Pernah tak denagr pepatah mengatakan bahawa kucing adalah sahabat baik taman? Maksud di sini, bukan lah sahabat yang membantu, tapi meroskkan tanam. Mesti ramai sahabat yang pernah kena laman berumput yang dititip baik menjadi tandas kucing. Aduh, kesannya, bukan kepalang. Sekejap sahaja dah nampak tindak balas tinja atau urin terhadap rumput. Rumput mula kekuningan dan dalam tempoh 24 jam, kelihatan seperti terbakar atau keperangan.

Tanaman lain juga tidak terkecuali terutamanya yang berpasu. Bukan setakat kena gali, silap-silap jadi tempat tidur kucing. Sebenarnya ada cara untuk merawat tanaman yang terkena urin kucing ni. Tapi sebelum itu kita WAJIB tahu apakah kesannya kepada tanaman jika tidak di rawat segera.

1. Urin kucing tinggi nitrogen. Ia akan menyebabkan tanah menjadi berasid
2. Kandungan manganese yang tinggi di dalam urin akan merencat pengambilan zat besi oleh tumbuhan
3. daun yang terkena kesan urin terutamanya untuk tanaman yang telah matang akan bertukar kekuningan kemudian mati Cara Mudah Merawat Batas Dan Tanaman Yang Terkena Tinja Dan Urin Kucing

Ads

Cara merawat tanaman yang terkena urin kucing
1. Siram atau bilas tanaman hingga ke permukaan tanah sehingga anda yakin ia bersih
2. Untuk hilangkan bau yang tersisa, larutkan 1 cawan baking soda bersama 2 cawan air dan semburkan pada permukaan tanah. Soda penaik tadi akan menyerap bau hancing urin kecing. Tapi jangan guna terlalu banyak kerana baking soda akan menyebabkan daun melecur

Ads

Cara mengatasai batas anda dari menjadi tandas kucing
1. Sediakan sungkupan. Sebaiknya, guanakan sungkupan seperti grass clip atau sabut kelapa. Teksturnya tidak digemari oleh tapak kaki kucing yang gebu
2. Pagar atau lindungi batas tanaman anda. untuk anak pokok, boleh cuba cucuk garpu palstik atau lidi disekelilingnya atau sediakan rumah hijau miniyang diperbuat daripada botol plastik Cara Mudah Merawat Batas Dan Tanaman Yang Terkena Tinja Dan Urin Kucing

Ads

Cara Mudah Merawat Batas Dan Tanaman Yang Terkena Tinja Dan Urin Kucing

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI