
Cara pastikan papan pemotong kekal putih walaupun masak setiap hari. Ramai yang malu bila tetamu datang ke rumah dan ternampak papan pemotong yang sudah kusam atau berwarna kekuningan, terutama jika sering digunakan untuk bahan berkunyit.
Cara Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih Walaupun Masak Setiap Hari
Papan pemotong yang bersih bukan saja lebih sedap dipandang, tetapi juga memberi keyakinan bahawa dapur kita sentiasa terjaga rapi. Walaupun sibuk dengan urusan seharian sama ada sebagai suri rumah, wanita bekerja mahupun berbisnes, menjaga kebersihan perkakas dapur tetap penting demi keselesaan keluarga.
Sebenarnya, tak susah pun nak pastikan papan pemotong kekal putih dan bersih. Cuma perlu sedikit disiplin dan jadikan ia rutin mingguan, bukan lagi bulanan. Dengan langkah yang betul, anda akan terkejut melihat betapa mudahnya kesan kunyit dan kotoran lain hilang, seolah-olah papan pemotong baru dibeli.

Praktis 123 Mudah Untuk Papan Pemotong
- Sediakan berus khas di sinki – Pastikan berus ini hanya digunakan untuk papan pemotong, tak kisah apa jenis pun.
2. Berus seminggu sekali atau bila perlu – Jangan tunggu terlalu lama, lebih kerap lebih baik.
3. Jemur bawah cahaya matahari – Inilah rahsia paling berkesan! Tak perlu lama, cukup beberapa minit. Jika papan lebih kotor, tambah sedikit masa. Cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan kesan kunyit, tetapi juga membantu membasmi bakteria secara semula jadi.

Bonus Tip
- Botol air jamu atau bekas yang terkena kunyit pun boleh kembali bersih bila dijemur panas.
2. Pinggan mangkuk putih seperti Corelle juga lebih tahan lama dan kelihatan baru walaupun sudah bertahun digunakan jika dijemur secara berkala.
3. Untuk papan pemotong plastik, elok diganti setiap tahun kerana risiko microplastic shedding akibat degradasi plastik.
Menjaga papan pemotong bersih sebenarnya bukan kerja rumit. Dengan hanya menyediakan berus khas, membersih secara konsisten, dan menjemurnya bawah cahaya matahari, papan pemotong boleh kekal putih walaupun digunakan setiap hari.
Jika anda malas, pilihan paling mudah ialah beli yang baru, tetapi dengan praktis mudah ini, Insya Allah papan pemotong anda akan sentiasa nampak kemas, bersih dan meyakinkan tetamu yang datang.
Sumber: Husna Haron
Artikel lain: Kebun Tepi Rumah: Tanam Sendiri, Makan Sendiri, Dapat Beri Pada Jiran
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




