
Cover sofa uzur, koyak tak semestinya ditukar baru. Boleh jadi strukturnya masih kukuh hanya perlu ditukar sarung sofa atau span saja.
Cara ini lebih jimat daripada membeli sofa baru yang dah tentu menelan kos ribuan ringgit. Kerja menukar sarung sofa ini juga boleh dilakukan sendiri seperti yang dibuat Ayuz Ismail.
Modalnya jugak tak banyak, hanya perlu membeli material PVC di Shopee dan stapler gun saja dengan kos tak sampai RM100 pun. Tapi hasilnya macam sofa baru beli.
DIY tukar sarung sofa uzur
1. Bahagian paling sukar untuk buka cover atau sarung sofa lama. Perlu buka semuanya dulu. Memang kena telek satu persatu. Mulakan dari bahagian alas bawah kemudian buka sarung sofa lama. Cari bahagian yang dipaku atau skru kemudian buka, barulah tempat duduk boleh cabut.
2. Bila bahagian tempat duduk sudah dibuka, baru boleh keluarkan sarung sofa lama barulah pasang cover baru. Material PVC beli di Shopee.
3. Untuk pasang cover sofa guna stapler gun yang besar. Mata pilih yang besar dan panjang supaya kuat cengkam. Kena stapler dan tarik cover supaya nampak kemas.
Bahagian hujung ini mencabar kena lipat, tarik dengan kemas.
Selesai pasang cover baru, cantumkan semula bahagian tempat duduk. Kena paku dan skru semula di tempat asalnya.
Walaupun mencabar kata Ayuz tapi hasilnya puas hati kerana dapat jimat dari beli baru atau hantar ke kedai untuk tukar sarung sofa.
Tapi sebelum mencuba pesannya sebaiknya rujuk juga di YouTube untuk tahu ilmu asas.
Sumber: Ayuz Ismail
Mesti Baca: Cara Baiki Sofa Koyak Yang Paling Mudah Dan Murah
Baca Lagi: Kesilapan Selalu Kita Buat Ketika Pilih Sofa, Rasa Menyesal Bila Dah Beli
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Plaster Siling Pecah, Buat Apa Panggil Kontraktor Kalau Boleh Baiki Sendiri

Plaster Siling Pecah. Terdapat pelbagai jenis material bumbung. Tapi paling popular adalah jenis plaster siling kerana ia lebih kemas. Namun, ada satu cabaran bila anda menggunakan palster siling ni. Antara cabaran utama ialah kesan tompokkan kekuningan yang mungkin berpunca dari bumbung bocor. Isu ini mudah diselesaikan. Selepas kenal pasti punca dan berjaya diselesaikan, boleh cat je semula kesan tompokkan air tersebut
Baca juga: Siling Rumah Bertingkat Bocor, Siapa Patut Tanggung Jawab?
Tapi, macam mana pula kalau ada bahagian yang pecah? Nak panggil kontraktor, harganya boleh tahan mahal walaupun kerjanya hanya sedikit. Apa kata ikut cara En Muzaffar Masor. Baiki sendiri je walapun tak berapa mahir.
Ini semua salah burung… Tumpang buat sarang kat sini.. habih luruh siling. Dah tambah satu kerja nak kena buat. Sapa ada tip nk halau burung… Selain pindah rumah
Kalau tumpang sahaja dan tak bawa daun tak apa, pernah kutip 3 guni daun atas siling tempat burung buat sarang
Bahagian siling reput tadi dipotong untuk digantikan dengan siling yang baru
Nasib baik ada lebihan siling yang lama. Boleh guna balik dan berjimat. Kalau tak ada boleh beli sikit dekat kedai buat siling atau hardware
Letakkan jaring sebagai sokongan untuk siling baru.
Potong lebihan siling sikit-sikit ikut kesesuaian ruang
Hasil sambungan siling baru
Plaster semula supaya tak perasan ada sambungan atau tampalan baru
dah kering, boleh cat putih
Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan seperti batuk dan selsema.
Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5. Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi 12 Petua Atasi Demam, Batuk Dan Selesema Dengan Cara Alami

Sejak kebelakangan ini, dunia sedang dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih kurang 50 orang di Malaysia setakat ini (5 Mac 2020, 11.30am). Dengan cuaca negara ini yang tidak menentu, ia telah menyumbang kepada panik masyarakat. Walau sedikit perubahan suhu badan pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalankan ujian penyaringan. Apatah lagi yang baru pulang dari luar negara, lebih-lebih lagi dari negara yang terjejas teruk oleh virus tersebut.
Selain perlu menjaga kebersihan dan memakai perlindungan, kita juga boleh boleh amalkan tip dari Dr Suri Roowi ini yang memfokuskan penggunaan bahan alami untuk mengatasi gejala demam, batuk serta selesema.
12 TIPS ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELSEMA
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli.
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
Dapatkan MADU ASLI
7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda.
Dr Suri Roowi
Principal Scientist
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Makeover Bilik Air? Ini 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu

Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi. Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan. Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga. Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air standard. Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki. Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih. Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri. Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai. Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI