Sedapnya aroma nasi yang di letak daun pandan walaupun hanya nasi putih. Pandan ni, banyak kegunaannya bukan sahaja dalam masakan. Ia juga digunakan untuk tujuan lain seperti semedi merawat penyakit, menghalau lipas, mengharumkan kamar dan sebagainya. Sehinggakana da yang sanggup membuat atau menghasilkan formula alternatif seperti aroma daun pandan.

Umum tahu, pandan mudah dibiakkan di kawasan yang lembap dan mempunyai kandungan organik yang tinggi. Sebab itu kebanykakkan orang akan memilih kawasan berhampiran dengan air seperti tepi parit atau longkang yang berair sebagai lokasi untuk tanam daun pandan. tapi, bagi anda yang tidak mempunyai ruang landskap yang mencukupi terutamanya yang tinggal di rumah flat dan pangsapuri, anda boleh cuba tanam daun pandan di dalam pasu. Hasilnya memang tidak sama dengan yang ditanam di atas tanah. tapi, boleh la. Berikut keperluan yang perlu disediakan:

1. Medium tanaman
Pilih medium tanaman yang kaya dengan bahan organik . Boleh gunakan medium tanaamn siap rawat yang terdapat dipasaran. Cuma, untuk pandan ia memerlukan tanah yang sentiasa gembur. Oleh itu, tambahkan perlite ke dalam medium tanaman.
Perlite bukan sekadar dapat memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan medium pemasuan malah ia dapat memegang kelembapan dalam tempoh yang lama Cara Mudah Tanam Pandan Dalam Pasu Yang Memang Menjadi

2. Pilih pasu
Pastikan anda menggunakan pasu yang mempunyai sistem saliran di bahagian dasarnya. Walaupun pandan sukakan air, namun ia tidak tahan kepada air yang bertakung dalam tempoh yang lama. Ia akan melemaskan sistem akar pandan. Sebaiknya, pilih pasu jenis tanah liat kerana ia mempunyai sistemudara yang baik

IKLAN

3. Anak pokok
Pilih anak pokok yang telah matang. Anak pokok pandan menunjukkan ia telah matang apabila sudah mengelurkan akar sendiri. Pastikan anak pokok pandan tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai akar yang sihat. Tak perlu akar yang terlalu panjang. Pastikan anda menggunkan pisau yang telah distril untuk memotong anak pokok dari induknya.Cara Mudah Tanam Pandan Dalam Pasu Yang Memang Menjadi

4. Penanaman
Sediakan medium di dalam pasu dan tanam bahagian akar pandan yang kasar terus ke dalam medium tanaman. Sediakan sokongan kerana untuk peringkat ini, akar pandan masih tidak kukuh. Selesai di tanam, terus lakukan siraman dan letakkandi kawasan yang tidak terima terik matahari terus. Elak letak di tempat yang terkena matahari petang kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pandan

IKLAN

5. Siraman
Untuk peringkat awal tanaman, siraman perlu di lakukan sehari sekali. Akan tetapi, jika musim panas, periksa medium tanaman. Jika kering, segara lakukan siraman. Apabila pokok sudah stabil, siraman hanya perlu dilakukan 2 kali seminggu atau jika perlu

IKLAN

6. Pembajaan dan menggembur
Pandan memang tanaman yang memerlukan nutrisi yang tinggi dan sentiasa gembur. Oleh itu, lakukan pembajaan dan kerja menggembur setiap 2 minggu. Jika kelihatan medium semakan mendap, segara tambahkan bagi mengelak akar pandan terdedah kepada persekitaran

Selain pandan, anda boleh juga tanam serai dan kunyit di dalam pasu

Cara Tanam Kunyit Dalam Pasu PastiMenjadi Dan Hasilnya Optimum
Teknik Mudah Tanam Serai Dalam Pasu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI