Dapur, ada apa dengannya? Semua orang kini memiliki dapur yang dibentuk hampir menyerupai di antara satu dengan lain. Cuma ikut tema dan warna sebab segalanya dah dibuat mengikut standart pembuatan sedia ada. Jadi apakah yang menjadikan dapur kita berbeza dari yang lain?
Mungkin ramai tidak perasan, jubin antara dua bahagian kabinet kii merupakan antara material yang sangat popular di kalangan pemilik kediaman yang jiwanya artistik. Tidak mahu nampak sama dan menghidupkan kabinet dapurnya dengan karakter jubin yang juga melambangkan personaliti mereka. Perancangan rapi perlu ada kerana itulah yang menjadikan rekaan dapur nampak hidup.
Pilihan moden namun masih ada seni tradisi di dalamnya. Tekstur mudah dicuci, tampil eksklusif dan pada masa yang sama mengimbau kita pada era 40an.Sesuai bagi anda yang tidak punya masa untuk ke dapur, tetapi masih mahu melaram sebah dapur yang cantik , kemas lagi tersusun.
IKLAN
Berbeza dari yang lain, jiwa bohemian yang bebas dan berani . Inspirasi dari timur tengah dengan warna dan corak yang tersendiri. Menjadikan sebuah dapur bukan sahaja medan untuk memasak, tetapi ruang mencetuskan inspirasi bagi sebuah karya seni tak kiralah resipi ke atau rekaan lain…
IKLAN
Masih lagi inspirasi dari zaman lalu, kesenian jubin Belanda yang cukup terkenal. Jika dahulu didatangkan dalam pelbagai warna, kini pelbagai rona urban boleh didapati bagi memberi satu sentuhan moden kontemporari. Awas biarpun hanya sebaris, coraknya sudah cukup lantang bagi sebuah dapur.
Satu lagi gaya sezaman tema Morrocan yang cukup popular. Palitan warna -warni di dapur menjadikan ruang dapur tampil cukup indah dan ada kemeriahan di dalamnya. Umpama feature wall yang cantik dan memukau pandang biar pun taklah seterang mana warnanya. Tema eksotik dari timur tengah sudah pun memasuki aliran antara bangsa. Corak bunga kita bila lagi ya?
IKLAN
Pilihan moden dengan permainan geometri . Masih lagi bermain dengan warna agar tidak bosan dan menguji fokus mata kita.. Jika mahukan kelainan dan gaya yang lebih muda, corak seumpama inilah yang perlu anda fokus.
Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunkan cat. (kilik sini untuk artikel lengkap). Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparan seperti varnish dan syelek.
Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu. Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai. Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan
Tentukan kegunan
Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor. Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor
Tentukan jenis warna yang diinginkan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihan
Tentukan cara aplikasi
Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi
Baiki kerosakan
Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemas
Buang lapisan lama
Permukaan kayu perlukan tututan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayu
Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dindingdan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Susun atur karpet cara yang betul dan salah. Sebelum membeli dan memilih karpet, pastikan anda tahu panduan susun karpet dengan sebaiknya. Sayang kalau karpet yang cantik, tapi tidak nampak menarik selepas disusun atur.
Langkah paling mudah untuk anda memberi nafas baru pada lantai kediaman anda ialah dengan membentang permaidani atau karpet. Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman.
Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
Bagaimanapun terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet. Berikut checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan.
RUANG
Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
SAIZ
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
FIBER/MATERIAL
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Berikut dikongsikan panduan untuk menyusun atur karpet:
Penggunaan barangan elektronik 'Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu...