Selesai musim PKP, kelihatan ramai yang suka berkebun. Tak kira lah yang tak ada tanah pun cuba berjinak-jinak bercucuk tanam menggunkan pasu sebagai wadah.

Menyemai biji benih sayur yang bersaiz halus seperti sawi, bayam dan sebagainya memang tak susah. Tapi salah teknik, bukan benih tak bercambah sahaja yang dirisaukan, tetapi sayur hidup terlalu rapat hingga menyebabkan saiz matang terlalu kurus atau kecil. Tambahan, apa pun jenis tanaman jika di tanam di dalam pasu kaedah dan rawatannya sedikit berbeza dari yang di semai terus atas batas tanaman

Puan Suhafiza sudin atau mesra dikenali sebagai Cik Sue yang merupakan peniaga produk pertanian seperti benih sayur dan bungaan berkongsi tip menyemai biji benih yang mudah dan menjadi

YANG PERTAMA- Tanah
Tak kisah nk guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur ngn tanah merah pn boleh.. kalau tanah tu elok utk tanaman elok la utk semaian.. bab tanah pun kena hati2 nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok blh mati tau..

YANG KE2 – Benih
CARA RAJIN = Letak tanah dlm pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih & kambus tanah..
CARA MALAS = Tabur je benih dlm pasu bila dh 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue mmg guna cara malas nie

YANG KE3 – Semai
Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue mmg tak pernah bungkus ngn kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pn tak nampak

YANG KE4 – Air
Bab air tak payah rajin sgt nk jirus hari2. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. sng kan?

YANG KE5-Baja
Nak ank2 hijau kita tu gemuk kene la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja nie jenis cecair, cepat serap & senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jgn banyak kang meninggal pulak dia

Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba