Cadar sebaiknya ditukar sekarap mungkin antara 2-3 hari setelah digunakan atau sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Tilam pula, memang sukar untuk di cuci, tapi sekarang banyak servis mencuci dan alatan yang dikhaskan untuk membersihkan tilam. Tapi kita lupa lagi satu benda yang perlu dibersihkan juga. Iaitu bantal. Kenapa perlu cuci atau bersihkan? sama seperti tilam, bantal tempat terbaik pembiakkan hama dan bakteria. Jika tidak dilakukan, ia akan menyebabkan masalah kesihatan kelak.
Tapi, bantal tidak sesuai dicuci menggunakan air seperti cadar. Melainkan bantal anda memang tertera di label atau bungkusan sesuai untuk cucian air sabun. Macam mana nak cuci atau bersihkan bantal? Seorang pakar terapi rumah berkongsi tip di website one good thing. Teknik ini juga yang digunakan oleh nenek moyang kita dulu dan masih efektif digunakan seluruh dunia.
Ads
Tak susah pun, apa yang anda perlu lakukan adalah jemur bantal di bawah terik matahari. Kenapa?
1. Pancaran ultraviolet dari matahari memusnahkan kuman dan bakteria
2. Terik matahari dapat memastikan kelembapan yang terperangkap di dalam bantal dapat dikeringkan sepenuhnya. Walaupun hanya sedikit kadar kelembapan, ia berpotensi menjadi tempat pembiakkan bakteria
3. Pengudaraan semulajadi dan terik matahari berupaya melembutkan dan mengembalikan struktur bantal. Bergantung keapda jenis isian
Ads
Cara betul menjemur bantal
Ads
1. Lakukan emuran di waktu pagi
2. Pastikan cuaca matahari terik dan tidak lembat atau berangin. Iklim berangin dan lembap menyebabkan bantal tidak kering sepenuhnya
3. Tanggalkan sarung bantal
4. Jemur bantal dan tgerbalik setelah 2 jam terjemur. Lebih lama diemur, hasilnya sangat baik. Jemur bantal anda sekurang-kurangnya 2 jam. 1 am bagi setiap bahagian
5. Jemur bantal sekurang-kurangnya 1 minggu sekali
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pokok bunga raya yang biasanya ditanam sebagai pokok hiasan ini juga merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak mempunyai bau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini juga digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Khasiat Bunga Raya Putih
Pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol di dalam badan kita. Antara manfaat lain termasuklah ;
PETUA PENGGUNAAN BUNGA RAYA PUTIH
Bunga raya direbus dengan air mendidih :
– boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
– boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
Kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam :
– ditampal pd masalah bisul
Air rebusan kudup bunga :
– boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
Daun muda dan pucuknya :
– disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
Daun bunga raya direbus dalam air mendidih :
– boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
– boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dari hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
– air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rawatan dinding dengan efek ombre dimulakan dengan satu warna utama dan ia akan perlahan-lahan mencair, mewujudkan kesan seperti warna air yang kelihatan sangat nyaman dan cantik. Dinding bilik pasti akan kelihatan menarik dengan personaliti tersendiri selain dapat menaikkan seri ruang yang sudah hambar dan membosankan.
Dengar macam susah je kan? Macam mana pula nak gabungkan dua warna kemudian jadikannya seperti satu warna yang mengalir di dinding? Jangan risau, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Dengan sedikit kesabaran dan panduan yang tepat pasti anda dapat melakukannya dengan baik
Sebelum itu, ini bahan-bahan yang anda perlu kan ;
Kemudian ikuti langkah-langkah mudah dibawah sebagai panduan untuk anda yang mahukan dinding ombre.
Dan hasilnya, pasti memuaskan dan sangat menarik!
Sumber gambar dari Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang menjadi kegemaran masing-masing di luar sana, tidak kira apa sekali pun jenama yang menjadi pilihan anda, paling penting anda perlu ambil tahu pinggan makan yang ada di dalam kabinet anda itu diperbuat daripada apa. Pasti ada set pinggan mangkuk mengandungi dan diperbuat daripada ‘bone china’. Topik hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini selepas timbulnya dakwaan kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan terlarang atau tidak halal. Benar atau tidak?
Dakwaan mengenai status halal produk tersebut kembali diperkatakan selepas produk set pinggan mangkuk ini dibicarakan oleh netizen mengenai kecantikan reka bentuknya. Jika anda ingin tahu sebalik pinggan manggkuk Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk Bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan.
Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep Bone china, proses-proses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan Bone china.
.
Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan Bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temubual dan observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan deduktif.
Hasilnya, hukum penggunaan Bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan Bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrument penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan Bone China. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan Bone China.
.
Bagi mengelakkan kekeliruan dan perasaan was-was dalam menggunakan produk yang mengandungi abu tulang itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebenarnya telah pun menjawab mengenai perkara ini pada 2016.
“Jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, maka ia bukan najis. “Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan,” jelas mereka.
Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China) juga telah dibicangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012.
Antara keputusan yang dicapai ketika itu adalah berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
Selain itu, mereka juga memutuskan penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
“Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan,” jelas jawapan yang dimuat naik di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Jadi kepada anda yang berhajat untuk mendapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bone china ini seeloknya anda memahami saranan yang telah diberikan pejabat mufti ini.
Tidak lupa juga, pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk-produk ini adalah halal dan sekiranya tidak menemui maklumat lanjut mengenainya adalah lebih baik untuk memilih produk yang sudah tidak menimbulkan rasa was-was dan ragu untuk kita menggunakannya.
Sebagai pengguna beragama Islam, produk yang mempunyai status halal adalah sangat dititik beratkan dalam kehidupan.
Renung-renungkan perkara ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.