Rupanya cara mudah tanam lobak merah dalam botol mineral pun menjadi dan boleh dapat hasil. Teknik ni sangat sesuai bagi yang mempunyai kawasan terhad untuk bercucuk tanam. Tanam di tepi balkoni pun boleh. Seronok bila tanam lobak menjadi dan ada isi. Lebih-lebih lagi bila kita tanam dari biji benih.

Boleh ikut tip mudah tanam lobak dalam botol air mineral seperti yang dikongsikan oleh Puan CT Hamisah Ahmad II

Saya tanam lobak dalam botol ja.

Tip Tanam Lobak Dalam Botol:

1. Guna botol plastik 1500ml.

2. Beli biji benih di kedai Peladang. Benih yang ni guna jenama green world.Boleh beli di shopee juga.

Biji Benih Lobak Merah
Biji Benih Lobak Putih

3. Kena semai biji benih dulu dalam tray. Daun carrot bila mula-mula keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar, bila keluar 4, 5 helai daun baru pindahkan ke dalam botol atau pasu.

Kalau tanam terus dalam botol pun boleh. Tapi isi tanah separuh botol ja.Sebab kita kena topup tanah tu nanti bila dia semakin membesar.

Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!
Lobak putih

4. Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja.Guna tanah campuran. Tanah biasa + tanah hitam beli di ninso@eco. Topup tanah biasa + tanah hitam sawit. Yang penting pastikan tanah tak keras.

IKLAN

5. Masukkan anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk, nanti mati.

6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lg tanah timbus batang sampai pelepah terbawah.

Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!
Subur menghijau pucukl lobak merah.

7. Buat lubang supaya air senang keluar kalau kita siram.

8. Buang daun yang bawah sekali. Siram 2 kali sehari.

9. Letak tempat panas pun boleh. Tapi kalau tempat redup lagi baik. Yang penting mesti kena cahaya matahari.Pastikan tanah tak kering.

IKLAN

10. Kena pastikan tanah sesuai. Boleh gemburkan tanah dengan cara picit-picit botol kalau rasa tanah keras dan air tak keluar.

11. Bila batang pokok meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah.Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.

Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!
Hasil tanaman.

Lobak putih ni belum sampai 2 bulan. Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar. Kalau carrot agak lama. Sebab ini percubaan pertama saya.

Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!

Saya guna baja organik yang jual di mr diy.

IKLAN

Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Cara Tanam Lobak Putih Agar Cepat Tumbuh Dengan Hasil Umbisi Yang Gemuk
Artikel Menarik: Taman Lobak Dalam Pasu Lebih Mudah Menjadi, Tak Perlu Batas Luas
Mesti Baca: Labu + Lobak Merah + Tomato + Betik – Resepi Baja Penggalak Bunga

IMPIANA: Seronoknya bila tanaman mengeluarkan hasil, walaupun hanya tanam dalam botol je. Jadi tak perlu kawasan yang luas pun.Tepi balkoni rumah pun boleh tanam.

Sumber: CT Hamisah Ahmad II

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI