Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA. Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Ads
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang.
Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Ads
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
Ads
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah flat boleh bertukar persis kondomonium andai anda bijak memilih dekorasi yang sesuai. Kebiasaannya kediaman jenis flat masalah utamanya ialah dari segi keluasan kediaman. Namun jika kena dengan caranya, ruang kediaman yang terhad keluasannya bertukar sedap mata memandang. Pendek kata ruang yang terhad bukanlah alasan untuk tidak mendekorasikan ruang kediaman.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian dekorasi kediaman Mas Aura boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
WARNA MONOKROMATIK Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
WARNA ANALOG Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna analogous ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
WARNA PELENGKAP Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ceria dan bersemangat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.