Pemangkasan yang dilakukan dengan betul akan menggalakkan tumbesaran dahan, daun, bunga dan buah. Selain daripada itu, ia juga akan menjadikan pokok yang dipangkas mempunyai tempoh hayat yang lebih lama. Sebelum melakukan pemangkasan, terdapat 10 perkara yang perlu anda beri perhatian.

1. Pastikan perkakas memangkas sentiasa tajam bagi mengelakkan dahan mudah cedera dibahagian yang dipangkas. Selain daripada itu  juga, peralatan memangkas yang tidak dibersihkan dan diselenggara baik akan menyebabkan kawasan pangkasan mudah terdedah kepada penyakit.
2. Kenalpasti tujuan pemangkasan yang hendak dilakukan. Terdapat pelbagai jenis pemangkasan yang boleh dilakukan. Setiap satunya mempunyai keperluan dan kesan yang berbeza. Terdapat 3 kaedah yang kerap digunakan:

Pemangkasan bentuk

Ia bagi tujuan untuk mencapai sesuatu bentuk tertentu bergantung kepada keperluan. Selain itu juga, tujuan pemangkasan ini adalah untuk mengawal tumbesaran tumbuhan. Pemangkasan kebiasaan dilakukan sejak tanaman masih di peringkat muda.

Pemangkasan pemuliharaan

Kaedah ini tujuannya untuk menjamin kesihatan tumbuhan. Kebiasaannya ia dilakukan apabila tumbuhan selesai berbuah. Apabila selesai tumbuhan berbuah, tenaga / nutrisi yang ada di dalam sistem pokok sudah berkurangan. Hal ini boleh mengakibatkan produksi tumbuhan akan mula merosot. Oleh itu, untuk memastikan produktiviti tumbuhan, pemangkasan hampir menyeluruh perlu dilakukan. Selain itu juga, pemangkasan ini bertujuan membuang bahagian yang berpenyakit.

Ads

Cara Pemangkasan Untuk Elak Pokok Mudah Dijangkiti Penyakit, Baru Profesional

Pemangkasan produksi

3. Untuk memastikan pokok merimbun, pemangkasan produksi perlu dilakukan. Ia bagi tujuan menggalakkan tunas baru tumbuh dan menghasilkan cabang pokok yang lain .

4. Lakukan pemangkasan mengikut bahagian. Untuk tujuan pemangkasan bentuk, pangkasan perlu dilakukan dari bahagian atas terlebih dahulu.

Ads

5. Pastikan pemangkasan kolar dahan (collar pruning) dilakukan bersih dan licin. Untuk mendapatkan hasil seperti ini, alat pangkasan perlu sentiasa tajam dan bersih.

Cara Pemangkasan Untuk Elak Pokok Mudah Dijangkiti Penyakit, Baru Profesional

6. Jika melibatkan pemangkasan dahan besar dan berat, ikatkan ia terlebih dahulu pada batang pokok  yang kukuh serta alihkan harta benda yang berhampiran.

7. Selain pemangkasan satu bahagian, periksa keadaan sekeliling sebelum beralih ke bahagian yang lain. Ia bertujuan untuk memastikan keadaan di sekitar dalam keadaan terkawal.

Ads

8. Buang ranting atau dahan yang tersangkut pada pokok. Ia bukan sekadar memberi pembersihan secara total, juga mengelak dari masalah jangkitan pada dahan yang lain jika tujuan pemangkasan adalah untuk pemeliharaan.

9. Mulakan pangkasan dari dahan yang lebih nyata seperti bahagian yang telah mati, tunas air, dahan bergesel dan sebagainya.

Pastikan kaedah pangkasan anda betul. Jika tidak, dahan yang dipangkas akan mudah dijangkiti penyakit.

10. Kawasan yang luka akibat pemangkasan hendaklah dirawat dengan bahan penutup keratan (sealing compound) agar titik keratan tidak akan mudah meresap air dan seterusnya mengelak dari serangan penyakit atau serangga perosak pada titik keratan.

Cara Pemangkasan Untuk Elak Pokok Mudah Dijangkiti Penyakit, Baru Profesional

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI