Pokok tomato di tanam secara terbalik memang biasa kita dengar. Tapi, kalau untuk tanaman jangka pendek seperti salad, sawi, kangkung dan pelbagai lagi, tak pernah lagi kelihatan. Tapi tiada yang mustahil bukan? seperti yang dilakukan oleh Safa melalui perkongsian di akaun Youtube nya Taman Inspirasi Safa, Laman yang tersedia amat terhad mendesak Safa mengoptimumkan setiap sudut yang ada.

Oleh itu, kebanyakan tanaman di tanam secara bertingkat dan yang paling menarik ada pula tanaman di tanam secara upside-down. atas sayur pak choi bawahnya salad. Yang paling penting, tiada sebarang penggunaan bahan yang mahal dan peralatan rumit.

Bahan-bahan: 

Dulang plastik
Besi penebuk lubang (kalau tak ada boleh buat sendiri guna dawai
Medium tanaman
Sayur yang telah matang (biasanya yang sesuai dari jenis yang berbatang seperti kangkung, salad, sawi)
Biji benih

Cara-cara: 

1. Lakar posisi lubang yang bakal ditebuk pada bahagian bawah dulang semaian dan tebuk dengan menggunakan besi yang telah dipanaskan

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

2. Sediakan medium tanaman, pokok salad dan benih yang bakal disemai di atas dulang semaian. Untuk tanaman yang benihnya jenis kekacang, rendam semalam dahulu untuk melembutkan kulit biji benih. Atau sebaiknya bagi akarnya bercambah

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

3. Letak dulang semaian di atas para dan sedia untuk pindahkan pokok salad. Ikat daun salad terlebih dahulu untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam lubang yang telah disediakan.

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

IKLAN

4. Keluarkan pokok salad dari bekas semaian dan perlahan-lahan masukkan satu demi satu pokok ke dalam setiap lubang yang telah disediakan

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

5. Apabila posisi pokok telah stabil, buka ikatan pada daun dan kembangkannya semula

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

P/S: Jika anda khuatir medium akan terkeluar apabila tanaman di tanam secara terbalik, sediakan sekeping penutup seperti donut muat-muat untuk lubang dan batang sayur yang diperbuat daripada cawan plastik 

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

6. Siap susun kesemua tanaman di dalam lubang yang telah disediakan, anda perlu kembangkan sedikit rootball untuk melonggarkan akar untuk memudahkan pencarian nutrisi.

IKLAN

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

7. Tambah medium sehingga menutupi keseluruhan rootball salad tadi dan padatkan

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

8. Siram keseluruhan medium tanaman di bahagian atas untuk tujuan semaian biji  benih. Sebaiknya guna air bebas klorin.

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

9. Sedikan lubang semaian dengan jarak lebih kurang 1cm setiap satu dan semai biji benih

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

IKLAN

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

10. Tambah lagi medium tanaman sehingga menutupi keseluruhan biji benih yang telah disemai

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

11. Apabila cukup matang untuk dituai atau sedia dipindahkan, cabut semua pokok di bahagian atas. Manakala untuk tuai salad di bahagian bawah, anda hanya perlu petik daunnya ikut keperluan sahaja

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

12. Selesai tuai semua tanaman di bahagian atas, tambak atau tambah semula medium tanaman dan sedia untuk semaian berikutnya

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Cara Tanam Salad Upside-Down Optimumkan Ruang dan Hasil

Sumber: Taman Inspirasi Safa 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI