Sudah bermacam-macam cara dan teknik untuk masak daging sampai empuk dilakukan tetapi setelah selesai memasak, hasilnya daging masih lagi kenyal dan liat. Kadang-kala sampai berjam-jam ambil masa untuk masak daging. Kalau anda peminat daging goreng memang bercinta lah nak makan kalau tak beli daging batang pinang.
Tak akan lah asyik nak beli daging batang pinang sahaja kan. Jom IMPIANA kongsikan tip mudah nak masak lauk daging kegemaran anda supaya daging cepat empuk dan masak dengan sempurna.
Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, jadi sudah pasti ramai yang mahu cara mudah untuk memasak daging supaya empuk untuk dijadikan sebagai menu juadah berbuka puasa. Maklumlah, kalau boleh sepanjang bulan Ramadan kita berpuasa sentiasa mahu lakukan perkara yang lebih mudah serta menjimatkan masa.
Ada pula yang kata nanti pakai ‘pressure cooker’ kan senang. Ye! benar tapi tak semua mampu milikinya. Tidak mengapa, sesiapa yang memiliki barangan elektronik ini di rumah, kira beruntung lah anda! Tetapi yang masih belum memiliki periuk ini, IMPIANA kongsikan cara mudah yang ‘confirm’ daging lembut.
Ads
Tip masak daging lembut tanpa ‘pressure cooker’, sewaktu memasak daging anda disarankan untuk meletakkan sudu besi di dalam kuali tersebut. Tidak perlu lah guna sudu besar, sudu yang kecil pun dah memadai.
Jadikan ia seolah-olah anda masak daging tersebut bersama sudu sekali. Kalau anda tidak percaya, anda boleh mencuba cara ni di rumah. Nanti kongsikan pengalaman anda masak daging bersama IMPIANA ye.
Ads
Foto: Sumber Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Buat para ibu bapa yang bakal dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama, pasti berasa amat teruja untuk menyediakan sebuah bilik yang sangat cantik khas buat permata hati.
Bukan sahaja berasa teruja, malah pasti ada juga yang sudah tidak sabar untuk melakukan dekorasi bagi ruang kamar tersebut, betul tak?
Namun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan sumber idea inspirasi yang menarik. Tidak mengapa, jangan anda bimbang. Mari IMPIANA kongsikan beberapa idea dekorasi bilik tidur anak yang menarik.
Bukan sahaja menarik, idea dekorasi bilik tidur ini amat sesuai bagi anda yang mengemarkan konsep dekorasi yang tampak estetik. Untuk mendapatkan hasil dekorasi seperti ini, anda disarankan untuk menggunakan pemilihan warna cat dinding dan perabot yang terang seperti putih, coklat dan kelabu.
Foto: Facebook Kakidekko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang berhasrat untuk memasang pemanas air mandian di rumah, sudah pasti anda mahukan sebuah kelengkapan pemanas air mandian berkualiti tinggi serta memiliki ciri-ciri fungsi tahap keselamatan yang terbaik.
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang berasa bimbang dengan tahap keselamatan penggunaan pemanas air mandian di rumah yang membolehkan pelbagai kejadian buruk seperti berlakunya renjatan elektrik misalnya.
Jenama barangan elektrik terkemuka, Panasonic Malaysia telah memperkenalkan sebuah pemanas air mandian terbaharu iaitu Panasonic U Series Jet Pump Water Heater. Mesti ada yang tertanya-tanya apa istimewanya dan kelebihan yang dimiliki oleh pemanas air mandian ini berbanding dengan pemanas air mandian yang lain.
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater adalah sebuah kelengkapan pemanas air mandian yang memiliki tahap keselamatan yang terbaik.
Ini kerana, demi mahu memberikan tahap keselamatan yang terbaik kepada pengguna, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater telah didatangkan dengan sembilan fungsi ciri-ciri keselamatan seperti:
1. Kalis Air & Kalis Percikan
Pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah direka dengan permukaan badan luaran kalis air yang menggunakan teknologi IEC60529 (IP2X). Ia juga kalis percikan dan fungsi ini juga mampu mengelakkan pemanas air mandian ini terbakar atau berlakunya kejutan arus elektrik.
2.Mencegah Terlalu Panas & Kebakaran
Seterusnya, ia juga turut mempunyai fungsi kendalian pengawalan masalah pemanasan yang keterlaluan. Tidak dinafikan, pemanas air mandian yang sedia ada sememangnya berpotensi untuk menghadapi masalah pemanasan yang keterlaluan. Tetapi, dengan pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini anda tidak perlu berasa bimbang sekiranya pemanas air mandian anda rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik oleh kerana masalah ini.
3.Suis Tekan ON/OFF
Kawalan fungsi ‘One Push Switch On/Off’ yang ada pada Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini membolehkan anda menggunakan pemanas air mandian anda dengan hanya menekan satu butang sahaja. Jadi, ia lebih selamat dan sangat mudah untuk dikendalikan supaya anda tidak lagi perlu membuat tetapan berulang kali.
4.Mencegah Dari Renjatan Elektrik
Seluruh permukaan pemanas air mandian ini juga telah direka sepenuhnya dengan teknologi IEC60529 (IP2X) yang berupaya untuk melindungi diri anda daripada terkena renjatan arus elektrik sewaktu menggunakannya. Ini merupakan salah satu teknologi yang sangat penting untuk keselamatan anda dan keluarga.
5.Perlindungan Keselamatan Terhadap Kebocoran Arus
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi keselamatan perlindungan terhadap masalah kebocoran pada pemanas air mandian, ia telah didatangkan dengan teknologi The Built-in Earth Leakage Breaker (ELB) yang boleh mengawal secara automatik untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta sekiranya berlaku masalah kebocoran pada pemanas air mandian anda.
6.Mengesan Tekanan Air Untuk Mengelakkan Terlalu Panas
Selain itu, ia juga memiliki fungsi teknologi pengesanan tekanan aliran air pada pemanas air mandian. Sekiranya pemanas air mandian anda berlakunya tekanan aliran air rendah, tenaga elektrik akan dihentikan secara automatik serta-merta bagi mengelakkan berlakunya masalah pemanasan pada pemanas air mandian anda.
7.Dibina Untuk Mencegah Kebakaran
Permukaan luaran badan Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan tidak mudah terbakar. Pemanas air mandian ini telah dihasilkan daripada bahan-bahan kategori UL-90-V0 yang boleh mengelakkan kebakaran.
8.Memutuskan Bekalan Kuasa Semasa Kegagalan Komponen
Menariknya lagi, pemanas air mandian ini akan menghentikan tenaga elektrik secara automatik serta-merta sekiranya pemanas air mandian anda mengalami masalah kerosakan komponen. Ini adalah antara fungsi yang amat penting dalam memilih pemanas air mandian untuk mengelakkan sebarang kejadian berbahaya berlaku.
9.Mencegah Terhadap “First-Degree Burn”
Selain itu, pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi teknologi untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta apabila tahap suhu aliran air panas sudah melebihi 55 darjah celcius.
Oleh itu, dengan adanya sembilan ciri-ciri fungsi keselamatan yang dimiliki Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini, sudah semestinya pemanas air mandian ini selamat untuk digunakan seisi keluarga.
Untuk maklumat anda, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah pun mula dijual di pasaran dengan harga RM818 sahaja.
Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu. Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal? Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau. Kini, saya akan menunjukkan satu cara untuk cuci yang mampu membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Cara yang akan saya terangkan ini adalah cara cuci yang dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka. Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan. Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di seluruh sarung bantal.
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.