Memang ada benarnya biarpun keluasan rumah tak sebesar mana, peralatan dan perkakasan pun mungkin tak selengkap mana namun apabila memiliki rumah kediaman sendiri, ia merupakan tempat yang paling selesa buat kita seisi keluarga. Kita bebas menjadi diri sendiri dalam menentukan peraturan dan dekorasi rumah mengikut citarasa yang kita mahukan.

IMPIANA bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Dr Ariffin Nor Sadan ini.

Dalam dunia ni, tiada tempat yang lebih selesa daripada rumah sendiri.

Saya masih ingat lagi ketika baru pindah masuk rumah sendiri. Rasa rumah sangat kosong. Rasa sangat keliru nak buat apa dan bagaimana nak buat ia rasa selesa.

Jujur saya kata, bulan pertama tu rasa sangat kekok dan janggal. Bangunan yang kami duduki ni tak rasa macam rumah. Ketika itu saya anggap mungkin belum ada perabot.

Jadi kami belilah perabot, beli peralatan elektrik dan perkakas dapur. Banyak juga beli, tapi bila dah ada semua, masih rasa tak macam rumah.

Kenapa eh?

Mungkin tak kerap masak di rumah lagi kot? Jadi kami pun mula penuhkan dapur dengan keperluan memasak dan mula kerap memasak.

Bila kerap memasak maka kerap kena bersihkan dapur, meja makan dan kadang-kadang ruang tamu sebab anak-anak makan depan TV.

Membersihkan rumah adalah kerja penat. Bagi kurangkan penat, kami buat peraturan itu, peraturan ini. Contohnya, makan kena serentak, tak boleh asing-asing.

IKLAN

Kenapa?

Kalau makan berlainan masa, maka kena kemas banyak kali. Kami juga kuatkuasa makan hanya di meja makan. Tak boleh di tempat lain. Depan TV dilarang.

Kemudian, dikuatkuasa peraturan-peraturan lain pula. Peraturan bilik tidur, peraturan bermain, peraturan belajar, peraturan pakaian, dan banyak lagi.

Bila peraturan ini wujud, banyak perkara yang sebelum ini kucar kacir jadi lebih tersusun dan efisien. Semuanya berjalan lancar dan mengikut kehendak kami.

Dalam Dunia Ni, Tiada Tempat Yang Lebih Selesa Daripada RUMAH SENDIRI

IKLAN

Kuatkuasa Peraturan, Baru Terasa Kediaman

Bertitik tolak dari itu, barulah bangunan yang kami duduki tu, mula terasa seperti sebuah rumah. Dulu rasa macam tempat penginapan, kini dah rasa macam sebuah kediaman.

Di kediaman ini, semuanya diuruskan dan direka mengikut jiwa dan citarasa sendiri. Peraturannya sendiri yang buat, jadi tak ada peraturan yang tak disukai.

Ini menjadikan ia tempat yang paling selesa untuk diri sendiri. Mungkin tak ada tilam paling empuk, TV paling besar, dapur paling canggih, tapi ia tetap tempat paling selesa.

Selesa sebab kita boleh buat apa sahaja tanpa risau untuk dihakimi oleh sesiapa. Kita bebas jadi diri sendiri 100%. Itulah keadaan paling selesa di dunia ini.

Jadi, jika ada rezeki, carilah tempat yang boleh dipanggil rumah kediaman sendiri.

IKLAN

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Menunggu Anak Balik Sekolah

P/S: tempat paling selesa nak berak adalah di tandas rumah kita sendiri. Fight me!

Mesti Baca:Pasang ‘Tinted’ Pada Pintu & Tingkap Kaca Rumah Sendiri Lebih Menjimatkan, Caranya Mudah Sahaja!
Baca Lagi Di Sini: Transformasi Rumah Sewa RM200, Cantik Macam Rumah Sendiri Untuk Keselesaan Keluarga
Artikel Menarik:Kerana Rindukan Kampung Pemilik Sanggup Bina Laman Konsep Desa Ke Rumah Sendiri

IMPIANA:Setuju sangat dengan apa yang dikongsikan ini, tiada tempat yang paling selesa di dunia ini melainkan rumah sendiri. Biarpun kecil tak seluas mana, namun kita bebas untuk berbuat apa sahaja di rumah sendiri.

Sumber:Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI