Dekorasi rumah teres setingkat bertemakan warna hijau zamrud (emerald green) menawarkan efek yang fleksibel untuk dipadukan dengan hampir semua warna terang dan juga natural. Ketika diterapkan sebagai warna utama, hijau zamrud memberikan pernyataan berani serta mewah.
Trend warna datang dan pergi, tetapi daya tarikan hijau zamrudtidak pernah lekang dek waktu. Jika anda siap untuk perubahan berani di dapur, pertimbangkan untuk mengaplikasikan hijau zamrud untuk dinding atau kabinet dapur.
Berikut dikongsikan dekorasi dengan tema hijau zamrud yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd Razak. Kediaman jenis teres setingkat.
DIY sliding door untuk kabinet dapur. Bahan utama rail langsir dan board kalis air. Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
List material kabinet dapur, pilih yang tahan lasak, bukan sekadar cantik dipandang. Jika ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti.
Ruang dapur memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak. Di dapur juga perlu ada ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi stail dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.
Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain.
Bagaimanapun apabila melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.
Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Berikut beberapa jenis material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur serta kebaikan dan keburukan setiap satunya.
PAPAN CHIP (CHIPBOARD)
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
PAPAN BLOCK (BLOCK BOARD)
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.
KAYU LAPIS (PLYWOOD)
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur:
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur:
KONKRIT
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
ALUMINIUM
Aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan kayu.Banyak kelebihan material aluminium. Kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium bersifat tahan lasak, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
BESI TAHAN KARAT
Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Maka amat penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.
Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.
Sunway Sanctuary, sebuah kediaman persaraan warga emas terkemuka di Malaysia oleh Sunway Healthcare Group kini telah pun dibuka. Untuk maklumat anda, ia telah dibangunkan bagi bertujuan untuk memenuhi permintaan yang sedang meningkat dari komuniti warga emas yang berkemampuan di Kuala Lumpur, kediaman mewah yang unik ini adalah khusus untuk pesara dan pra-pesara yang aktif agar mereka dapat menikmati penjagaan premium yang menyeluruh dari segi gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Pusat penjagaan Sunway Sanctuary, residen hanya perlu membayar yuran bulanan untuk menikmati semua kelengkapan sedia ada berbanding daripada membeli harta persaraan dan terikat dengan komitmen jangka panjang.
Sunway Sanctuary merupakan sebuah kediaman berservis penuh dengan 235 studio serba lengkap, suite perkhidmatan dengan pilihan satu atau dua bilik tidur yang direka berdasarkan enam teras utama, setiap satu bertujuan untuk menyediakan pengalaman hidup yang luar biasa. Ini termasuk lokasi yang strategik dalam bandar bersepadu, di mana pelbagai perkhidmatan dan kemudahan boleh didapati dalam jarak berjalan kaki. Pembangunan ini juga mengutamakan kesejahteraan holistik, dengan tumpuan yang seimbang untuk memupuk minda, badan dan jiwa.
Residen boleh menikmati pelbagai pengalaman yang dirancang rapi seperti bengkel rekreasi, lawatan dan sambutan perayaan yang memupuk persahabatan baru. Sunway Sanctuary menampilkan kemudahan yang disusunkan khas untuk kecergasan, kesihatan dan pengisian masa lapang, memastikan residen mempunyai segala yang mereka perlukan untuk gaya hidup yang sihat dan aktif. Kehidupan yang elegan terjamin melalui reka bentuk dalaman menarik yang menekankan keselesaan, keselamatan dan kemudahan akses.
Akhir sekali, Sunway Sanctuary dihubungkan terus ke Pusat Perubatan Sunway yang terkenal, menyediakan residen dengan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Selain itu, kawasan dengan keluasan 100,000 kaki persegi turut disediakan bagi kemudahan kesihatan dan gaya hidup untuk dinikmati oleh residen. Ini termasuk kolam renang infiniti air panas masin, dan dek tinjauan dengan pemandangan Sunway City Kuala Lumpur yang menakjubkan, gimnasium terkini untuk penggemar aktiviti kecergasan, teres luar untuk yoga dan meditasi, perpustakaan dengan ruang kerja bersama, bilik permainan, pawagam, bilik karaoke, restoran serta bilik mesyuarat dan bilik majlis untuk acara peribadi atau aktiviti komuniti.
Dibandingkan dengan konsep rumah jagaan (nursing homes) yang sedia ada, Sunway Sanctuary ialah sebuah pembangunan moden, direka khusus untuk warga emas yang aktif serta menawarkan perkhidmatan peribadi yang disesuaikan dengan keperluan individu. Jurulatih professional tersedia untuk melakukan sesi senaman kecergasan dan memberikan bantuan dengan keperluan dan tugas harian, supaya residen dapat mengekalkan kebebasan mereka dan menikmati gaya hidup sempurna.
Sunway Sanctuary juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan residen yang ingin melihat kawasan sekeliling. Selain itu, perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara juga disediakan untuk majlis-majlis khas, membolehkan residen menyambut majlis keraian bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh gaya.
Sebagai tumpuan kepada kesejahteraan holistik, kemudahan ini turut menganjurkan program dalaman di mana setiap residen akan mempunyai akses kepada penyelaras kesihatan peribadi untuk pendekatan yang lebih disasarkan dan disesuaikan dengan gaya hidup mereka. Pakej kesihatan eksklusif juga ditawarkan kepada warga emas yang berumur 55 tahun ke atas, termasuk warga Malaysia, ekspatriat dan pelancong asing.
Selain itu, Sunway Sanctuary juga menempatkan sebuah pusat kesihatan dengan kakitangan yang berkelayakan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, ujian darah, pemantauan tetap dan nasihat pemakanan dan diet. Bagi kes yang lebih serius, residen akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway yang terletak bersebelahan dengan Sunway Sanctuary.
Sunway Sanctuary kini sedia untuk menerima tempahan dan menawarkan pakej Penginapan Pesara (Retirement Staycation) bagi memberi peluang untuk mereka yang berminat merasai gaya hidup Sunway Sanctuary sebelum membuat komitmen jangka panjang. Ia adalah cara yang baik untuk mengalami pengalaman komuniti dan menilai sama ada ia sesuai dengan gaya hidup yang diinginkan.
Pakej yang ditawarkan termasuk kemudahan naik taraf bilik, makanan harian, perkhidmatan pengemasan bilik, akses kepada kemudahan kesihatan dan aktiviti rekreasi dan riadah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Sanctuary serta perkhidmatan uniknya, jadualkan lawatan anda di +6019 313 0061.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!