Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang menjadi kegemaran masing-masing di luar sana, tidak kira apa sekali pun jenama yang menjadi pilihan anda, paling penting anda perlu ambil tahu pinggan makan yang ada di dalam kabinet anda itu diperbuat daripada apa. Pasti ada set pinggan mangkuk mengandungi dan diperbuat daripada ‘bone china’. Topik hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini selepas timbulnya dakwaan kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan terlarang atau tidak halal. Benar atau tidak?

Dakwaan mengenai status halal produk tersebut kembali diperkatakan selepas produk set pinggan mangkuk ini dibicarakan oleh netizen mengenai kecantikan reka bentuknya. Jika anda ingin tahu sebalik pinggan manggkuk Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk Bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan.

Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep Bone china, proses-proses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan Bone china.

Status Halal Mangkuk ‘Bone China’ Menjadi Tanda Tanya
.

Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan Bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temubual dan observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan deduktif.

Hasilnya, hukum penggunaan Bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan Bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrument penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan Bone China. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan Bone China.

IKLAN

Status Halal Mangkuk ‘Bone China’ Menjadi Tanda Tanya
.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan perasaan was-was dalam menggunakan produk yang mengandungi abu tulang itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebenarnya telah pun menjawab mengenai perkara ini pada 2016.

“Jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, maka ia bukan najis. “Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan,” jelas mereka.

IKLAN

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China) juga telah dibicangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012.

Antara keputusan yang dicapai ketika itu adalah berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Selain itu, mereka juga memutuskan penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

IKLAN

“Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan,” jelas jawapan yang dimuat naik di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Jadi kepada anda yang berhajat untuk mendapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bone china ini seeloknya anda memahami saranan yang telah diberikan pejabat mufti ini.

Tidak lupa juga, pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk-produk ini adalah halal dan sekiranya tidak menemui maklumat lanjut mengenainya adalah lebih baik untuk memilih produk yang sudah tidak menimbulkan rasa was-was dan ragu untuk kita menggunakannya.

Sebagai pengguna beragama Islam, produk yang mempunyai status halal adalah sangat dititik beratkan dalam kehidupan.

Renung-renungkan perkara ini.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI