
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Buat Pendebungaan Manual Untuk Hasilkan Tongkol Jagung Padat

Buat Pendebungaan Manual Untuk Hasilkan Tongkol Jagung Padat. Tanam jagung tepi ke belakang rumah ke, mesti agak sukar nak dapat isi jagung yang padat macam beli dekat kedai kan? rupanya nak dapat hasil jagung yang padat tak rongak, anda perlu buat pendebungaan manual.
Farah Aisyah Ahmad kongsi cara betul untuk hasilkan isi jagung padat dan cantik macam beli dekat kedai
Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Tiga perkara penting ketika menanam jagung:
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
Jom cuba tanam jagung susu cameron ni. Jagung paling sedap di abad ini. klik link ni kalau nak beli benih https://invol.co/cl7ypju
3. Pendebungaan manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya. Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina. Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Nak lebih mudah, boleh tonton video yang disediakan
P/S: Kalau nak saiz tongkol lebih besar dan cantik, tinggalkan satu batang jantung jagung je bagi setiap pokok
Baca juga: Kulat Jagung Menjadi Makanan Istimewa Dan Harganya Lebih Tinggi
Tanam Jagung Dalam Pasu Pun Menjadi-Jadi
Sudah pasti ramai yang akan sangkal bila sahabat laman tanam jagung dalam pasu. Umum tahu, jagung memerlukan batas untuk pertumbuhan optimum. Jagung tidak mempunyai sitem akar yang terlalu kompleks dan tidak memerlukan ruang tanah yang luas untuk pertumbuhan. Ini bermakna, jagung boleh ditanam di dalam pasu. Namun, ada ada teknik yang perlu anda patuhi supaya jagung yang ditanam dalam pasu menjadi dan hasilnya dapat dituai.
1. Pemilihan pasu
Pilih pasu yang bersai besar. Minimum saiz pasu yang diperlukan untuk pertumbuhan jzagung adalah 12 inci. Untuk pasu bersaiz ini, anda boleh tanam lebih kurang 4-5 batang pokok dalam satu masa. Paling penting, pastikan pasu yang dipilih mempunyai lubang saliran air di bahagian bawah. Ini kerana, jagung tidak tahan kepada medium yang bertakung air dan terlalu lembap
2. Jenis jagung
Terdapat banyak jenis jagung. Kebiasaanya, jenis yang banyak terdapat di Malaysia sesuai di tanam di dalam pasu kerana ia tidak mempunyai pokok yang tinggi. Jenis atau baka jagung yang sesuai ditanm di dalam pasu hanya mempunyai ketinggisn 4-5 kakai (1.2-1.5 meter). Lebih dari itu, bukan tak boleh di tanam di dalam pasu. cuma dikhuatiri pokok mudah tumbang dek pasu yang tak mampu menampung ketinggian pokok terutamanya apabila ditiup angin
3. Semai
Untuk memudahkan semaian, rendam 4-6 biji benih di dalam air untuk tempoh 1-2 jam sebelum di semai. Semaian boleh dilakukan terus di dalam pasu kekal atau bekas semaian. Untuk semaian, sediakan lubang dengan kedalam 1 inci dan tutupkan dengan tanah. Jangan risau jika biji benih jagung ditanamsecara rapat. Jagung yang ditanam secara rapat dapat membantu proses pendebungaan dan mempercepatkan penghasilan buah jagung
4. Pencahayaan
Jagung memerlukan pencahayaan terus sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Sebaiknya, letakkan pasu jagung anda menghadap matahari pagi untuk membekalkan keperluan nutrisi untuk pertumbuhan optimum
5. Medium
Jagung memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap dan tidak mudah kering. Ia pentig bagi memastikan batang pokok sentiasa padat. jika kekuranagn air, batang pokok akan meajdi terbantut dan adakalanya lompong ditengah. Namun, jagung tidak tahan dengan medium yang menakung air
6. Siraman
siraman untuk anak pokok jagung perlu dilakukan setiap hari. Namun apabila pokok dewasa, pastikan siraman dilakuakn secara berkala dan tidak bertakung air. Jagung memerlukan air siraman yang emncukupi untuk membentuk jagung yang sedap dan manis. Jadi, apabila musim menuai hampir tiba, pantau siraman jagung secara berkala
7. Pembajaan
Pembajaan hayan beleh dilakukan apabila usia semaian mencapai 10 minggu. Gali lubang 2 cm di sekitar tanaman dan tanamkan 1/2 sudu baja 5-10-10 atau 10-20-20. Satu pokok satu lubang baja.
8. Tuai tongkol jagung padat
tongkol jagung padat Apabial jagung mencapai usia 60-100 hari, ia adalah masa yag sesuai untuk menuai. Namun, ia bergantung kepada jenis. Sebaiknya, cukup tempoh 60m hari, selalu periksa jagung anda.
Masa untuk #DudukRumah, Bukan Duduk Suram

Kita semua sedar tentang pandemik COVID-19 yang berlaku seluruh dunia, dan Malaysia antara negara yang paling terkesan. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan kita sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – bermakna mereka yang tidak terbabit dalam pekerjaan yang menawarkan perkhidmatan penting, diarahkan untuk berada di rumah dan bekerja dari rumah selama beberapa minggu.
Bagi kebanyakan orang, ini adalah peluang baik untuk mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan dalam semangat kekeluargaan ini, ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Inilah masanya di mana anda akan duduk bersama di sofa, menonton rancangan kegemaran anda terus menerus, atau menghidupkan malam dengan membuka mainan berpapan yang sudah berhabuk. Dulux, jenama peneraju cat dekoratif dari AkzoNobel, mencadangkan sedikit kelainan – projek seni dekorasi untuk bilik anak anda.
- Nafas PureAir! Kesihatan adalah satu daripada perkara yang dititik beratkan, dan dengan keadaan sekarang, memang kita perlu berjaga-jaga. Untungnya, kami ada peluang untuk memperkenalkan Dulux PureAirTM kepada anda. Ini adalah cat yang paling sesuai untuk digunakan di pusat asuhan kanak-kanak, bilik tidur anak atau bilik bermain kerana ia didatangkan dengan sifat kalis fungus dan kulat, selain mempunyai ciri anti-bakteria untuk memastikan udara sentiasa segar ketika anda berkurung di rumah. Dulux PureAirTM boleh meneutralkan formaldehyde, iaitu gas tanpa warna dan berbau kuat yang kebiasaannya digunakan dalam pengilangan kimia dan dikurangkan jumlah sebatian organik meruap (VOC), yang penting untuk menjadikan dalaman rumah segar seperti di luar.
2. Warna Blok Ceria! Blok warna adalah trend rekaan yang menggandingkan blok warna terang dan padu untuk mencipta ruang yang mengujakan dan penuh tenaga. Ini adalah cara yang mudah dan menyeronokkan untuk memulakan projek mengecat DIY dengan anak-anak anda. Pakar Warna Dulux berkongsi beberapa panduan dan menyarankan cara mudah iaitu dengan mengosongkan sebahagian dinding untuk ini. Contohnya, bahagikan bilik yang dikongsi oleh anak-anak kepada dua dan cat dinding setiap bahagian dengan warna berbeza. Gandingan warna yang cerah dan berlawanan seperti gandingan kuning dan merah jambu (seperti pembahagian di sebelah), akan menghasilkan persekitaran yang ceria dan penuh semangat untuk kanak-kanak.
3. EasyClean Kalis Contengan! Conteng di dinding memang mengimbau banyak kenangan! Sesetengah daripada kita mungkin masih ingat dimarahi ibu dan ayah kerana menconteng dinding dan akhirnya diketuk jari dengan pembaris. Kali ini, kami sarankan anda menggalakkan anak menconteng, tetapi hanya selepas dinding dicat dengan Dulux EasyClean. Dulux EasyClean adalah cat emulsi boleh cuci berkualiti tinggi (premium). Ia menyediakan lapisan pelindung unik yang kalis tompok degil, jadi ia boleh dilap dengan mudah. Dinding yang dilindungi ini akan membolehkan anak-anak meluahkan kreativiti masing-masing dan anda juga boleh ‘tumpang sekaki’ berkongsi keseronokan sambil menunjukkan bakat Rembrandt anda. (Menentang & menangkis hampir semua kesan cecair cth air, minuman ringan, jus buah, kicap, sos tomato, sos cili, yogurt, ais krim dan kesan kotor kapur, habuk dan lumpur.)
4. Bermain dengan Bentuk! Penggunaan bentuk bulat dalam warna ceria menambah elemen seronok pada bilik kanak-kanak. Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan palet warna lembut sebagai tirai latar neutral, yang menghidupkan bilik namun kekal menyejukkan mata. Untuk mencari padanan warna sesuai, anda boleh menggunakan aplikasi Dulux Visualizer, yang boleh membantu anda dengan pelbagai cadangan. Anda boleh mencipta pelbagai jenis suasana, daripada suasana menenangkan dengan bulatan warna neutral hingga ke suasana ceria yang dimeriahkan bulatan beraneka warna.
5. Inspirasi Jalur Menurut Pakar Warna Dulux, melukiskan garisan melintang akan membuatkan bilik tampak lebih besar, contohnya set bilik di sebelah sebagai contoh terbaik dan senang dihasilkan. Dinding bilik ini dicat dengan kombinasi Dulux Bold Damson / 48RR 08/146 dan Kenneth Square 90YR 55/051. Warnanya cukup sepadan antara satu sama lain, dengan satu memberikan kesan hangat dan menenangkan manakala gandingan ton satu lagi memaparkan warna yang menyejukkan. Sebagai alternatif, jika anda mahu meneroka lebih banyak mengenai cara menghasilkan garisan melintang ini, anda boleh merujuk ke video YouTube yang kami sediakan.
Dengan semua saranan yang diberikan, kami galakkan anda untuk memulakan langkah dan jadikan jangka masa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini waktu yang tidak akan dilupakan. Masa berkualiti dengan ibu bapa adalah antara perkara yang amat dihargai oleh seorang anak dan akan diingat sampai bila-bila. Oleh kerana hari raya juga akan menjelang tidak lama lagi, inilah peluang terbaik untuk menghangatkan warna dalam bilik anak anda. Jika mahu meneroka lebih banyak mengenai warna yang dibawakan oleh Dulux, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghalakan browser anda ke www.dulux.com.my.
Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!

Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku
dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

6. SIAP!
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
SEBELUM
SELEPAS
Selamat mencuba, semua!