Untuk beginner yang berhasrat untuk penuhi laman rumah dengan pelbagai jenis tanaman, boleh belajar dulu cara semai biji benih. Bukan apa, semai biji benih perkara asas dalam berkebun, meskipun nampak mudah jika salah caranya, ia tak bercambah.

Ikut perkongsian daripada Mira Edora ini memang mudah. Tak perlu beli tray khas, boleh guna cawan plastik saja.

Cara ini boleh dipraktikkan untuk semai biji benih macam macam jenis sayur, sawi, bayam, cili, terung dan pelbagai lagi.

Cara Mudah Semai Biji Benih

Ini cara saya semai yang sangat mudah, tabur saja dalam cawan. Tapi tiap orang ada cara berbeza ikut mana yang selesa. Raikan perbezaan.

1) Sediakan cawan yang dilubangkan. Saya guna garfu panaskan atas api cucuk sekali untuk banyak cawan.

2) Masukkan tanah biasa separuh cawan dan peatmoss separuh cawan. Tujuannya nak jimat, peat moss mahal.

3) Tabur / susun saja benih sesuka hati. Untuk biji besar contoh jagung buat 3 pokok sebekas. Kalau cawan banyak boleh saja nak buat 1 pokok sebekas.

IKLAN

Cara Mudah Semai Biji Benih ‘Gerenti’ Bercambah, Guna Cawan Plastik Pun Boleh

4) Letak cawan-cawan ini tepi rumah di tempat yang tak kena hujan. Kalau cuaca panas sangat letak pelindung contoh kotak di tepi arah matahari. Buat lubang pada penghadang. Contoh saya hadang guna papan hydroponic.

Cara Mudah Semai Biji Benih ‘Gerenti’ Bercambah, Guna Cawan Plastik Pun Boleh

5) Siram guna mode shower 2-3 kali sehari. Jangan bergenang asal lembab saja.

IKLAN

Cara Mudah Semai Biji Benih ‘Gerenti’ Bercambah, Guna Cawan Plastik Pun Boleh

6) Bila biji benih dan bercambah hingga ada 4 daun, boleh pindahkan.

Cara Mudah Semai Biji Benih ‘Gerenti’ Bercambah, Guna Cawan Plastik Pun Boleh

IKLAN

Tip : kalau dalam cawan banyak anak pokok, lalukan pada air sebekas supaya peatmoss lekang, dan akar tak rosak.

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan bagi yang baru belajar untuk bercucuk tanam di laman rumah.

Mesti Baca:Cara Tanam Semula Celery Dari Tunggul Pokok, Hidup Subur Tanpa Biji Benih
Baca Lagi Di Sini:Tanam KUCAI Dari Biji Benih, Simpan Dalam Peti Sejuk Seminggu Baru Semai!
Artikel Menarik:Cara Mudah Semai Bayam Dari Biji Benih Gerenti Hidup

Sumber:Mira Edora

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI