Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
Ads
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
Ads
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
Ads
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebanyakkan rakyat malaysia, lebih gemar memilih rona hitam, merah dan putih untuk dekorasi dapur mereka. Pernah tak anda terfikir untuk menggabungkan vibrasi warna sebagai tema? mesti ramai berpendapat ia akan kelihatan lebih serabut atau yang paling dirisaukan adalah kotoran lebih mudah kelihatan. Bagi anda yang gemarkan warna-warna lembut, ini sajian mata dekoari dapur comel dan sweet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebenarnya, pelbagai jenis tanaman sesuai menggunakan teknik Upside-Down seperti pohon tomato yang pernah dikongsikan impiana sebelum ini. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan teknik menanam pokok cili secara Upside-down
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir merupakan aksesori wajib ada bagi sesebuah kediaman. Jika tiada langsir, bagaikan tidak sempurna ruangan yang ada.
Untukpastikan langsir eyelet yang digantung sentiasa dalam keadaan yang tersusun,seorang pengguna Facebook (Lia Johari) ada berkongsi tip yang genius dengan pembaca. Ikuti petua ini..
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna cawan plastik je.
Cara
Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
*boleh lihat step pada gambar.
SEBELUM Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress saya!
CARA-CARANYA :
1. Guna plastik cup macam ni
2. Potong cawan plastik guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cawan tersebut.
3. Masukkan cawan yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir
SELEPAS Siap! Langsir nampak lebih kemas dan tersusun
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.