Kita adakala terlalu bercita-cita besar mahu menghias ruang yang ada dengan segah mungkin yang mana selalu lebih molek diabadikan di ruang yang luas. Namun apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.
1. Carilah sofa di bawah pinggang ketinggiannya. Ini bagi tidak menghalang pandangan mata perhadap keluasan ruang
2. Carilah sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama.
3. Tidak salah memilih sofa yang terang warnanya. Putih gading atau rona krim dilihat warna paling idea di samping rona pastel.
4. Pilihlah meja makan untuk empat orang. Selain daripada bentuk empat segi sama, anda boleh memilih meja makan bulat. Cuma kini meja makan boleh diubah saiznya untuk enam tempat duduk.
IKLAN
5. Elakkan memilih kerusi meja makan lebih tinggi dari aras meja. Ini hanya akan menyesakkan pandangan. Paling menarik jika anda memilih bangku panjang sahaja seperti di kantin sekolah yang kini menjadi trend di kalangan pereka.
IKLAN
6. Elakkan membeli sofa satu set yang sama. Ia hanya menjadikan ruang bertambah terkongkong.
IKLAN
7. Kusyen dempak, ala konsep tempat duduk kediaman arab pun dilihat sesuai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
8. Jika masih menyimpan kerusi kayu ala retro yang kecil saiznya juga boleh diulang pakai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap bulan di pengakhiran tahun mesti kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri. Kita tidak mampu untuk mengelak hujan tapi kita mampu untuk melakukan persediaan di musim hujan. Ketika musim banjir, banyak aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya aspek keselamatan. Berikut merupakan antara tips yang boleh diguna pakai ketika banjir melanda.
Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passport, geran tanah, polisi insuran, atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.
Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.
Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.
Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti.
Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.
Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau anda betul-betul nak beli perabot yang menjadi idaman hati, terdapat beberapa langkah yang boleh diperhatikan dahulu. Ia merupakan satu langkah mudah agar anda tidak sesal setelah perabot tersebut dibawa masuk ke dalam kediaman anda. Selalunya perabot yang dipamerkan di kedai sudah disusun cantik dan sepadan dengan aksesori yang lain.
Ia bukan sahaja menyerlah rekaan perabot tersebut malah nampak cukup menarik. Ditambah pula dengan pencahayaan yang menawan, ruang dilihat begitu elegan dan mampu membeli hati kita dengan sekelip mata. Namun usah lupa diri jika berkenan sesuatu. Kaji dan lihat beberapa aspek yang serasi dengan gaya hidup atau kediaman kita.
1. Bertepatan dengan konsep
Pastikan perabot yang anda beli menepati konsep asal kediaman. Jika tidak ingin kediaman anda jadi rojak, tetapkan konsep reka bentuk perabot yang dicari dari awal. Perincianya juga perlu diperhatikan kerana ia juga mampu memberi impak kepada keseluruhan dekorasi kediaman anda.
2. Saiz perabot
Adakah saiznya serasi dengan ruang yang telah ditetapkan? Maklumlah adakala kita mempunyai keinginan yang menggunung tinggi tetapi ruang yang amat terhad sekali. Bukan sekadar ruangnya sempit tetapi perabot sedia ada juga tidak mengizinkan kita menambah kuantiti perabot yang ada. Jangan risau perabot kecil juga ada keselesaannya.
3. Lukis Plan
Jika tidak mampu berimaginasi, lukis pelan lantai kediaman anda dan perabot sedia ada. Atau ambil sahaja sekeping foto dan anda boleh rujuk pada gambar tersebut apakah jenis, rekaan, saiz perabot yang bersesuaian di ruang tersebut.
4. Padanan warna
Koordinasi warna! Jangan mudah lupa apakah kelompok warna perabot anda atau konsep keseluruhan kediaman. Adakah anda jenis yang suka menukar warna dinding saban tahun atau seorang yang lebih senang bermain dengan warna selamat? Inilah antara penyebab utama perabot yang dibawa balik gagal menyerlah bahkan menjadikan suasana kediaman bertambah serabut.
