Ruang ini adalah ruang kegemaran ramai, tapi tidak semua suka akan berada di ruang ini untuk melakukan kerja untuk menghasilkan sesuatu yang mereka ingin nikmati. Manakala ruang ini juga seringdi katakan sebagai nadi kediaman sesebuah keluarga. Ramai yang suka makan, tapi tidak suka masak. Betul tak?
Sebenarnya, ruang dapur adalah ruang kedua yang perlu dititik beratkan dalam seni sentuhan dan kemasan, selepas ruang tamu. Ini kerana ruang ini juga bakal dikunjungi tetamu tatkala datang ke rumah. Jika ruang dapur dibiar seperti tongkang pecah, alamatnya tetamu pun takut nak masuk ruang tersebut. Jadi janganlah kita biarkan ruang dapur ini ikut rasa sahaja ye.
Ads
Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi ruang dapur yang di miliki oleh follower Facebook IMPIANA yang disayangi ini. Encik Asrul Wahab, beliau tidak loket berkongsi kisah dapurnya yang kini sudah berwajah baru. Jika di perhatikan tona hitam dan putih mejadi pilihan beliau untuk ruang dapurnya. Bijak menyusun perkakas dan kelengkapan dapur di sudut yang menarik perhatian.
Ads
Penggunaan bidai yang ringkas untuk ruang dapur ini memberi kemudahan cahaya menembusi ruang dapur yang agak terhad ini. Manakala, dinding dapur asal yang mengunakan jubin 1 kaki x 1 kaki kini ditukar dengan jubin yang lebih moden dan bergaya.
Ads
Jom lihat hasil sentuhan di keseluruhan dapur beliau, mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk ruang dapur anda pula.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sesebuah dapur perlu direka bergantung pada praktikaliti dan fungsi, bukan hanya semata-mata design yang hip dan moden. Secara faktanya, tidak ada dua dapur yang sama; dengan reka bentuk berbeza fungsi untuk orang yang berbeza dengan keperluan yang berbeza. Walau bagaimanapun, menurut pakar dapur kami, terdapat beberapa kesilapan biasa yang semua orang patut elakkan semasa pengubahsuaian dapur.
Flow Yang Tidak Sesuai
Aliran kerja di dapur merangkumi langkah-langkah yang anda akan ambil ketika proses menyediakan makanan, dari menyimpan makanan untuk persediaan, memasak dan membersihkan. Oleh yang demikian, dapur anda harus dibina dimana ia membolehkan anda untuk bergerak dari satu tugas ke tugas seterusnya dengan lancar dan tanpa gangguan. Bergantung kepada susun atur dapur anda, garis panduan asas bagi aliran kerja yang baik adalah untuk mewujudkan beberapa zon yang berbeza iaitu ruang penyimpanan, ruang penyediaan, ruang memasak dan pembersihan.
Tidak Mempunyai Ruang Counter Top Yang Mencukupi
Sama ada untuk penyediaan makanan, atau untuk menempatkan peralatan dan perkakas, kaunter di dapur merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum membina dapur idaman anda. Selain meningkatkan fungsi dapur, kaunter juga dapat dijadikan sebagai ruang storan tambahan. Pastikan kabinet yang dibina cukup panjang supaya anda mempunyai ruang yang banyak kerana tiada siapa mahu berhimpit-himpit di satu sudut semasa menyediakan makanan. Peralatan memasak anda juga mungkin terdedah pada dapur masak yang panas dan pendedahan pada haba dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan alatan. Salah satu cara untuk menambah ruang atas kaunter adalah dengan membina island. Letakkan ia bertentangan dengan dapur memasak serta sinki dan pastikan saiznya bersesuaian dengan luas keseluruhan dapur anda.
Ruang Storan Yang Sedikit
Seperti segala-galanya dalam kehidupan, adalah penting untuk pastikan dapur anda sentiasa kemas dan teratur. Kabinet, laci dan rak-rak dinding adalah sebahagian daripada banyak cara untuk dijadikan ruang storan untuk dapur anda. Manakala cangkuk, rel dan pegboard adalah cara genius untuk menggantung periuk, kuali dan senduk. Perlu diingat juga, ruang untuk bukaan laci perlu disediakan agar tidak berlaga laci dengan kabinet lain, sayang kalau tercalar nanti.
Pencahayaan Yang Tidak Memadai
Pencahayaan bukan sahaja penting bagi menceriakan ruang penyediaan, tetapi ia juga dapat menetapkan mood dan suasana keseluruhan dapur. Penyediaan makanan biasanya dilakukan di bawah kaunter mengadap dinding, menghiris dan memotong akan menjadi lebih sukar dan merbahaya jika dapur anda tidak diterangi dengan baik. Kurangnya pencahayaan yang betul juga menjadikan dapur anda gelap, suram dan tidak menarik. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian dapur, anda perlu melabur lebih sedikit untuk kualiti pencahayaan, barulah puas hati. Ini juga membantu mencipta suasana yang lebih selesa buat tuan rumah dan tetamu.
Pengudaraan Yang Tidak Lancar
Tiada siapa yang suka rumah mereka berbau minyak dan asap, terutamanya jika dapur anda terletak berhampiran kawasan berkumpul seperti ruang tamu. Jadi, adalah penting untuk sesebuah dapur mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan peredaran udara dalam rumah, tetapi juga dapat membuang bau tidak menyenangkan dan kotoran minyak yang melekat pada permukaan ruang dapur. Pasangkan hud yang dapat menapis bau dengan berkesan, selain itu tingkap juga perlu dibuka agar udara segar boleh masuk kedalam.
Jika anda bercadang untuk membuat pengubahsuaian dapur, bolehlah praktikkan tips di atas ya. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak Bawang Siap Kupas Tahan Lama, Jangan Cuci . Bawang yang dah kupas, kalau simpan hanya berupaya tahan dalam tempoh 1 minggu je paling lama walaupun disimpian dalam petgi sejuk. Selepas seminggu bukan bawang rosak berair, tapi kering dan salah teknik simpan boleh menyebabkan peti sejuk berbau, Wan Rosni ada cara nak pastikan bawang siap kupas tahan berminggu lamanya apabila disimpan
1. Mula-mula beli bawang kat supermarket mana-mana yang uolls suka. Atau nak suh runner belikan pun boleh.
2. Pastu simpanla bawang tu dalam bekas-bekas bawang macam dalam gambar (ni bukan iklan ya).
3. Pastu kupasla bawang tu untuk stok seminggu. Agak-agak family ramai kenalah kupas banyak lagi. Eloknya ajak anak-anak kupas sama-sama. Baru cepat siap. 4. Pastu bawang yang dikupas tu jangan basuh tau. Biarkan sekejap dalam pinggan macam contoh dalam gambar
5. Pastu ambil la bekas macam dalam gambar namanya snowflake. Bekas ni saiznya tinggi. Jadi tujuannya kalau stok bawang yang dikupas tu banyak, muatla dalam bekas ni. Saya punya bawang kali ni tak penuh bekas, tapi nak guna juga bekas ni.
6. Kenapa kena guna bekas ni? Sebab dia muat kat pintu peti sejuk rumah saya dan rumah anda juga. Tambahan, ia khas untuk simpan barang dalam peti sejuk
Tak mahal pun satu set 12 biji RM 130 sahaja. Boleh klik link ni kalau nak beli https://invol.co/cl8yqnz
7. Jadi bila nak guna, baru keluarkan yang nak guna je, baru basuh dan potong/blend/chop ikut keperluan resepi masakan anda.
8. Kenapa takleh basuh siap-siap? Sebab nanti bawang tu akan lembap dan akan berair dalam bekas tu. So nanti bawang tu akan cepat rosak.
Itu je tipsnya untuk hari ni. Sekian, terima kasih.
Nak Bawang Siap Kupas Tahan Lama, Jangan Cuci
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Meski negara kini sudah beralih ke fasa endemik Covid-19, masih ada lagi segelintir yang masih bekerja dari rumah atau erti kata lain Work From Home (WFH).
Jadi, buat anda yang masih lagi bekerja dari rumah, sudah semestinya telah menyediakan ruang khas untuk bekerja dan tidak dinafikan ruangan yang digunakan perlu juga dititikberatkan .
Maka oleh itu, hari ini IMPIANA akan berkongsi beberapa rekaan hiasan dalaman ruangan bekerja yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat anda semua.
Perkara pertama yang perlu anda tahu anda mengenai pemilihan warna untuk ruang kerja anda ini kerana ia dipercayai boleh memberikan kesan kepada konsentrasi kerja anda.
Untuk berikan suasana ketenangan kepada sesuatu ruang tersebut misalnya, anda disarankan untuk memilih warna yang natural atau “earthy” tones seperti beige, ivory dan light grey.
Manakala warna yang gelap pula boleh membuatkan sesuatu ruang tampak classy dan elegen tetapi akan membuatkan kita cepat letih.
Selain itu, pemilihan warna yang terang dan vibrant boleh memberikan tenaga dan suasana ceria kepada ruang bekerja anda.
Selain itu, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk wujudkan suasana ruang bekerja anda dengan pencahayaan yang cukup. Ini kerana ia mampu untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa ketika bekerja dari rumah. Cahaya semula jadi yang cukup dapat memberi illusi ruangan yang lebih luas dan fokus kepada kerja kita.
Di samping itu, mendekorasi ruangan kerja dengan pokok-pokok kehijauan juga boleh menambahkan lagi seri kepada ruang bekerja anda. Untuk maklumat anda, pokok kehijauan ini juga dipercayai dapat mengurangkan stres. Malah ia juga dapat memberikan kesegaran selepas berjam-jam kita menghadap laptop. Pokok yang senang nak dijaga seperti succulents, aloe vera, atau snake plants amat disarankan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.