Tempoh PKP sudah pasti bil elektrik akan berlaku peningkatan. Al maklumlah, penggunaan tv, kipas, modem internet 24 jam digunakan. Tu belum masuk kira penggunaan penghawa dingin.
Sedar akan keadaan tersebut, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah diumumkan. Pelbagai bidang dan peringkat menerima pakej rangsangan dan tidak terkecuali adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Ads
Pengguna akan menerima diskaun secara automatik dan beraganting kepada jumlah penggunaan seperti berikut:
Ads
Pemberian diskaun yang telah diberikan ini tidak bermakna anda boleh melakukan pembaziran. Nak diskaun yang banyak, perlu lah berjimat ye.
Kedai perabot yang menawarkan perabot yang berkonsepkan scandinavian yang nampak lebih moden dan sleek dalam penataan. Harganya pula lebih berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan kepada semua pelanggannya. Di Joy Design pelbagai rekaan moden yang boleh mengaburi mata peminatnya.
More Design
Sebuah kedai perabot yang juga memberi kepuasan kepada pembelinya, jangan tanya bab harga ya! Semestinya, harga yang cukup berbaloi dengan rekaan dan kemasan yang sempurna. Menariknya di Joy Design ini, anda boleh customize mengikut kehendak anda. Kemasan sofa juga anda boleh pilih, mungkin anda ingin gemarkan fabrik atau kulit. semuanya boleh dibuat di More Design. Menarik bukan!
Harvey Norman
Siapa yang tidak kenal dengan jenama perabot Harvey Norman yang semestinya berkualiti tinggi. Harvey Norman menawarkan konsep moden dan kontemporari bagi pilihan semua golongan masyarakat. Kalau masuk ke Harvey Norman, semua perkakas ada. Ni nak raya ni kan pergi lah jengah diskaun mesti banyak.
Maju Homes
Dah mula rambang mata dengan semua perabot yang ada. Maju Homes juga menawarkan pelbagia perabot, bukan sahaja set sofa atau set meja kopi. Pelbagai perabot yang sesuai untuk ruang kediaman anda. Konsep moden dan designer item ini membuatkan ramai akan mengilai set perabot di sini. Kalau anda tak percaya boleh la pergi lihat sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
PKP membatas pergerakkan namun tidak menghadkan silaturahim. Tambahan dengan plan internet percuma 1GB yang diumumkan kerajaan selama tempoh PKP bermula 1 April 2020, banyak memberi peluang untuk kita berhubung terutamanya melalui panggilan video.
Walaupun jauh, namun dekat dimata dan hati sudah cukup mengubat rindu. Tidak ada jenama talian komunikasi yang terkecuali menerima subsidi data 1GB setiap hari yang boleh digunakan 8 pagi hingga 6 petang. Namun, cara tebusan data tersebut berbeza mengikut jenama. Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. CELCOM
– automatik terus masuk
2. DIGI
– tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
3. MAXIS
– tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
4. UMOBILE
– Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
Postpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer
5. ONEXOX
– tebus/redeem” melalui aplikasi ONEXOX Black atau
USSD *150#.
Lepas tebus data ni, boleh lah buat panggilan video untuk anak yang berjauhan dengan keluarga, suami yang berjauhan dari isteri akibat tuntutan kerja, kongsi resepi, boleh tadabbur beramai-ramai secara atas talian dan sebagainya. Jadi, manfaat rezeki dan peluang yang ada sebaiknya dan #SyukurBersama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramadhan 1441 di jalani dengan cara yang sangat berbeza di seluruh dunia. Syyidul Syukur tahun ini disambut ketika dunia sedang berperang dengan tentera yang tak kesat di mata. Namun, disebaliknya penuh dengan hikmah.
Dikesempatan PKP (Perintah Kawalan pergerakkan), jadikan ia sebagai hikmah ramadhan agar kita lebih fokus menunaikan ibadah ini secara sederhana dan terhindar dari fitnah dunia. Mudah-mudahan, Ramadhan 1441 ini kita tidak terdiri dari 9 golongan yang rugi nikmat Syyidul Syukur, Penghulu segala bulan. 9 golongan tersebut adalah:
GOLONGAN PERTAMA
Iaitu mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja
GOLONGAN KEDUA
Mereka yang tidak beribadah pada malamnya (dengan solat tarawih dan lain) kerana bermalas-malasan dan sengaja memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada habuan keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadhan
GOLONGAN KETIGA
Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan dari melakukan perkara haram
GOLONGAN KEEMPAT
Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat-saat keemasan di bulan Ramadhan dengan tidur, lalai dengan menonton TV, mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita-cerita yang dimurkai Allah
GOLONGAN KELIMA
Mereka yang mensia-siakan solat 5 waktu, tidak berkunjung ke masjid dan surau bersama para jemaah. Berbeza tahu ini, dalam tempoh PKP kita tidak dibernarke ke surau mahupun masjid. Tapi, peluang tersebut boleh lah kita berjemaah bersama keluarga dan mempercepatkan solat
GOLONGAN KE ENAM
Mereka yang merosakkan puasa mereka dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh, makan dan minum, mengeluarkan mani dengan sengaja, mengadu domba, mengumpat, hasad dengki, mengejek-ngejek dan mempermainkan orang lain, menyebut kata-kata kotor, berhias (bersolek) dan sebagainya
GOLONGAN KETUJUH
Mereka yang hanya bersungguh-sungguh dalam beribadah di awal Ramadhan serta berazam untuk bertaubat dan beristiqamah dalam beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan yang sia-sia dan melalaikan
GOLONGAN KELAPAN
Mereka yang meninggalkan Al-Quran di bulan Ramadhan di mana Al-Quran tidak dibaca dan ditadabbur
GOLONGAN KESEMBILAN
Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka dan tidak menafkahkannya ke jalan Allah dengan memberi makan orang yang lapar, tidak memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa dan tidak memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!