5. Kenal pasti materialnya
Jika anda seorang yang cermat dan tinggal pula di kawasan tidak berhabuk, anda boleh memilih apa sahaja material yang hebat. Tetapi jika anda menetap di kawasan yang berhabuk atau mempunyai anak yang sedang aktif membesar, material mudah dibersihkan seperti kulit atau pvc lebih sesuai. Anda sudah pasti tidak mempunyai masa untuk menyedut segala habuk dan kekotoran bukan?
6. Struktur perabot Jangan lihat pada cantiknya rekaan sesuatu perabot sahaja. Ada perabot yang dibuat untuk kadar ekonomi. Cantik, tapi menggunakan stuktur atau kerangka yang diperbuat daripada papan lapis atau hampas kayu yang dimampat sahaja. Sedangkan struktur yang dibina tidak tahan keapda tenan atau beban tinggi. Jadi, tak kira sma ada anda beli perabot ekoni atau mewah, ia bukan jaminan keapda keupayaan struktur perabot tersebut. Jadi pastikan anda memilih perabot yang benar-benar tahan.
Benar adakala harganya agak mahal kerana bertepatan dengabn material yang diganakan. Jadi terserah pada anda memilih ketahanan atau mahu yang murah dan asal ada sahaja di rumah. Jangan pula anda main beli ikutkan hati. Kelak menyesal mengigit jari. Ini juga antara faktor kegagalan tata hias kita kerana tidak sebagaimana yang dirancang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Suasana Aidilfitri masih lagi terasa jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita yang sedang merancang untuk mengadakan open house. Setelah puas beraya bersama sanak saudara di kampung, kini tiba masa untuk kita meraikannya dengan menjamu jiran tetangga serta teman-teman dikota.
Sudah tentunya ruang makan akan menjadi tumpuan utama ketika rumah terbukakerana disitu juga merupakan tempat tuan rumah menyajikan juadah Syawal. Jadi, untuk memastikan tetamu selesa dan gembira, kita perlulah membuat persediaan yang rapi. Penataan meja makan haruslah dilakukan dengan teliti dan bersesuaian dengan makanan yang dihidang.
Selain pinggan mangkuk, jangan lupa sediakan alas meja, pasu bunga, pemegang lilin dan pelbagai lagi aksesori meja makan untuk menaikkan mood dan menambahkan keindahan ruang makan rumah anda.
Dibawah ada saya kongsikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menghias meja makan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri ini :
Gunakan set pinggan mangkuk yang ringkas tapi menarik. Elakkan alatan kaca yang sumbing dan pinggan mangkuk plastik yang retak atau bocor. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada tetamu dan memberikan imej buruk kepada tuan rumah.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda boleh juga gunakan pinggan dan cawan pakai buang yang biasanya dibuat daripada kertas atau plastik. Selepas digunakan boleh terus buang, tidak perlu anda nak basuh dan keringkan. Tapi seeloknya sediakan lah pinggan kertas yang berkualiti dan tidak mudah koyak kerana takut tetamu tidak selesa ketika menjamu makanan.
Jangan lupa sediakan tisu dan air basuh tangan disatu sudut yang mudah untuk tetamu nampak agar mereka tidak tercari cari dan minta pada tuan rumah. Maklumlah, mungkin kita busy tambah lauk atau bancuh air yang dah habis sampai tidak menang tangan nak melayan semuanya. Jadi benda kecil beginilah kita perlu peka agar momentum kita tidak terganggu.
Alas meja juga merupakan salah satu aspek penting untuk menghias meja makan. Pastikan ianya sentiasa kemas, bersih dan digosok sebelum diletakkan atas meja. Tapi kalau sudah namanya rumah terbuka, pasti akan ada berlaku perkara yang tidak diigini. Tambahan pula kita tidak akan dapat mengawal tetamu yang ramai serta kanak kanak kecil yang lincah. Jadi sebagai alternatif mudah, lapikkan alas plastik diatas alas meja anda yang cantik itu agar mudah untuk dibersihkan.
Akhir sekali, accessorize! Letakkan lilin wangi dan pasu bunga yang dihiasi bunga segar. Selain menarik, ia juga akan menjadikan ruang makan sentiasa berbau wangi dan segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.