Pen dengan dakwat kekal ataupun permanent marker biasa digunakan di pejabat. Kalau dirumah, mungkin kita gunakan untuk melabel kotak, bekas dan sebagainya.
Jika salah letak, memang laju je jadi bahan mainan anak-anak. Habis diconteng satu rumah. Sangat menjengkelkan kerana kesan dakwat ini memang susah dan hampir mustahil untuk ditanggalkan.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada bermacam cara yang ada untuk bersihkan kesan permanent marker ni. Cuma mungkin kita je yang tidak tahu.
Kali ini IMPIANA senaraikan langkah mudah bagi membersih permanent marker pada barang kesayangan anda. Jom cuba!
FABRIK/PAKAIAN
Ada banyak caranya jika marker terkena pada pakaian, anda boleh cuba gunakan hand sanitizer, ubat gigi (bukan jenis gel), cuka dan juga jus lemon.
Ads
DINDING
Kawasan paling suka nak diconteng semestinya pada dinding. Ibu ayah boleh hilangkan kesan tersebut menggunakan spray rambut ataupun ubat gigi.
KAYU
Anda boleh menggunakan alkohol isopropil (Rubbing Alcohol) bagi membersihkan kesan marker yang terkena pada bahan kayu.
KARPET
Untuk karpet pula, cuba letakkan cuka pada kawasan terjejas dan gosok perlahan-lahan hingga bersih.
Ads
SERAMIK ATAU KACA
Deangan nisbah ubat gigi 1:1 baking soda, pasti kesan marker yang terdapat pada bahan kaca and ahilang serta merta!
SELAMAT MENCUBA SEMUA
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila sudah seminggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, pastinya ada segelintir di kalangan anda yang sudah mula berasa bosan dan jemu untuk berbuka puasa di rumah. Bukan itu sahaja, kadang-kala kita juga sudah muak dengan juadah menu makanan yang dibeli di bazar Ramadan khususnya.
Jadi, bagi anda yang ingin mencari tempat atau lokasi untuk berbuka puasa yang menarik, mari IMPIANA kongsi dan cadangkan kepada anda tiga lokasi yang menarik boleh dijadikan sebagai pilihan.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Quan’s Bazar Selera ini telah diperkenalkan oleh hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang terletak berdekatan sekitar Chinatown di ibu kota.
Apa yang menariknya mengenai lokasi ini, Quan’s Bazar Selera menyediakan santapan bufet juadah makanan dengan keunikan tradisi Chinatown itu sendiri kolaborasi bersama tukang masak terkenal, Cef Naem Ramli.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Untuk maklumat anda, santapan bufet Quan’s Bazar Selera ini telah bermula pada 23 Mac lalu sehingga 21 April depan dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Anda boleh menikmati juadah makanan di sini dengan harga serendah RM148+ untuk dewasa, manakala warga emas dan kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun mendapat diskaun harga potongan sebanyak 50%. Untuk umur 6 tahun dan ke bawah, adalah percuma.
Untuk info lanjut atau tempahan, sila layari laman sesawang www.quanskitchenkl.com atau hubungi di talian menerusi aplikasi WhatsApp, +60125073327.
Foto: Instagram @sheratonimperialkl
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders yang telah diperkenal oleh Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ini pula menyediakan pelbagai jenis menu juadah makanan dari 7 wilayah negara dari seluruh dunia. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka puasa yang mengasyikkan.
Apa yang menariknya di sini, antara menu juadah makanan yang disajikan di sini adalah seperti ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India dan macam-macam lagi. Menarik bukan?
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders ini menawarkan harga serendah RM197 bagi dewasa manakala kanak-kanak, RM97 untuk setiap seotang
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila e-mel kepada essence.kulsi@sheraton.com atau hubungi di talian +603-27179933 dan +6012-3379980.
Citarasa Anak Kampung yang diperkenalkan oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini juga sangat menarik kerana sepanjang bulan Ramadan ini akan menyediakan sajian bertemakan masakan kampung dari serata negeri di Malaysia antaranya sajian daripada negeri Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.
Jika anda berbuka puasa di santapan bufet Citarasa Anak Kampung oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini, anda berpeluang untuk menikmati menu juadah yang ada di serata negeri di Malaysia yang sememangnya melazatkan.
Antara sajian menu yang menyelerakan terdapat di sini Sup Kambing Merah Berempah, Kerabu Perut Bunga Kantan, Daging Dendeng Berlado, Sotong Sumbat dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang ingin menikmati santapan bufet Citarasa Anak Kampung, anda boleh segera singgah ke The Westin Kuala Lumpur Hotel untuk berbuka puasa bermula 24 Mac sehingga 19 April depan dengan membuat tempahan serendah harga RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh hubungi di talian +603-27738495 atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor +6012-3051715. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman sesawang www.thewestinkleshop.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Jarang-jarang dapat kita dengar atau melihat jenama produk serbuk pencuci Sabun Badang ini dijual pasaraya mahupun di mana-mana kedai runcit. Jadi, sudah pasti ada segelintir di kalangan anda yang belum mengenali dengan jenama sabun pencuci ini.
Jenama sabun pencuci ini apabila kita dengar seakan-akan sama seperti produk ‘ubat kuat’, al maklumlah perkataan ‘Badang’ itu sendiri sudah mengambarkan kisah lagenda orang Melayu dulu-dulu iaitu Badang yang gagah lagi perkasa
Jadi, sudah pasti ‘Sabun Badang’ ini merupakan satu bahan pencuci yang mempunyai kuasa hebat untuk mencuci segala kesan kekotoran dengan mudah.
Tahukah anda, Sabun Badang ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci fabrik pakaian, ia juga adalah merupakan sabun pencuci serbaguna yang berkesan menghilangkan kotoran degil seperti tompokan berminyak, daki, karat dan macam-macam lagi,
Selain boleh digunakan pada semua jenis fabrik, ia juga boleh digunakan untuk mencuci kotoran degil pada permukaan bawah kuali dengan sangat mudah.
Hanya menggunakan satu senduk kecil serbuk pencuci Sabun Badang ini dengan anggaran seberat 30gram bersama air panas, lalu dibiar rendam seketika sebelum mencuci. Memang sangat memudahkan dan menjimatkan masa anda.
Sebotol Sabun Badang ini seberat 800gram dijual dengan harga serendah RM29 sahaja. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kumpulan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelancaran Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baru yang menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung.
Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baharu yang berkonsepkan persekitaran hutan yang dihidupkan dengan kisah Lagenda popular di daerah tersebut dan bakal menemui pengunjung bermula Mei depan.
Di samping itu, para pengunjung di Dream Forest Langkawi bakal merasai untuk nikmati pengalaman unik selepas terbenamnya matahari selain ditambah keadaan persekitaran hutan yang dihidupkan dengan kisah Lagenda seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi.
Untuk maklumat anda, Dream Forest Langkawi telah dibina dan dibangunkan dengan keluasan kawasan trek penjalan kaki sepanjang 1.2 kilometer yang juga dikelilingi dengan keluasan 15.8-ekar hutan rimbun semula jadi.
Presiden dan Ketua Pencipta Impian Kumpulan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata dia amat berbangga apabila Dream Forest dapat dibangunkan selain bersyukur mempunyai pasukan yang memiliki kepakaran dalam teknologi tinggi.
“Saya amat berbangga apabila dapat membangunkan Dream Forest dan paling membanggakan adalah pasukan teras Dream Forest Langkawi terdiri daripada bakat terbaik dalam dunia kreatif, teknikal dan pembinaan untuk menghidupkan konsep unik in yang berasal dari Malaysia.
Ditanya mengenai konsep Dream Forest, Tiara menjelaskan la merupakan satu rang semulajadi yang dipenuhi dengan pokok ratusan tahun selain ingin pengunjung menghargai alam.
Untuk maklumat anda, bagi warganegara tiket akan dijual berharga RM68 untuk dewasa, RM48 bagi kanak-kanak serta RM28 untuk warga emas. Untuk pelancong asing pula, tiket dijual dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak serta RM38 untuk warga emas.
Istimewa untuk penduduk warga Langkawi pula, tiket di jual dengan harga sekitar RM28 sehingga RM38 sahaja. Untuk info lanjut mengenai Dream Forest Langkawi, sila layari www.dreamforestlangkawi.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.