Cawan, gelas dan balang kaca yang sudah makan tahun dan kerap digunakan lama kelamaan akan mula kusam. Kebiasaanya, ia disebabkan oleh sisa bahan yang melekat pada dinding kaca yang suakr dilihat dengan mata kasar dan tidak mudah dibersihkan begitu sahaja. Kebiasaanya, ramai pengguna menggunakan bahan peluntur untuk menanggalkan lapisan kerak tersebut.
Tahu kah anda, bahan peluntur tersebut terut mengundang bahaya walaupun tealh di bilas bersih? Ada cara atau kaedah lain yang lebih efektif dan mudah boleh dilakukan.
Ads
Bahan-bahan: Kapur masakan
Span
air
Ads
Cara-cara: 1. Adun kapur masakan dengan sedikit air menjadi seperti pes ubat gigi
2. Lumurkan pes kapu pada keseluruhan cawan atau balang kaca yang hendak dibersihkan
3. Basahkan span dan gosok perlhan-lahan permukaan kaca
4. Cuci bersih cawan atau balang kaca dan lap dengan kain bersih sehingga kering
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan terutamanya kucing, secara tidak langsung ia menjadikan rutin mengemas dan mencuci kediaman tidak seperti biasa. Antara faktor utama yang menjadi masalah adalah bau yang tidak enak dan bulu yang melekat di karpet dan sofa.
Namun itu tidak menjadi masalah , ia boleh di atasi dengan 6 perkara berikut:
1. GUNAKAN VACUUM AUTOMATIK
Memelihara kucing, perkara yang paling kerap perlu anda lakukan adalah vacuum. Bagi menjimatkan masa dan meamastikan tugasan membersih hujung inggu anda tidak teruk, Apa kata pasang vacuum automatik setiap hari. Jadi, ia akan malakukan tugasnya setiap kali anda tiada di rumah atau ketika tidur
2. PASTIKAN LINT ROLLER SENTIASA ADA STOK
Lint roller antara barang wajib ada bagi setiap pemilik kucing. Ia perkakas sempurna untuk membersihakan karpet dan sofa dari bulu kucing yang melekat.
3. RUTIN PADICURE
Elak permukaan fabrik pada perabot dari mudah koyak akibat menjadi tempat mencakar, patikan kuku kucing anda sentiasa dalam keadaan pendek. Jadikan ia sebagai rutin mingguan dan sediakan tempat mencakar khas. 4. BERSIHKAN TAPAK KAKI
Alas pintu (door mats) menjadi keperluan buat anda yang sentiasa membiarkan kucing keluar rumah. Jadi, tapak kaki kucing anda boleh dibersihkan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ia tidak dapat memastikan kotoran degil yang melakat pada tapak kaki kucing anda bersih sepenuhnya. Jadi, apa yang pelru anda lakukan adalah cuci tapak kaki kucing dengan menggunakan tisu basah setiap kali ia masuk masuk semula ke dalam rumah selepas melakukan aktiviti luar
5. COVER UP
Jika kucing anda mempunyai tempat santai dan tidur yang banyak, alas kan kain terutamanya sofa, kerusi dan karpet. Ia berupaya mengelak permukaan upholstri kerusi atau sofa dari mudah melekat bulu dan kotoran yang dibawa oleh kucing anda.
6. SEDIAKAN BEKAS MAKANAN KHAS
Kebiasaanya, tempat yang paling kotor dan mudah bersepah yang dilakukan oleh kucing anda adalah tempat makan. Oleh itu, sediakan bekas khas seperti dulang untuk memudahakn anda mencuci dan membersihkan ruang tersebut selesai kucing anda menajmu selera
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memilih meja makan untuk kediaman bukan sekadar melihat reka bentuknya sahaja. Saiz juga memainkan peranan yang penting agar ia mencukupi dengan keperluan isi rumah. Berbanding meja makan 4 segi, bentuk bulat sebanrnya lebih menjimatkan ruang. Disamping itu juga, ia memberi peluang interaksi sosial lebih mudah berbanding meja 4 segi kerana anda boleh melihat antara satu sama lain. Apakah saiz meja makan yang sesuai dengan keperluan ruang anda? seorang pereka bentuk dalaman Syaza dari Syaza Of All Trades berkongsi tip memilih saiz meja bulat mengikut keperluan pengguna:
Kebanyakkan kediaman jenis apartmen sekarang bukan sahaja dapurnya kecil, malah banyak menggunakan konsep open kitchen. Hal ini memberi kesukaran keapda pemilik untuk menggunkan dan menguruskan ruang dapur. Konsep open kitchen ini tidak salah. yang penting, pemilik perlu bijak menyusun dan membahagikan ruang untuk memastikan interior rumah sentiasa kelihatan kemas dan teratur. Berikut antara ieda bijak pembahgian ruang terutamanya bagi dapur bersaiz kecil:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.