Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Ads
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
Ads
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dindingdan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Dapur merupakan salah satu kawasan yang wajib ada dalam setiap kediaman tidak kiralah apa jenis dan saiz rumah anda. Tidak seperti ruangan lain yang dibina untuk tujuan bersantai dan berehat, dapur merupakan salah satu bahagian rumah yang paling sibuk dengan kerja-kerja penyediaan dan memasak menjadikannya ruang yang paling terdedah dengan risiko kemalangan buruk. Ketika sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan juadah, ramai di antara kita yang lupa untuk mematuhi amalan keselamatan dapur yang telah ditetapkan. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada bencana yang tidak diduga. Sebagai contoh, seorang wanita mengalami 80% kebakaran apabila kebocoran gas menyebabkan letupan di dapur beliau di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Tragedi begini boleh dielakkan dengan mengikut beberapa tips keselamatan dapur yang anda dan keluarga boleh lakukan.
Peralatan Elektrik
Alatan yang menggunakan tenaga elektrik boleh membahayakan jika tidak digunakan dengan betul. Ikut tips yang telah IMPIANA senaraikan untuk mengelakkan kemalangan apabila menggunakan alat-alat ini:
Pastikan setiap wayar alatan elektrik dilindungi dengan bahan penebat. Jika anda dapati ada wayar yang rosak, gantikannya dengan segera.
Jangan letakkan alat elektrik berhampiran dengan sinki atau kawasan lembab. Walaupun sesetangah alatan ini kalis air, tidak perlu ambil risiko kerana percikan air pada alat yang dihidupkan boleh mendatangkan padah.
Jangan sentuh suis dan alat elektrik dengan tangan yang basah. Letakkan tuala atau napkin berhampiran dengan suis agar mudah untuk anda keringkan tangan sebelum menggunakan atau menghidupkan suis alatan elektrik
Dapatkan pakar untuk menyelenggara peralatan yang lebih kompleks, seperti ketuhar gelombang mikro anda. Dengan berbuat demikian, alatan akan tahan lebih lama selain memastikan ia selamat untuk diguna.
Pisau dan Alatan Tajam
Adalah amat penting bagi pemilik untuk memberikan penjagaan yang rapi dan baik selain mengetahui cara betul pengunaan semua alatan didapur. Semua objek tajam seperti pisau, gunting dapur, pembuka tin dan lain-lain harus disimpan di tempat jauh dari capaian kanak-kanak. Apabila memotong daging atau sayur-sayuran, pastikan anda menggunakan papan pemotong yang kukuh. Bagi mengelakkannya dari bergerak-gerak, lapikkan kain dibawah papan pemotong tersebut. Semua peralatan perlu diletakkan dalam jangkauan anda. Elakkan menyimpan perkakas dapur di dalam almari yang tinggi kerana ia membahayakan dan boleh jatuh pada bila-bila masa.
Span dan Kain Buruk
Semua orang mempunyai span dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Tetapi adakah anda tahu bahawa span dapur yang lembab atau basah merupakan ‘magnet’ pertumbuhan bakteria? Anda juga mungkin mempunyai kain untuk mengelap tangan selepas membilas sayur-sayuran. Kain ini biasanya hanya akan dibilas dan dibiarkan kering. Malangnya, kaedah ini tidak digalakkan kerana bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat. Salah satu kaedah untuk membasmi kuman di span anda adalah dengan merendamnya dalam semangkuk air panas mendidih. Satu lagi cara yang boleh anda lakukan ialah dengan merendam span atau kain dalam larutan peluntur. Kemudian, keringkan span secepat yang mungkin bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria baru.
Papan Pemotong
Sesetengah orang lebih suka menggunakan gunting dapur apabila memotong sayur-sayuran atau menyiang ayam. Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih selesa menggunakan papan pemotong dan pisau dapur. Pastikan anda mempunyai papan pemotong yang berasingan untuk daging mentah dan sayur-sayuran. Ini adalah penting dari segi kebersihan. Untuk membasmi kuman dari papan pemotong, gunakan cuka atau cecair peluntur.
Tong Gas
Sebahagian besar dari kita lebih suka untuk memasak dengan periuk gas kerana api lebih kuat dan lebih mudah dikawal. Tetapi jika tidak mengikuti prosedur keselamatan yang betul, risiko kebakaran gas adalah tinggi. Antara tips keselamatan untuk gas memasak adalah ;
Pastikan tiada bau gas yang kuat sebelum menghidupkan dapur gas.
