Dekorasi rumah persinggahan biarlah ringkas, barulah selesa bila berkumpul bersama keluarga. Walaupun hanya rumah persinggahan tentunya bab dekorasi tidak boleh diabaikan sama sekali.
Jadikan rumah persinggahan seperti ‘istana’ bila anda menjejakkan kaki ke situ. Aspek keselesaan menjadi keutamaan. Dengan cara ini, anda dan ahli keluarga akan berasa nyaman dan seolah-olah tidak mahu berganjak dari situ.
Bingung memikirkan idea dekorasi rumah persinggahan? Berikut dikongsikan dekorasi rumah persinggahan milik Nur Al Shuhada Rusli ini. Mungkin sesuai untuk anda yang sedang merancang untuk membina dan menghias rumah persinggahan.
Menurut pemilik kediaman, rumah itu hanya diduduki apabila dia bercuti dan pulang ke kampung sahaja. Rumah itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan atas faktor kewangan. Hanya apabila ada bajet, barulah pemilik kediaman menyambung kerja-kerja pembinaan rumah.
Tatkala kekurangan wang, pemilik kediaman akan berhenti seketika sebelum menyambung semula kerja-kerja pembinaan. Akhirnya rumah tersebut siap sepenuhnya pada tahun lepas. Pemilik kediaman masih lagi dalam mood menghias. Ada banyak ‘list’ perabot-perabot yang diimpikan untuk dimiliki.
Grill gunting praktikal dipasang di tingkap dan sliding door, tak ganggu pandangan, pencuri pun susah nak pecah masuk. Grill gunting atau dikenali sebagai shophouse grille/collapsible grille adalah pintu besi stail 70-an vintage grill yang selalunya kita dapat lihat pengunaannya di kedai-kedai lama.
Stail ini dapat memenuhi konsep moden mid-century dan industrial dalam rekaan rumah. Kalau anda sudah bosan dengan grill rumah sedia ada atau inginkan konsep trendi seperti ini, bolehlah beralih kepada grill gunting ini.
Walaupun kadang-kadang perlu diletakkan grease atau WD40 pada ‘joint’ bagi memelihara kelancaran pintu ini namun grill ini tetap praktikal untuk kediaman. Bila pasang grill ini, tentu rumah anda automatik nampak unik dan lain dari yang lain.
LIMA sebab kenapa grill jenis ini sesuai untuk dipasang di rumah selain disukai oleh pemilik kediaman, ‘interior designer’ dan maker ialah:
🔥Pencuri susah nak pecah masuk (security)
🔥Bunyi agak kuat, jika sebarang pecah masuk boleh didengari dengan jelas.
🔥Jimat ruang, boleh di tolak ketepi.
🔥Lain dari yang lain. Sangat unik.
🔥Menepati konsep moden industri yang trendi.
Berikut antara contoh-contoh grill gunting.
Bukan sahaja sesuai dipasang di bahagian pintu dan ‘sliding door,’ grill gunting ini sesuai juga dipasang di bahagian tingkap.
Bagi pemilik kediaman, Wawa Samad wanita ini memilih grill gunting untuk tingkap dan juga ‘sliding door’ kerana grill sangat praktikal.
“Saya pilih grill kedai runcit ini (collapsible powder coated grille) sebab grill ini boleh lipat sampai habis, dia tidak kacau pemandangan tingkap dan sliding door. Ada yang komen susah pakai grille ini nanti bila berkarat nak tolak pun susah.
“Saya bukan pakar grille, cuma tahulah juga sikit tentang ‘powder coated’ ini dapat bagi tempoh yang lebih lama dari grill ini berkarat. Lagi pun say aletak grill ini di bahagian dalam rumah untuk elak terdedah daripada panas dan hujan.”
Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
Pilih langsir ikut kesesuaian dinding, elak rugi bila dah tempah tapi tak sesuai. Adakalanya terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini untuk ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.
Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. Berikut dikongsikan enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding rumah anda.
DINDING RENDAH
Kediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi.
Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang. Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.
DINDING TINGGI
Adakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir . Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.
Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
DINDING ADALAH JENDELA
Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang.
Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.
PADANAN IDEAL
Pastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.
Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut.
Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total .
KESILAPAN LAZIM
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Misalnya:
*Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
*Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
*Memilih aras langsir yang agak senteng
*Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
*Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.