Kalau simpan daging, ayam atau pun ikan, sebelum dimasak perlu nyah beku. Tapi, macam mana kalau kita nak gunakan sebahagian je dari bahan yang telah dibekukan? Kalau nak di nyah beku dan simpan semula, ia akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Ila Aja berkongsi kaedah praktikal untuk menyimpan bahan beku supaya mudah dan cepat untuk digunakan
Pernah tak puan-puan kalau nak masak keluar bahan mentah untuk dilembutkan semua 1 bekas padahal nak guna bukan semua pun. Kan senang kalau nak 1 keping, ambil jer sekeping walaupun dalam keadaan beku. Saya kongsi cara ni kalau boleh dimanfaatkan bersama. Cara ni boleh digunakan juga untuk daging, ayam, sotong, udang dan lain-lain
IKLAN
Susun daging mentah dalam piring jarak-jarak macam ni, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Untuk ayam, udang, sotong pun sama caranya.
Bila dah beku, bolehlah dileraikan dari piring. Saya guna piring nipis untuk mudah twist sikit, senang terpisah daging dari piring.
IKLAN
Bila dah terpisah dari piring, akan jadi sekeping-sekeping macam ni
IKLAN
Bolehlah masukkn ke dalam bekas. Ayam pun saya guna cara yang sama. Hasilnya begini la, kalau keluarkan dari freezer, daging akan jadi terpisah macam ni, jadi mudah untuk kita nak keluarkan berapa banyak yang nak gunakan tanpa perlu keluarkan semua dalam 1 bekas tu. Harap bermanfaat & memudahkan kita di dapur.
Ruang ini adalah ruang kegemaran ramai, tapi tidak semua suka akan berada di ruang ini untuk melakukan kerja untuk menghasilkan sesuatu yang mereka ingin nikmati. Manakala ruang ini juga seringdi katakan sebagai nadi kediaman sesebuah keluarga. Ramai yang suka makan, tapi tidak suka masak. Betul tak?
Sebenarnya, ruang dapur adalah ruang kedua yang perlu dititik beratkan dalam seni sentuhan dan kemasan, selepas ruang tamu. Ini kerana ruang ini juga bakal dikunjungi tetamu tatkala datang ke rumah. Jika ruang dapur dibiar seperti tongkang pecah, alamatnya tetamu pun takut nak masuk ruang tersebut. Jadi janganlah kita biarkan ruang dapur ini ikut rasa sahaja ye.
Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi ruang dapur yang di miliki oleh follower Facebook IMPIANA yang disayangi ini. Encik Asrul Wahab, beliau tidak loket berkongsi kisah dapurnya yang kini sudah berwajah baru. Jika di perhatikan tona hitam dan putih mejadi pilihan beliau untuk ruang dapurnya. Bijak menyusun perkakas dan kelengkapan dapur di sudut yang menarik perhatian.
Penggunaan bidai yang ringkas untuk ruang dapur ini memberi kemudahan cahaya menembusi ruang dapur yang agak terhad ini. Manakala, dinding dapur asal yang mengunakan jubin 1 kaki x 1 kaki kini ditukar dengan jubin yang lebih moden dan bergaya.
Jom lihat hasil sentuhan di keseluruhan dapur beliau, mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk ruang dapur anda pula.
Oven atau ketuhar, jika tidak bersihkan setiap kali selepas digunakan mestikan akan menyebabkan kotaran melekat dan sukar untuk dicuci kelak. Hal-hal ini antara risiko yang boleh menyebabkan jangkitan atau pencemaran kepada makanan yang dimasak.
Kebiasaanya, suri rumah lebih yakin dengan produk-prodak pencuci khas yang haraganya boleh tahan mahal juga. Namun, keberkesanannya tidak dijamin. Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah dan murah hanya dengan menggunakan bahan-bahan dapur sahaja
Bahan diperlukan:
? Air
? Botol Spray
? Baking Soda
? Kain Buruk
? Cuka
? Mangkuk kecik
Caranya:
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven
2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.
3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik heheh ini serius tau.
5. Cukup 12 jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.
6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu.
7. Kemudian lap dengan kain buruk.
8. Letak kain buruk tadi dalam oven.
9. On oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 minit dan biar ia kering.
Resipi semburan pelbagai fungsi supaya kediaman bebas habuk menjadikan kediaman berada dalam keadaan bersih. Jika lama sikit tidak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)