Cara betul untuk menghidupkan dapur gas manual adalah dengan menyalakan dahulu api sebelum menghidupkan gas.
Matikan semua peralatan dapur gas dan injap sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang panjang.
Jangan cuba lakukan ubahsuai DIY pada peralatan gas anda. Sebagai contoh, meletakkan batu bata pada regulator yang longgar atau menyelitkan lipatan kadbod pada pemutar gas bagi mengelakkannya tertutup sendiri. Perbuatan seperti itu adalah sangat bahaya!
Periksa kebocoran pada paip gas dengan air sabun. Jika anda dapati ada buih-buih yang muncul, bermakna terdapat kebocoran di tempat itu.
Jangan lupa praktikkan langkah praktikal dan mudah ini bagi menjamin keselamatan dapur disamping sama-sama mendidik ahli keluarga anda tentang kepentingan menjaga keselamatan di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagaimana usaha anda dalam menghindari lalat? Adakala kita lebih mudah memilih bahan komia sebagai jalan pintas bagaimana untuk menghindari lalat ini kan. Bagi orang lama, masih banyak cara lain yang boleh anda praktikkan dalam menghindari lalat. Malah ada jalan ini yang tidak pernah sangka ia amat mudah lagi ringkas.
Tahukah anda timun juga boleh dijadikan bahan untuk menghindari lalat? Ia dilihat amat berkesan untuk membasmi lalat dari menghurung ruang dapur anda.
Caranya juga muda hanya meletakkan beberapa hirisan timun pda meja makan anda dan lalat mula menjauhi juadah makanan anda. Di samping itu juga anda boleh menggantung air di dalam plastik jernih. Ia dilihat mampu mengelirukan pandangan lalat yang mempunyai mata kumpuan yang banyak.
KAEDAH RINGKAS YANG MAMPU MENGHALAU LALAT DENGAN BIASAN CAHAYA DARIPADA PLASTIK YANG BERISI AIR . TERNYATA MAMPU MENGGANGGU PANDANGAN LALAT.
Jika anda tidak mempunyai semua ini, jangan risau, rendamkan sahaja daun kari ke dalam satu mangkuk kecil dan biarkan. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah anda .
Siapa sangka dengan bahan masakan ringkas seumpama ini, masalah lalat boleh kita hapuskan. Ayuh semua kita pastikan juadah di bulan puasa ini lebih selemat , bersih dan terjaga. Basmi lalat, tingkatkan kesihatan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Meja makan kayu adalah pelaburan yang bernilai untuk setiap rumah. Selain menambah estetika semula jadi, meja kayu juga memberikan keselesaan dan kehangatan kepada ruang makan. Walau bagaimanapun, tanpa penjagaan yang betul, kayu boleh rosak, pudar, atau kehilangan kilauannya.
Mengapa Penjagaan Meja Makan Kayu Penting?
Kayu adalah bahan organik yang sensitif terhadap perubahan persekitaran seperti kelembapan, suhu, dan pendedahan cahaya matahari. Tanpa penjagaan yang baik, meja kayu boleh mengalami masalah seperti:
Kesan air atau kotoran: Tumpahan minuman atau makanan boleh meninggalkan kesan kekal.
Pudar warna: Pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kayu kehilangan warna asalnya.
Calar dan retak: Penggunaan harian tanpa perlindungan boleh merosakkan permukaan.
Kehilangan kilauan: Salutan pelindung seperti varnis atau lilin boleh haus dari masa ke masa.
Dengan penjagaan yang betul, meja makan kayu boleh kekal cantik dan berfungsi selama berpuluh tahun, malah boleh menjadi warisan keluarga.
Pembersihan Rutin untuk Meja Makan Kayu
Pembersihan adalah langkah pertama dan paling penting dalam menjaga meja makan kayu. Berikut adalah panduan pembersihan yang berkesan:
Alat dan Bahan yang Diperlukan:
Kain microfiber lembut atau kain kapas.
Air suam.
Sabun pinggan mangkuk yang lembut (pilih yang bebas bahan kimia keras).
Kain kering untuk mengelap.
(Pilihan) Pembersih khusus untuk kayu yang sesuai dengan jenis salutan meja anda.
Langkah-langkah Pembersihan
Lap Harian: Gunakan kain microfiber kering untuk menghilangkan habuk dan serpihan kecil setiap hari. Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan calar halus jika tidak dibersihkan.
Pembersihan Lembap: Untuk kotoran biasa, lembapkan kain microfiber dengan air suam dan beberapa titik sabun pinggan mangkuk. Lap permukaan dengan lembut, ikut arah urat kayu untuk mengelakkan kesan calar.
