Tidak dinafikan, masih ada segelintir di kalangan anda yang masih menggunakan lampu jenis kalimantang yang biasa di rumah meski zaman masa kini telah berubah dengan adanya pelbagai teknologi terkini seperti penggunaan lampu Light Emitting Diode atau bagi singkatannya LED.
Seperti umum mengetahui, penggunaan lampu LED ini sememangnya sangat bagus untuk digunakan kerana ia boleh menjimatkan kadar penggunaan kuasa elektrik. Oleh itu, orang ramai sememangnya digalakkan untuk menggunakan lampu LED ini di rumah.
Jadi, bagaimana cara yang boleh anda lakukan agar lampu jenis kalimantang di rumah anda masih boleh digunapakai tanpa menukar kepada lampu baharu? Jangan bimbang, caranya mudah sahaja.
Ads
Apa yang perlu anda lakukan adalah menukar lampu kalimantang anda kepada jenis lampu LED. Ingin tahu bagaimana caranya? Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Anda boleh mengetahui caranya dengan menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ada cara mudah untuk kita menanam pokok daun sup. Sebenarnya pokok daun sup boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang dan akar daun sup. Tidak perlu beli benih pokok daun sup.
Daun sup kalau tiada dalam masakan sup, memang tiada ‘serinya.’ Pendek kata, daun sup menjadi ramuan utama yang wajib ada kalau anda memasak sup. Selalunya kita tidak perlu banyak pun, jadi lebih ‘molek’ kalau kita tanam sendiri.
Berikut langkah demi langkah menanam pokok daun sup menggunakan keratan batang dan akar daun sup:
1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.
2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.
3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.
5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.
6. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.
7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.
8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
Mungkin masih ada di kalangan kita yang masih belum dapat membezakan antara daun sup dan juga daun ketumbar. Jika dilihat sekali imbas, daun sup dan daun ketumbar seakan-akan sama bentuknya.
1. Bau
Bau daun sup lebih wangi dan menyegarkan berbanding daun ketumbar yang lebih kuat dan menusuk hidung.
2. Warna daun
Daun sup dan daun ketumbar kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau. Inilah yang membuatkan ramai keliru sehingga tersalah membeli. Bagaimanapun jika anda melihat secara teliti, daun sup warna hijaunya lebih pekat berbanding warna hijau pada daun ketumbar.
3. Rasa
Rasa daun sup lebih enak dan menyegarkan apabila dikunyah. Berbeza dengan daun ketumbar, rasanya lebih menyengat dan melekat pada lidah apabila dikunyah.
4. Kegunaan
Daun sup lebih banyak kegunaannya berbanding daun ketumbar. Mungkin kerana rasa dan bau daunnya yang kurang digemari ramai. Daun ketumbar biasanya banyak digunakan dalam menu tom yam.
Bagi anda yang mencari teman tidur yang sempurna tidak boleh terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Tempat Tidur Harvey Norman di Pusat Beli-belah 1 Utama. Bertemakan “A Dreamy Escape – Find Your Perfect Sleepmate”, pameran itu menawarkan pelancaran tilam terbesar dengan memperkenalkan tilam inovatif terkini daripada keluaran jenama Hilker, Sealy, Napure, Serta, Van Vorst dan Musterring.
Harvey Norman’s A Dreamy Escape Bedding Fair ini telah dirasmikan hari ini oleh Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, dan Eddy Ng, Ketua Pengurus Besar Harvey Norman Malaysia.
Pameran itu, yang diadakan bermula 9 sehingga 21 Mei, akan menawarkan rangkaian tilam premium dari Amerika Syarikat dan Jerman pada harga yang menarik. Semua tilam di pameran itu akan dijual pada separuh harga, ditambah pula dengan tambahan potongan 20% dengan perbelanjaan minimum RM10000, serta tambahan 10% diskaun untuk penghantaran sebelum 30 Jun 2023. Terdapat juga rebat tukar beli sehingga RM1000 dan UPoints berganda untuk ahli ONECARD.
Pelanggan kini boleh membayar dengan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan tanpa caj tambahan untuk berbelanja mendapatkan tidur yang berkualiti dengan penggunaan jenama tilam terkenal dunia.
Anda juga berpeluang untuk menikmati aktiviti hujung minggu termasuk tawaran Happy Hour, pemeriksaan dan perundingan kiropraktik percuma dan banyak lagi.
Harvey Norman tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pembeli untuk melihat tilam terbaharu dengan tawaran hebat dan mendapatkan perundingan daripada pakar peralatan tempat tidur Harvey Norman untuk mencari tilam sempurna mereka di pameran peralatan tempat tidur mulai sekarang hingga 21 Mei, Ground Floor Centre Court di 1 Utama Shopping Centre
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kipas angin boleh dibersihkan dengan garam atau pasir tanpa perlu ‘membongkar’ bilah-bilahnya. Debu-debu dan habuk biasanya akan melekat pada bahagian bilah-bilah kipas angin atau di bahagian penutup kepala kipas angin.
Keadaan ini berlaku kerana banyak debu yang melekat. Untuk membersihkan kipas angin biasanya kita perlu ‘membongkar’ bahagian-bahagian tertentu. Tentu ia sangat merumitkan selain memerlukan waktu untuk menyudahkan kerja-kerja pembersihan.
Bagi mereka yang sibuk, tentulah tiada masa untuk berbuat demikian. Sebenarnya untuk membersihkan kipas angin, anda tidak perlu bersusah payah membuka bahagian-bahagian tertentu pada kipas angin.
BERSIHKAN DENGAN MENGGUNAKAN ‘BLOWER’
Jika anda memiliki blower, anda boleh menggunakannya untuk membersihkan kipas angin. Caranya mudah sahaja. Bawa kipas angin yang berdebu ke luar ruangan lalu tutup dengan plastik hitam. Kemudian gunakan blower untuk ‘menjatuhkan’ debu daripada bilah-bilah dan bahagian luar kipas angin. Namun cara ini juga memiliki kekurangan. Cara ini tidak akan berfungsi jika debu sudah terlalu tebal.
Mungkin anda belum familiar mendengarnya, tapi garam atau pasir boleh digunakan untuk membersihkan kipas. Cara yang satu ini juga sangat sesuai untuk membersihkan debu dan kotoran yang melekat pada bilah-bilah kipas angin termasuk kipas angin jenis kotak.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengambil kertas surat khabar atau kertas mahjong. Kemudian letakkan kipas di atasnya. Kipas boleh dihalakan ke bahagian atas atau pun bawah. Setelah itu, tuangkan pasir bersih dan kering atau garam dari atas. Pasir atau garam kemudian akan melewati bilah-bilah kipas. Debu-debu yang melekat pada bilah kipas akan jatuh ke kertas.
MENGGUNAKAN PEMBERSIH YANG MENGANDUNGI NATRIUM HIPOKLORIT (PELUNTUR)
Cara membersihkan kipas angin tanpa membongkar selanjutnya adalah dengan menggunakan pembersih yang mengandungi natrium hipoklorit (peluntur). Bawa kipas angin ke luar rumah. Tutup di bahagian motor kipas angin dengan plastik. Masukkan natrium hipoklorit (peluntur) ke dalam bekas penyembur. Semburkan pada bilah-bilah kipas dan biarkan selama beberapa minit di bawah sinar matahari. Setelah kipas angin benar-benar kering di bawah sinar matahari, gunakan ‘water jet’ jika ada untuk mencuci kipas angin. Jika tiada ‘water jet’ boleh siram dengan air secara berhati-hati. Biarkan kipas angin di luar rumah di bawah sinar matahari terbuka sehingga kipas angin benar-benar kering.
BERSIHKAN DENGAN PENYEDUT HABUK MINI MUDAH ALIH
Cara terakhir yang boleh dipraktikkan ialah dengan menggunakan penyedut habuk mudah alih. Kebiasaannya penyedut habuk jenis ini menggunakan kuasa bateri. Baterinya pula perlu di cas untuk terus menggunakannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membawa kipas angin ke tempat terbuka. Kemudian, gunakan penyedut habuk mini mudah alih di bahagian dalam kipas terutama bahagian bilah. Akhiri dengan sedutan habuk di bahagian luar kipas.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.