macam tak percaya dah jadi macam sofa baru.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI