Pasti ramai yang suka dan gemar dengan warna Dusty pink ini bukan. Kalau dapat bilik tidur yang selesa macam ni semangnya tidak akan keluar bilik lah. Bilik ini bagi saya bukan saha sesuai untuk anak perempuan malahan juga sesuai untuk mak-mak juga siapa setuju angkat tangan.
IMPIANA tertarik dengan susun atur dan pilihan warna yang di pilih oleh pemilik Facebook Nurul Nabihan ini. Jom kita lihat inspirasi kamar untuk anak beliau yang mengujakan tu.
Jinis binaan lama, kebanyakkanya mempunyai dinding yang kasar atau berbintil biji pasir. Kebiasaanya, permukaan dinding luar mempunyai tekstur seperti ini. Ni kalau tersangkut pada baju, memang boleh rosak. Apakan lagi yang tangan calar apabila tersagat permukaan dinding kasar ni.
Norazam Tumijan berkongsi penyelesaian peling mudah dan jimat bagi menyelesaikan masalah ni.
Nak Kongsi mana tau bermanfaat bagi golongan yang bajet ciput macam saya. Modal RM 50 untuk licin kan dinding. Sebelum buat dapur, dinding ni sebelah luar. Nak suruh orang buat,nak tambah duit lagi. B40 semua benda kena bajet, pertama kali belajar plaster dinding. Ni la hasil nya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terdapat pelbagai jenama penapis di pasaran. Dari yang murah, hinggalah yang mahal. Ramai fikir, beli mahal pun fungsinya sama. Betul tak? tapi ramai tak fikir kualiti air yang ditapis dan yang paling penting adakah ianya halal atau pun tidak.
Kenapa pentingnya sijil halal pada sistem penapis air? Walhal, tujuannya hanyalah untuk menapis air kosong sahaja. Sekali lagi, IMPIANA kongsikan penerangan lanjut dari DR. Hafiz Sulaiman
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kalau simpan daging, ayam atau pun ikan, sebelum dimasak perlu nyah beku. Tapi, macam mana kalau kita nak gunakan sebahagian je dari bahan yang telah dibekukan? Kalau nak di nyah beku dan simpan semula, ia akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Ila Aja berkongsi kaedah praktikal untuk menyimpan bahan beku supaya mudah dan cepat untuk digunakan
Pernah tak puan-puan kalau nak masak keluar bahan mentah untuk dilembutkan semua 1 bekas padahal nak guna bukan semua pun. Kan senang kalau nak 1 keping, ambil jer sekeping walaupun dalam keadaan beku. Saya kongsi cara ni kalau boleh dimanfaatkan bersama. Cara ni boleh digunakan juga untuk daging, ayam, sotong, udang dan lain-lain
Susun daging mentah dalam piring jarak-jarak macam ni, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Untuk ayam, udang, sotong pun sama caranya.
Bila dah beku, bolehlah dileraikan dari piring. Saya guna piring nipis untuk mudah twist sikit, senang terpisah daging dari piring.
Bila dah terpisah dari piring, akan jadi sekeping-sekeping macam ni
Bolehlah masukkn ke dalam bekas. Ayam pun saya guna cara yang sama. Hasilnya begini la, kalau keluarkan dari freezer, daging akan jadi terpisah macam ni, jadi mudah untuk kita nak keluarkan berapa banyak yang nak gunakan tanpa perlu keluarkan semua dalam 1 bekas tu. Harap bermanfaat & memudahkan kita di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.