Cat Tak Terkopek, Mudah Tanggalkan Wallpaper Guna Pelembut Pakaian & Air Panas! Satu ketika dulu ramai yang menggunakan wallpaper di rumah. Tapi bila dah lama kita pun rasa bosan dan rasa nak tukar deko atau cat baru.
Masalahnya, nak tanggalkan wallpaper ini memang kerja remeh. Silap cara atau salah tarik dengan cat sekali tertanggal. Lagi sakit mata ada pula kesan gam tertinggal kat dinding.
Bagi korang yang nak tanggalkan wallpaper di rumah, tip dikongsi oleh penyampai radio Shah Gegar ini sangat membantu.
Katanya untuk tanggalkan wallpaper dengan mudah cuma guna semburan air dua bahan ini, wallpaper akan mudah ditarik tanpa tanggalkan cat.
Ads
Cara mudah tanggalkan wallpaper
Bahan yang diperlukan:
Botol penyembur
Softlan
Scrapper plastik
Air panas dan air paip
Cara-caranya:
1. Tuang Softland dalam botol penyembur, tak perlu banyak kuantitinya.
2. Kemudian campur dengan air panas diikuti dengan air paip.
Ads
3. Tarik wallpaper yang sudah tertanggal.
4. Kemudian sembur air bancuhan tadi pada wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Bila wallpaper dah kembang cuma tarik ke bawah dan ia akan tanggal dengan mudah tanpa menanggalkan cat. Memang senang.
MARI KITA BASUH KAIN! adakala pening kepala juga mana nak diletak mesin basuh. Dapur yang ada kecil, ruang balkoni pula sesak. Jadi bagaimana boleh kita manfaatkan ruang yang ada untuk penyediaan ruang mencuci baju?
Kita mungkin agak keliru mana nak letak mesin masih di rumah. Di dapur atau di pinggir bilik mandi mahupun di luar sahaja area dapur basah? Sebenarnya mesin basuh perlu ditempatkan di kawasan khas untuk membasih. Namun kediaman kita tidak punya ruang luas untuk membasuh, ia dlihat lebih sesuai ditempatkan pada area dapur basah atau di kondomonium sekarang, ia ditempatkan di luar,khas untuk dapur basah.
Jika anda sudah mempunyai ruang untuk mencuci baju, jangan lupa sertakan sama beberapa kelengkapan seperti rak untuk menempatkan segala sabun dan cecair pencuci. Begitu juga bekas cucian atau bekas kain kotor dan bersih. Termasuk ampaian kecil atau papan penggosok jika anda menggosok di ruang membasuh ini juga.
Benar setiap kali membasuuh kawasan ini agak sibuk dan mungkin sahaja lembab tetapi kelebihan menempat segala keperluan di kawasan separa terbuka ini memberi kita kitaran udara yang bagus dan segar. Anda boleh menjemur atau memilih mesin basuh muatan depan. Hias dengan kreatif dan anda yang mempunyai sudut membasuh yang luas mungkin juga boleh membina kabinet bina dalam untuk memastikan ia kemas dan tertutup.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setelah dua tahun tidak dapat meraikan hari raya yang sempurna seperti tahun ini. Pasti semua tidak sabar meraikan hari raya tahun ini, serba serbi baru dekat dalam rumah. Pastinya langsir, sofa, karpet dan hiasan lain semua baru. Tapi bila tetamu datang saudara mara pasti ada yang terkotorkan dan sebagainya. Jangan risau jom IMPIANA kongsikan cara nak bersihkan karpet dengan cara mudah dan akan sentiasa nampka baru.
Ada banyak servis cuci karpet yang ditawarkan dekat luar sana tu, tapi anda pernah tak terfikir nak cuci karpet secara DIY?
Tak mudah nak kekalkan karpet supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan tak berbau, terutamanya karpet putih, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan yang sentiasa bermain di rumah. Sesetengah kesan kotoran memang degil sehingga sukar untuk dibersihkan dan dihilangkan bau hapak. Tapi jangan bimbang. Berikut merupakan cara cuci karpet paling jimat untuk anda cuba.
Pernah terfikir tak cara nak membersihkan karpet tanpa vacuum cleaner, pembersih wap atau alat cuci karpet? Jangan risau sebab anda tak perlu atau sewa peralatan pencuci yang mahal untuk hilangkan kesan kotoran dari karpet anda. Ada cara DIY yang anda boleh cuba untuk membersihkan karpet dengan menyeluruh. Jom kami tunjukkan cara-cara yang paling untuk cuci karpet tanpa alat atau mesin pencuci.
Ya, anda boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat untuk membersihkan dan menghilangkan bau pada karpet. Baking soda merupakan bahan serba boleh untuk buat ‘resepi’ pencuci DIY. Memang mengagumkan bila satu bahan boleh digunakan untuk macam-macam perkara – dari menanggal kesan kotoran, menghilangkan bau hapak karpet dan ambal, sehinggalah untuk baking kek.
Cara cuci karpet dengan baking soda
Terdapat banyak cara untuk menggunakan baking soda untuk membersihkan karpet. Bukan itu sahaja, anda boleh campurkan ia dengan bahan lain untuk menjadikannya pencuci yang lebih kuat. Semua kotoran akan hilang jika dicuci menggunakan baking soda. Jom tengok ‘resepi’ pencuci baking soda ni.
Baking soda bersifat penyerap dan sangat berkesan untuk mencairkan kesan minyak dan menyerap bau hapak. Cuka pula merupakan pembasmi kuman semula jadi. Bila anda campurkan kedua-dua bahan ini, anda bukan sahaja bersihkan karpet malah anda turut membasmi kuman dan bakteria.
Macam mana nak membersihkan karpet dengan baking soda dan cuka
Baking soda dan hidrogen peroksida adalah gabungan yang luar biasa. Anda boleh gunakan campuran kedua-dua bahan ini untuk mencuci paip bilik mandi, tanggalkan sisa makanan dalam periuk dan kuali, putihkan garisan antara jubin lantai (grout), kilatkan tab mandi dan jubin, serta banyak lagi! Kalau anda ada anak kecil dan haiwan peliharaan, ini merupakan pencuci yang terbaik untuk hilangkan kesan muntah dan kencing.
Macam mana nak membersihkan karpet dengan baking dan hidrogen peroksida
Kombinasi bahan-bahan ini adalah yang terbaik untuk membersihkan muntah pada karpet. Anda perlukan baking soda, hidrogen peroksida dan cecair pencuci pinggan.
Ulang langkah-langkah ini untuk kotoran degil.
Berapa lama saya patut biarkan baking soda di atas karpet
Untuk hilangkan kesan kotoran dari karpet, anda perlu biarkan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Biarkan selama satu jam atau semalaman untuk karpet yang sangat kotor.
Baking soda tidak akan merosakkan karpet anda tetapi ia mungkin merosakkan lantai di bawahnya. Pastikan anda bersihkan sisa baking soda dengan baik setelah menggunakannya untuk pembersihan karpet.
Mudahkan? Tak perlu susah hati lagi untuk kesan kotor atas karpet anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.
1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman
4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu
10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.