Keringkan Segera: Selepas mengelap dengan kain lembap, gunakan kain kering untuk menghilangkan kelembapan. Jangan biarkan air kekal lama pada permukaan kayu kerana ia boleh meresap dan menyebabkan kerosakan.
Elakkan Bahan Kimia Keras: Jangan gunakan peluntur, ammonia atau pembersih berasaskan alkohol kerana ia boleh merosakkan salutan kayu atau menghilangkan kilauan semula jadi.
Petua Tambahan
Bersihkan tumpahan segera, terutamanya minuman seperti kopi atau teh untuk mengelakkan kesan kekal.
Jika meja anda mempunyai salutan lilin, gunakan pembersih khusus untuk lilin kayu untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan pelindung.
Melindungi Permukaan Meja Kayu
Perlindungan adalah kunci untuk mencegah kerosakan pada meja kayu. Berikut adalah beberapa cara untuk melindungi permukaan meja:
Gunakan Pelapik dan Alas
Alas pinggan dan cawan: Letakkan alas untuk cawan panas, pinggan atau mangkuk untuk mengelakkan kesan haba atau air.
Kain Alas Meja: Gunakan kain pelapik untuk melindungi permukaan daripada calar dan tumpahan.
Alas kuali dan periuk: Gunakan alas untuk melindungi meja daripada kesan panas dari kuali
Elak Terdedah kepada Cahaya Matahari
Cahaya matahari langsung boleh menyebabkan kayu pudar atau berubah warna. Letakkan meja di kawasan yang tidak terdedah kepada sinar matahari, atau gunakan langsir untuk mengurangkan pendedahan.
Jika meja terletak berhampiran tingkap, pertimbangkan untuk memutar meja secara berkala supaya pendedahan cahaya merata.
Lindungi daripada Calar
Elakkan menyeret barang berat seperti pinggan kaca atau logam di atas permukaan meja.
Gunakan alas felt di bawah hiasan seperti pasu atau patung untuk mengelakkan calar.
Rawatan Permukaan Kayu
Jenis salutan pada meja kayu (varnis, lilin, minyak atau tanpa salutan) mempengaruhi cara penjagaannya. Berikut adalah panduan berdasarkan jenis salutan:
Meja dengan Salutan Varnis
Varnis memberikan lapisan pelindung yang keras. Untuk penyelenggaraan, gunakan pengilat kayu berkualiti tinggi setiap 3-6 bulan untuk mengekalkan kilauan.
Jika varnis mulai haus, pertimbangkan untuk menyapunya semula oleh profesional.
Meja dengan Salutan Lilin
Meja dengan lilin perlu disapu semula lilin khusus untuk kayu setiap 6-12 bulan, bergantung pada penggunaan.
Bersihkan permukaan dengan pembersih khusus lilin sebelum menyapu lapisan baru.
Meja dengan Salutan Minyak
Kayu yang dirawat dengan minyak (seperti minyak zaitun) memerlukan penyapuan semula setiap beberapa bulan untuk mengekalkan kelembapan.
Gunakan minyak khusus yang disyorkan oleh pengeluar dan sapu dengan kain lembut mengikut arah urat kayu.
Meja Kayu Tanpa Salutan
Kayu tanpa salutan lebih mudah rosak, jadi pertimbangkan untuk menyapu minyak atau lilin untuk perlindungan tambahan.
Bersihkan dengan berhati-hati dan elakkan kelembapan berlebihan.
Petua Tambahan untuk Meja Kayu
Kawal Kelembapan: Pastikan ruang makan mempunyai tahap kelembapan yang sederhana (antara 40-60%) untuk mengelakkan kayu mengembang atau mengecut. Gunakan penyahlembap jika perlu.
Simpan dengan Betul: Jika meja perlu disimpan, bungkus dengan kain (bukan plastik) dan simpan di tempat kering serta pengudaraan baik.
Pilih Produk yang Sesuai: Sentiasa semak cadangan pengeluar meja untuk produk penjagaan yang sesuai dengan jenis kayu dan salutan.
Kesimpulan
Meja makan kayu bukan sahaja perabot, tetapi menjadi ruang keluarga dan kenangan. Mulakan dengan langkah kecil seperti menggunakan alas meja dan membersihkan tumpahan segera dan anda akan melihat perbezaan besar dalam jangka panjang. Jika anda mempunyai meja kayu antik atau mahal, jangan ragu untuk mendapatkan nasihat profesional untuk memastikan penjagaannya dilakukan dengan betul.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!