
Dinding Merekah Dan Ade Kesan Paku, Sumbat “Wall Plaster” Ni Je. Memang sakit mata tengok dinding yang ade kesan paku, sompek atau merekah. Mesti ramai yang buntu tak tahu nak buat macam mana. Ramai yang hanya terfikir nak tutup dengan tampalan simen baru. Betul tak?
Baca juga: Ketahui Jenis Kerosakan Dinding Dan Cara Atasinya.
Sebenarnya ada cara lebih mudah dan cepat yang boleh anda lakukan.Apa kata gunakan wall plaster dalam tube ni.
Selain digunakan untuk menutupi lubang-lubang paku dan rekahan, ia juga boleh digunakan sebagai penyelesaian grout atau celah jubin yang dah tercabut. Nak buat coreection pada dinding yang tersalah tebuk pun boleh je guna wall plaster khas ni.
Nak beli wall plaster khas ni boleh klik link ni je. https://invol.co/cl9uw1i. dekat kedai ni paling murah, harga tak sampai RM4 dan telah terjual lebih 60k unit
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Hiasan Lebat Berbunga, Siram Setiap Hari Dengan Baja DIY Campuran Tiga Bahan Ini

Pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari dengan baja DIY campuran tiga bahan. Kalau ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun adakalanya pokok-pokok hiasan yang ditanam tidak mengeluarkan bunga. Hanya banyak daun sahaja.
Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.
Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian/mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga. Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya juga tidak mahal.
BAHAN:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.
3. Peram selama tiga hari paling minimum. Lebih lama diperam lebih baik.
4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam dalam botol air mineral tadi biar semua bahan jadi sebati.
5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.
6. Siram pada batang pokok sahaja.
Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.
Sumber: Nurul Shima
BELI POKOK HIASAN DI SINI
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Langsir Dapur Dari Tuala RM 2.12 Sahaja

Bukan semua material fabrik sesuai dijadikan sebagai langsir dapur. Jenis fabrik yang mudah memerangkap minyak dan habuk perlu kerap dicuci untuk memastikan ia sentiasa bersih, Faham-faham je lah, kalau dah kerap dicuci fabrik mudah reput. Pakai fabrik mahal macam mana pun tak dapat elak masalah ini kalau fabrik yang digunakan tidak bersesuaian.
Namun perkongsian oleh Sherry Al Edruce melalui Facebook. Wanita ini berjaya menghasilkan langsir dapur dengan menggunakan tuala dapur yang dibelinya dari kedai eco pada harga RM 2.12 sekeping. untuk buat langsir dapur yang ada 2 keping daun tingkap, hanya 4 keping tuala diperlukan. Jadi, keseluruhan bajet yang digunakan tak sampai RM 10.00 pun.
1. Jahit jelujur dengan dengan tangan untuk cantumkan 4 keping tuala tadi. Kalau ada mesin lebih bagus
2. Seleaps cantumkan ke empat-empat langsir tadi, lepat sedikit di bahagian atas dan dijahit untuk membentuk poket rod langsir nanti
Dah siap, boleh lah gantung
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Simpan Uncang Teh Terpakai. Ini Anda Boleh Lakukan Di Rumah!

Menikmati secawan teh uncang memang memberikan kesegaran dan membuatkan kita lebih bertenaga. Selain dari dibuat minum, sebenarnya uncang teh boleh berperanan lebih besar untuk melengkapkan kehidupan kita. Nak tahu apa yang boleh dilakukan oleh uncang teh untuk anda?
1. Melegakan iritasi/kecederaan di bahagian kulit
Uncang teh sangat berkesan memberikan kelegaan dan mengurangkan kesan sakit akibat kulit terbakar kerana sinaran matahari, lebam, kesan gigitan nyamuk dan radang kesejukan.
Caranya: Ambil satu uncang teh dan basahkan dengan menggunakan air sejuk/air aliran paip sinki. Setelah itu tekap/tekankan pada permukaan kulit yang tercedera itu. Anda juga boleh menggunakan uncang teh untuk menghilangkan kesan lingkaran hitam bawah mata dan bintik hitam pada kulit wajah.
2. Menghapuskan bau kasut
Uncang teh mempunyai kuasa ajaib yang dapat menarik atau menyerap bau yang kurang menyenangkan. Ini termasuklah digunakan untuk menyingkir bau masam/cagu di dalam kasut
Caranya: Masukkan uncang teh yang kering ke dalam kasut anda. Dan biarkan semalaman.
3. Mengharumkan peti sejuk
Selain dari penggunaan baking soda, anda boleh juga menggunakan uncang teh.
Caranya: Masukkan beberapa uncang teh ke dalam sebuah bekas terbuka. Masukkan ke dalam peti sejuk . Bau peti sejuk tidak lagi dikesan selepas itu.
4. Membersihkan minyak dan kotoran degil pada pinggan mangkuk
Tidak dinafikan kotoran degil dan minyak memang sukar ditangani jika anda terlewat membasuh perkakas tersebut. Namun dengan uncang teh ia berkesan menghapuskan masalah tersebut
Caranya: Rendamkan pinggan mangkuk yang kotor tersebut semalaman di dalam sinki yang telah dipenuhkan dengan air. Letakkan beberapa uncang teh. Esok harinya, anda akan mendapati kotoran tersebut mudah ditanggalkan!
5. Menjauhkan serangga/haiwan perosak
Haiwan perosak seperti tikus, labah-labah dan sebagainya kerap mendidiami kawasan rumah yang tersembunyi seperti di dalam kabinet dapur.
Caranya: Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kabinet dapur dan kawasan yang berpotensi dihadiri haiwan perosak berkenaan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI