Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.
Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak? Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.
Ads
Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.
Ads
Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
[por.se.lin] | ڤورسلين
Definisi : bahan seramik yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza dan lain-lain, yang digunakan sebagai penebat elektrik, peralatan dapur/ makmal dan sebagainya.
Jubin porselin merupakan salah satu cabang bahan daripada kelompok jubin seramik. Ia sering menjadi pilihan pengguna kerana sifat dan ketahanannya, selain mempunyai pilihan corak dan tekstur yang luas dan pelbagai. Walaupun porselin diperbuat daripada bahan asas yang sama seperti seramik, ia mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri. Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan faedah penggunaan jubin porselin supaya anda boleh menilai sendiri sama ada kemasan ini berbaloi atau tidak untuk digunakan di kediaman anda.
Tahan kelembapan
Tahan karat (mempunyai rintangan asid dan alkali yang tinggi dan penyerapan air rendah)
Jangka hayat yang panjang
Mudah dibersihkan
Mudah diselenggara
Sesuai untuk kegunaan di kawasan trafik tinggi
Ditawarkan dalam pelbagai gaya dan corak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketika perintah sekatan pergerakkan dilakukan, kerajaan turut memerintah semua industri dan premis perniagaan yang tidak berkepentingan tutup. Hal ini menyebabkan ramai pengusaha terjejas dan yang paling terasa adalah pekerja.
Ada yang juga kehilangan kerja akibat wabak pembunuh ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan skim bantuan gaji bagi pekerja yang terjejas sebanyak RM 600/sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan. Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT-SYARAT
Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.
Secara asasnya bantuan ini akan disalurkan kepada majikan berdaftar yang kemudiannya akan disalurkan kepada para pekerja yang terkesan.
Tujuan program Employment Retention Program atau ERP adalah untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masakan terhangit? walaupun hanya pada dasar periuk atau kuali sahaja, namun aroma hangit mengganggu selera. Walaupun bahagian hangus telah di asingkan, namun aroma hangit tetap menjejaskan masakkan atau makanan. Terdapat 4 cara mudah dan praktikal untuk hilangkan bau hangit pada makanan
1. CILI KERING
Letakkan beberapa batang cili yang dah dibuang tangkainya dan dibasuh bersih terlebih dahulu dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Lepas tu keluarkan semula cili tersebut. Kalau takut pedas, buang dulu biji cili tau. Tak ada cili biasa, gantikan dengan cili kering pun boleh.
2. KENTANG
Basuh bersih kentang dan potong kecil. Letakkan dalam periuk dan tutup rapat. Nanti bau hangit tadi akan diserap kentang.
3. DAUN PANDAN
Aroma pandan pembangkit selera. Nak masak nasi biasa kalau diletakkan beberapa helai daun pandan, aromanya sangat wangi. Selain itu juga, pandan sesuai menghilangkan aroma hangit.
4. KEPINGAN ROTI
Asingkan bahagian yang hangus dan letakkan beberapa keping roti pada makanan tidak hangus tadi. Tutupkan bekas makanan tersebut dalam tempoh 15-20 minit untuk memberi peluang roti menyerap aroma hangus tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.