
- Gunakan ais. Letakkan ais pada sisa tersebut kemudian biarkan beberapa minit, sisa melekat tersebut akan dapat ditanggalkan dengan mudah.
- Gunakan spray WD-40, hanya semburkan pada permukaan sisa melekat, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
- Anda juga boleh menggunakan penanggal warna kuku. Sama caranya, anda hanya perlu sapukan pada permukaan sisa melekat. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Buat “Play Area” Cantik Di Ruang Tamu, Ini Yang Anda Perlu Sediakan

Untuk keluarga yang mempunyai ana-anak yang masih kecil, ruang tamu adalah tempat yang paling sibuk di dalam kediaman. Di ruang tamu lah tempat untuk beristirehat, menonton TV, bermain dan sebagainya. Bila dah jadi macam ni, isu rumah berselerak dan keselamatan lah menjadi keutamaan. Bagi memastikan ruang tamu anda selesa dan menjadi sebahagian play area untuk anak-anak, ini perkara yanag WAJIB di teliti:
BENTANG KARPET
Karpet ini bukan sahaja memberi keselesaaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah ia sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karekter yang diminati oleh anak anda
Nota: Jangan pilih karpet dari jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Sebaiknya pilih jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan
SEDIAKAN RUANG PENGSTORAN
Sesetengah ruang di dalam kedaiman anda, mempunyai potensi sebagai ruang bermainan seperti di bawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permianan atau rak untuk memudahkan anak anda menyimpan perminan. Disamping itu juga, kanak-kanak lebih cenderung bermain di tempat simpanan perminannya sahaja. Jadi secara tidak langsung, ia mampu mengelak ruang tamu anda dari berselerak dengan permainan
KESELESAAN OPTIMUM
Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat “landing” si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi play area. Dah penat bermain, mesti mereka nak rehat seminit dua sebelum bangun semula dan teruskan bermain. Kanak-kanak kan suka berimagenasi, sementara mereka mencari idea, boleh baring atau duduk santai jika kemudahan tersebut disediakan
KELENGKAPAN
Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain di ruang atau sudut khas, sediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. Nanti, tak adalah permaian bersepah atas meja. Secara tidak langsung, ia lebih menggalak anak anda berfikir secara kreatif
DINDING MENCONTENG
Elak dinding anda menjadi tempat lakaran seni si cilik? Ini yang anda perlukan. Sediakan sebuah dinding padu, menjadi papan hitam sebagi ruang ekspirasi. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board” yang banyak terdapat di pasaran. Jika anak anda masih kecil dan belum berminat untuk menconteng atau melakar, boleh gantikan dengan didning berwarna warni atau “Buzy board”
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Cuci Najis Cicak yang Melekat di Tingkap

Selalu kan kita mengalami situasi di mana tahi cicak yang bersepah kerap berada di tepi pintu atau tingkap? Stress sebab kerja mencuci nya tak pernah putus. Silap-silap, dah sental pun masih ada kesan yang menyemak kan mata. Tapi wanita ini kongsi pengalaman dan petua yang beliau amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Jom kita tiru cara Muna Binti Mohammad bagaimana dirinya mengatasi masalah ini.
Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?
Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.
Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.
Bahan-bahan:
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan spray atas tahi cicak yang melekat pada tingkap. Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.
Kredit FB : Muna Binti Mohammad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Masalah Tanah Pusaka Banyak Nama, Ini Penyelesaian Mudah Dari Pakar

Walaupun sudah masuk tahun 2018, isu pembahagian harta di kalangan adik-beradik masih lagi hangat diperkatakan dan ianya seperti tiada penghujung. Merujuk kepada laporan Sinar Harian bertarikh 18 April 2018, seorang suri rumah berhadapan tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan penipuan harta pusaka arwah bapa mereka.
Isu sebegini berbangkit kerana timbulnya perasaan tamak sehingga sanggup menipu adik-beradik sendiri dalam pewarisan harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa. IMPIANA kongsikan pencerahan dan solusi daripada seorang peguam bertauliah yang disiar di laman Facebook miliknya iaitu Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Encik Salkukhairi Abd Shukor
Menurutnya, masalah yang dibangkitkan adalah tentang bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia dan bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama dan pada masa yang sama masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
Keadaan ini akan lebih menyukarkan proses untuk diurusniaga serta pembangunan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian. Isunya adalah berlaku ketidasetujuan diantara penama dalam perjanjian tersebut dan lebih menyukarkan keadaan jika ada yang tidak bersetuju untuk menjual bahagiannya. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja malahan lebih teruk lagi masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
1. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebabkan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
2. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan serta banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan Perjanjian Jual Beli (SNP )dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
3. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
4. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh Usaha sama (JV) dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahagikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah tersebut.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ia mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut amatlah diperlukan.
Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh-jauh. Jangan fikir untuk untung jangka masa pendek sahaja.
Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding berbalah sesama sendiri terhadap bahagian tanah yang sekangkang kera tersebut.
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tidak. Wallahuaklam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI