Cipta ruang bilik tidur untuk anak yang sudah sekolah ini sama sekali berbeza dengan bilik tidur anak kecil. Bilik mereka seharusnya memiliki ruang penyimpanan yang lebih berbanding yang masih kecil.

Anak-anak dah masuk sekolah? Confirm macam-macam keperluan yang perlu kita sediakan. Nak susun bilik tidur anak yang bersekolah bukanlah satu perkara mudah. Tapi adakala kalau semua dihimpunkan di sebuah bilik memang sendat , padat dan sesak jadinya. Bagaimana boleh kita atasi masalah ini? Inilah dia yang dikatakan isu di ruang sempit.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Ruang kompak selalunya pereka memberi idea bagaimana semua keperluan si anak dimuatkan dengan kreatif dalam sebuah ruang. Apa lagi jika mereka berkongsi ruang yang ada. Keselesaan juga sangat penting. Sebab tulah ada yang malas buat kerja sekolah atau payah nak faham apa yang dibaca kerana faktor sekeliling yang mengganggu. Rimas.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Pilihan warna terang dan ceria – Galakan dan dorongan si manja perlu ada. Semangat untuk mereka belajar perlu dirangsangkan dengan pilihan warna ceria bagi ruang kamar dan juga ruang belajar mereka. Gantungkan hasil lukisan atau hasil exam mereka yang cemerlang sebagai galakan dan semangat untuk mereka terus maju.Ia juga boleh menjadi hiasan. Cuma pilih satu dindng sahaja agar nampak tersusun. Bukan serata kamar.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

IKLAN

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Perabot dwi fungsi – Cuba cari perabot dwi fungsi yang boleh mereka laras sebagai memenuhi aktiviti di dalam sebuah kamar. Misalnya meja lipat yang boleh disimpan secara vertical, kerusi dan pelbagai lagi untuk mereka sama-sama pelajar dan menyiapkan home work.Jadi ruang tetap kemas meski pun mereka perlu bergotong royong mengeluar dan menyimpan segala perabot dan kelengkapan yang ada.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Penstoran bijak dan kreatif- Ini  sangat penting. Maklumlah sekolah dan keperluannya sangat banyak. Selain daripada kabinet terbuka, pra-para juga sangat penting dalam menempatkan bahan bacaan mereka. Jika anda rasa ruang kamar agak sendat dan memberi kepayahan bagi mereka mencari barang, kabinet terbuka juga sesuai untuk memudahkan anak-anak menyimpan beg, buku, pakaian dan lain-lain.

IKLAN

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Kitaran udara segar- Habuk dah tentu akan terkupul. Setiaphujung minggu, pastikan mereka buka jendela, suruh anak-anak ini sendiri lap habuk di bilik mereka dengan bulu ayam. Buka kipas dan mugkin jika ada yang alah pada habuk dapatkan penyegar udara yang kini semakin popular di kalangan tuan rumah.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

IKLAN

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Tag semua barang- Jangan lupa tag semua barang dan ruang menyimpan. Nanti bergaduh pula sesama adik beradik. Berebut tempat menyimpan barang-barang yang diperlukan. Lebih memburukkan keadaan lupa di mana mereka simpan sampai satu rumah terpaksa di selongkar.

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Inspirasi Bilik Tidur Untuk Anak Yang Sudah Sekolah

Artikel Berkaitan: Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI